Seekor sotong kurita meramalkan semua kemenangan pasukan Jerman di pusingan awal dan suku akhir pada Piala Dunia 2010 dengan tepat. Namun baru-baru ini sotong tersebut telah memilih Spain akan memenangi perlawanan separuh akhir menentang Jerman.
Sotong bernama Paul yang berusia dua tahun berasal dari England itu secara tiba-tiba menjadi selebriti selepas membuat ramalan 100% tepat dalam semua lima perlawanan melibatkan Jerman termasuk saingan suku akhir menentang Argentina.
Dua kotak plastik, masing-masing yang dilekat bendera Jerman dan Spain diletakan di dalam sebuah akuarium di Jerman Barat. Kotak-kotak ini diisi dengan makanan kegemaran sotong kurita bernama Paul itu. Kotak mana sotong kurita itu buka dahulu, ia dianggap sebagai bakal pemenang. Dalam situasi ini,Paul memilih kotak yang dilekat bendera Spain.
Berikutan kekalahan pasukan Jerman semalam,peminat2 Jerman telah berpaling tadah terhadap sotong kurita tersebut. Beberapa komen yang dimuatkan ke dalam Facebook dan Twitter mencadangkan agar sotong bernama Paul ini di goreng, 'barbecued' atau dijadikan makanan seafood salad. Ada juga yang cadang agar Paul dibuang ke dalam tangki ikan jerung.
Demikianlah hendaknya gara-gara hidup manusia yang suka beramal dan berjudi. Sotong kurita ini pun pandai meramalkan sesuatu dengan tepat.
Apakata kita pinjam sotong ini(Paul) dan suruh Paul meramalkan siapakah sebenar pembunuh Altantuya Shaaribu..........
cheers.
6 comments:
Sotong buat masak pedas tentu best!
Wow..dapat kat Bik Mama, dia cincang2 gaul dengan belacan dan kangkong, tumis pedas2 lalu makan malam dengan Pak Jib!
Bagus gak kalau suruh si paul buat ramalan sape yang bakal menang pilihan raya umum ke-13...wakaka..
Jangan percaya yob...syirik tuh...Allah nak uji umat manusia je tu...
Sotong kurita ni kita rebus dan cicah dengan air asam dan ajak Pak Najib dan Bik Mama makan bersama2.
haha...lawak la
Espana 3 Holland 1
Konpom...saya tak minat Holland sebab mng tipu dgn Brazil...Robben tuh berlakon jer lebih..mcm Mat Black Africa juga...!!
Rgds/Razak Hussein - Johore
Post a Comment