16 August 2008

Warkah utk renungan penuntut UiTM.........


Saya terima warkah ini dalam mail saya dan dipaparkan untuk renungan bersama...........

Bismillahirrahmannirrahim,

Assalammualaikum,

Saya fahami dan hormati perasaan anak-anak mengenai cadangan MB Selangor supaya membuka 10% dari tempat di UITM kepada kaum asing dan bukan bumiputera. Sebagai seorang bekas mahasiswa (Universiti Malaya 1968/69-1970/71), semangat yang anak-anak tunjukkan sungguh mengkagumkan. Lagi mengkagumkan saya ialah anak-anak berani berdemonstrasi tanpa permit sementara Akta Polis dan Akta Universiti masih berkuatkuasa. Saya dulu berdemonstrasi dalam keadaan Akta Universiti belum lagi digubal. Tidakkah anak-anak berasa pelek kenapa demonstrasi anak-anak yang meliputi beberapa kilometer tidak dihalang olih Polis FRU walaupun tidak mempunyai permit dan berbau perkauman? Mengapa perlu berdemonstrasi di Permatang Pauh?

Saya TIDAK mengesyaki kejujuran anak-anak dalam mengadakan demonstrasi tersebut. Tetapi apabila kita berdemonstrasi anak-anak, perkara pertama yang perlu kita selidiki ialah isunya. Semasa saya berdemonstrasi dulu, kami sering berdemonstrasi kerana mempertahankan bahasa Melayu; memperjuangkan nasib nelayan, petani, setinggan dan kaum marhaen; menentang korupsi dan salahguna kuasa olih pemerintah; mempertahankan kebebasan mahasiswa untuk bersuara; memperjuangkan hak-hak kaum Melayu; dan sebagainya. Kita juga mesti menghalusi siapakah penganjur sebenar atau dalang di belakang sesuatu demnonstrasi itu. Ada demonstrasi dizahirkan sebagai demonstrasi bagi menentang korupsi tetapi sebenarnya bertujuan menjatuhkan seorang lawan politik dalang di sebalik demonstrasi itu. Misalnya demonstrasi menentang Dato' Harun Idris atau demonstrasi Dr Mahathir menentang Tunku Abdul Rahman.

Saya faham anak-anak jujur berdemonstrasi kerana menentang kemasukan kaum bukan bumiputera ke UITM. Tetapi tidakkah anak-anak sedar bahawa MB Selangor sekadar membuat cadangan sahaja? Beliau tidak mempunyai kuasa untuk menukar dasar pengambilan pelajar UITM kerana kuasa itu ditangan Kerajaan Pusat. Mengapa anak-anak bagitu marah dengan MB Selangor dan membawa perkara ini ke Permatang Pauh?

Di sinilah anak-anak mesti dalami siapa dalang di belakang demonstrasi anak-anak dan sedar yang dalang itu sedang mempergunakan anak-anak melalui wakil-wakil pelajar anak-anak yang sememangnya pro Aspirasi/UMNO bagi tujuan politik mereka. Orang-orang UMNO ini bertujuan mencemarkan nama baik PKR/Pakatan Rakyat di kalangan kaum Melayu. Olih kerana pilihanraya kecil Permatang Pauh akan diadakan tidak lama lagi mereka mengambil kesempatan dari cadangan MB Selangor itu untuk mencemar imej Saudara Anwar Ibrahim yang akan bertanding di pilihanraya kecil itu sebagai calun PKR/Pakatan Rakyat di kalangan pengundi-pengundi Melayu di Permatang Pauh.

Sebenarnya, Saudara Anwar Ibrahimlah pejuang sebenar bangsa Melayu. Sebagai seorang yang se 'batch' dengan beliau di Universiti Malaya, saya layak memperakui bahawa beliaulah yang telah banyak memperjuangkan nasib bahasa dan bangsa Melayu dan agama Islam semenjak beliau di Universiti Malaya lagi sehingga beliau 'dipecat' dari Kerajaan dan UMNO atas tuduhan liwat yang akhirnya terbukti tidak benar. Tahukah anak-anak siapa yang telah berkorban dari menjadi 'orang makan gaji' tetapi sebaliknya memilih untuk menubuhkan Yayasan Pelajaran Anda bagi memberi peluang kedua kepada anak-anak Melayu mendapatkan pendidikan tinggi? Tahukah anak-anak siapa yang mengilhamkan UIA, siapa yang menerapkan nilai-nilai Islam di dalam Kerajaan dan sistem pendidikan kebangsaan dan siapa yang memperjuangkan si Melayu miskin dalam era pemimpin tertinggi Kerajaan BN menumpukan perhatian kepada kaum pemodal saja? Tidak masuk akal jika Saudara Anwar akan bersetuju dengan cadangan MB Selangor itu jika ditakdirkan menjadi PM kelak, InsyAllah!

