11 November 2009

Kes Lingam - kisah lawatan ke NZ - saksi utama muncul..........

Menteri di JPM, Mohamed Nazri Abdul Aziz di Parlimen berhubung kes VK Lingam yang menurutnya tidak melanggar sebarang undang-undang sebagai satu jawapan yang palng dibuat oleh menteri ini. Namun,Nazri bersetuju bahawa yang bercakap dalam klip video itu sebenarnya VK Lingam. Walau bagaimanapun Nazri mengandaikan bahawa VK Lingam hanya berlagak dan sengaja menunjuk kuasa pengaruh. Macam cerita Mahathir mengandaikan Anwar cederakan diri sendiri semasa di Bukit Aman dulu.

Laporan Suruhanjaya Di-Raja Linggam menyatakan bahawa rakaman video klip tersebut menunjukkan orang yang dianggapnya sebagai serupa dengannya, suaranya juga sama tapi itu bukanlah dirinya,mengesahkan individu dalam video adalah VK.Lingam dan bukan orang lain.

Sebenarnya,Nazri dan gomen Najib sedar bahawa laporan Suruhanjaya diRaja adalah benar dan memang ada bukti cukup untuk heret 6 jahanam,Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, Eusoff Chin,VK Lingam,Tengku Adnan Tengku Mansor,Vincent Tan dan mantan PM Dr.Mahathir Mohamad ke tangga pengadilan. Sebenarnnya Nazri dan gomen Najib begitu kecut teloq untuk melakukannya.

Malah Nazri juga bagi tahu Parlimen bahawa SPRM pun tak boleh buat apa-apa kerana saksi utamanya tak mau bagi kerjasama.

Sebaliknya, YB.R Sivarasa telah membawa ke Parlimen, Jayanthi LG Naidu, yang dikatakan menjadi 'saksi utama' yang dicari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes Datuk VK Lingam.Ini ekoran kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Azri Abdul Aziz bahawa SPRM tidak dapat menghubungi saksi utama dalam siasatan kes tersebut.

Nazri juga dilaporkan berkata, siasatan lanjut tidak dapat dilakukan oleh SPRM kerana saksi utama itu tidak dapat dikesan.Berikutan itu, SPRM telah mengklafikasikan kes tersebut itu sebagai 'tiada tindakan lanjut'. Sebaliknya, Jayanthi pula mendakwa bahawa beliau bersedia pada bila-bila masa untuk membantu SPRM dalam menyiasat tersebut.

Katanya, selepas kenyataan bertulis Nazri itu pada 23 Oktober lalu, beliau terus menghubungi SPRM, bertanyakan siapakan saksi utama yang sedang dicari itu.
"Mereka tidak dapat menjawab soalan saya," katanya kepada pemberita di Parlimen.

Prof Khoo Kay Kim, member of the 'Lingam tape' royal commission has this to say........

Our findings have been published. There was evidence to suggest that Lingam had committed offences. For example, we found out that Lingam had actually written a judgment for a particular judge and that he had gone on a trip to New Zealand with another judge. Unfortunately the Executive is so powerful that it can interfere with the role of the judiciary. And the Lingam case is an example of how the Executive has usurped the power of the judiciary.

cheers.

2 comments:

Anonymous said...

Macc will say, fail close as all involve are powerful and rich.only poor will be face up in court and jail, this is what you call malaysia boleh land.don`t except vicent tan, dr m to face all this.

Anonymous said...

Macc will say, fail close as all involve are powerful and rich.only poor will be face up in court and jail, this is what you call malaysia boleh land.don`t except vicent tan, dr m to face all this.