26 July 2010

Desprado sangatkah UMNO, muka tak malu......

Hidung tak mancung, pipi terserong-serong, muka tak malu...kami pun tak lapaq!!!!!

Usaha Umno untuk menjalinkan perpaduan bersama PAS tidak akan dihentikan meskipun mendapat tentangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ketua Penerangannya Datuk Ahmad Maslan berkata ini kerana Umno yakin masih terdapat kumpulan tertentu dalam PAS yang menyokong usaha berkenaan.

“Nik Abdul Aziz boleh cakap apa saja tapi dalam PAS itu ada juga kumpulan-kumpulan tertentu. Sebagaimana orang maklum, PAS ini bukannya semua berkisar pada Nik Abdul Aziz saja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Pengurus Felda 2010 di Dewan Perdana Felda, di sini hari ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata PAS tidak bergantung kepada kepimpinan Nik Abdul Aziz semata-mata kerana masih ada pemimpin lain termasuk presiden, timbalan presiden dan jawatankuasa tertinggi parti. “...tentunya mereka mempunyai pandangan tertentu yang saya kira mungkin menyokong cadangan kita,” katanya ketika mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang sekali lagi menolak cadangan tersebut.
source:malaysia insider

Macam gila talaq saja.....Sudah lah! kami dah meluat UMNO...Pooooodah.....



cheers.

6 comments:

IbnAbdHalim said...

UMNO tidak pernah ikhlas dan tidak ada dalam kamus UMNO perkataan yang lunak terhadap PAS, apatah lagi berkerjasama. Semua saranan yang keluar dari rongga UMNO hanyalah sandiwara untuk memecah-belahkan PAS dan PR. UMNO sekara telampau terdesak. Orang yang hampir lemasd akan berpaut kepada apa saja asalkan selamat, dan apabila dah selamat maka UMNO akan mencari helah bagaimana hendah memusnahkan 'tempat berpautnya'tadi. PAS sudah ada pengalaman dan jangan biar pisang berbuah dua kali. PAS harus membersihkan partinya dari sisa saki baki UMNO yang bertempek dalam parti tersebut.

Anonymous said...

Apa salahnya kalau orang melayu bersatu. Kita sama sama melayu je bergaduh macam nak gila. Nanti bila melayu jadi pengemis dibumi sendiri, baru kita tau. Jangan jadi menang sorak, kampung tergadai. Jangan sebab nak berkuasa, maruah melayu pun tergadai sama.

Anonymous said...

Apa salahnya kalau orang melayu bersatu. Kita sama sama melayu je bergaduh macam nak gila. Nanti bila melayu jadi pengemis dibumi sendiri, baru kita tau. Jangan jadi menang sorak, kampung tergadai. Jangan sebab nak berkuasa, maruah melayu pun tergadai sama.

Anonymous said...

1.Melayu tak bersalah jika bersatu. Tapi jangan pula pelawaan itu dibuat ketika satu pihak(UMNO) merasakan dirinya tergugat.

2.Semua orang Melayu patut bersatu,tapi kenapa UMNO hanya ajak Melayu PAS bersatu,PKR pun ramai Melayu?

3.Jadi nyatalah pelawaan UMNO ini bukan dengan niat yang murni tapi apa yang tersirat dalammnya adalah untuk angkat naik martabat parti UMNO yang kini tersungkur.

4.Oleh itu setakat ajak2 ayam ni, orang dah mangli dah. PAS pun aku rasa tak mau dimalukan sekali lagi setelah apa UMNO buat pada PAS dulu.

5.Tengok apa yang berlaku di Perak itu sudah cukup. Kalau UMNO tak dapat memujuk dengan cara yang baik dihulurkan wang ringgit bagi membeli beberapa ekor katak,asalkan UMNO/BN boleh perintah.

Ikhlaskah ini?

Anonymous said...

Tanah Melayu ini dah lama dah tergadai angkara UMNO. Siapakah yang serah sebuah pulau,dua buah bukit kepada towkay2 Cina? UMNO atau PAS?

Anonymous said...

Kalau UMNO ikhlas untuk org Melayu bersatu deme sepatutnya ajak Melayu PKR pun duduk berbincang dgn PAS sekali...ini nampak gayanya UMNO hidung tinggi.

Kalau nak bersatu, serious lah cket jgn lah ajak-ajak Ayam jer...UMNO sebenarnya lebih takutkan Anwar dari Allah.

Anwar could be a much better PM compare with Najib..FDI pasti mencanak bila dia jadi PM...InsyaAllah. At least Anwar proposed IMF dulu demi negara tapi Madey/Daim kata Anwar tak pandai ekonomi krn nak tunduk kpd IMF...Tgk skrg, South Korea, Indonesia, Thailand, The Philipines & Vietnam yg ambil bantuan IMF sudah maju jauh ke hadapan dari Malaysia...cth paling ketara adalah Industri Kenderaan. Malaysia masih lagi disaji dgn kualiti kereta yg rendah dari P&P, sedangkan ekonomi negara jiran begitu meningkat hasil dari pelaburan Pembuat kenderaan terkemuka dunia.

Sedih bila org Melayu kampung terus di perbodohkan oleh UMNO....yg dok sapu hasil negara selama ini pun UMNO bukannya PAS dan PKR.

Untuk anda semua, org Melayu BOLEH BERSATU di bawah PAS dan PKR, tak semestinya di bawah UMNO...dah 53 tahun UMNO dok perintah, tapi org Melayu masih jauh ketinggalan krn UMNO mmg mahu nak mundurkan minda/ekonomi org Melayu supaya undi Melayu boleh dibeli dgn Kain Batik, Baja Beras Gula sekampit, duit kopi RM300 dan netbook untuk anak-anak yg sudah memadai bagi org Melayu/Bumiputera Swk & Sbh.

Jgn sampai satu hari nanti, anak cucu kita kena pi kerja kilang, buruh binaan, pekerja ladang, pelayan kedai makan/supermarket, maid di Vietnam, Thailand, The Philipines & Indonesia sudah.

Untuk itu...pls reject BN in the coming GE-13. Kasi chance sekali kat PR, kalau PR pun hampeh gak, kita tukar balik ke BN...itu faedahnya jika ada sistem 2-parties dlm Demokrasi.