Saya ingin bertanya sanggupkah anak-anak diperalatkan untuk menjatuhkan orang semulia Saudara Anwar Ibrahim? Jika anak- anak tidak percaya tanyalah bapa, ibu, bapa saudara, ibu saudara dan/atau saudara mara anak-anak yang mengenali Saudara Anwar Ibrahim dari dekat atau dari jauh. Orang inilah yang menjadi target orang-orang UMNO yang mendalangi demonstrasi anak-anak sehingga membawa anak-anak ke Permatang Pauh. Lihat betapa hebatnya orang-orang UMNO ini mengamalkan double standard dalam mengendalikan undang-undang negara. Demonstrasi yang didalangi mereka tidak perlu permit dan tidak mendapat tentangan Polis. Mereka mengheret anak-anak ke kancah politik tanpa mengira Akta Universiti? Mereka berlagak saperti raja dan apabila anak-anak keluar UITM nanti mereka tidak memperdulikan anak-anak semua tanpa sebarang kerja atau mata pencarian.

Jika anak-anak membuat sedikit kajian sebelum anak-anak berdemonstrasi pasti anak-anak akan ketahui yang banyak mengubah dasar mengenai hak istimewa Melayu ialah UMNO sendiri yang mempergunakan retorik ketuanan Melayu bagi mengekalkan sokongan Melayu. Saya perturunkan di sini sedikit sebanyak fakta untuk tatapan anak-anak:-

1. Dasar Ekonomi Baru yang digembar-gemburkan olih UMNO sebenarnya sudah ditukarkan kepada Dasar Pertumbuhan Nasional sejak tahun 1990 lagi. Dasar baru ini mengutamakan pertumbuhan ekonomi negara tanpa mengira nasib kaum-kaum.

2. Selama 30 tahun DEB dilaksanakan, sebanyak lebihkurang RM300 billion telah dibelanjakan olih Kerajaan ke atas projek-projek pemberian Kerajaan untuk kepentingan orang-orang tertentu tanpa mengira nasib orang Melayu. Orang Melayu miskin hanya mendapat kulit sahaja.

3. Duit pemberian PETRONAS kepada Kerajaan sebanyak RM160 billion telah dibazirkan olih Kerajaan ke atas projek-projek yang berdaya maju dan sekarang membebankan rakyat dengan harga minyak yang tinggi kononnya untuk mendapatkan wang untuk pembangunan negara,

4. Dasar meritokrasi untuk masuk ke universiti telah pun dilaksanakan olih Kerajaan BN secara perlahan-lahan. Di bawah dasar ini juga Dr Mahathir telah mencadangkan supaya UITM dibuka kepada bukan bumiputera. Dengar apa kata Professor Khoo Kay Khim "Sebenarnya cadangan MB Selangor itu bukan isu kerana bukan perkara baru. Ianya telah pun dicadangkan dahulu olih pihak Kerajaan tetapi mendapat sambutan kaum bukan bumiputera". MENGAPA ORANG-ORANG UMNO DAN ANAK-ANAK TIDAK BERDEMONSTRASI SEHEBAT HARI INI WAKTU ITU? ADAKAH JAGUH-JAGUH MELAYU UMNO BERSIFAT MUNAFIK?!

5. MRSM yang telah juga ditubuhkan di bawah Fasal 153, Perlembagaan Persekutuan telah pun dibuka kepada bukan bumiputera sebanyak 10-15%. MENGAPA ANAK-ANAK TIDAK MENENTANG PEMBUKAAN MRSM KEPADA BUKAN BUMIPUTERA INI YANG AKAN AKHIRNYA MEMAKSA UITM DIBUKA KEPADA BUKAN BUMIPUTERA?

6. Baru-baru ini 45% daripada biasiswa yang dikeluarkan olih Jabatan Perkhidmatan Awam telah diberi kepada bukan bumiputera, naik daripada 10% sebelum itu. Kenaikan ini diakui olih Kerajaan diambil daripada kuota biasiswa untuk orang Melayu. MENGAPA ANAK_ANAK SEMUA MEMBISU DALAM HAL INI?

7. Tanah rizab Melayu sekarang tinggal 25% daripada keluasannya pada tahun 1957. Ini adalah kerana kerakusan pemimpin-pemimpin UMNO membangunkan tanah tersebut bersama dengan kaum lain dan dijual kepada orang bukan Melayu. MENGAPA ANAK-ANAK TIDAK SEDAR?

Saya menyeru kepada anak-anak dan ibu-bapa anak-anak supaya membuka mata dan telinga seluas-luasnya. Jangan biarkan diri anak-anak yang masih muda diperalatkan olih UMNO untuk melanjutkan politik perkauman mereka. Politik perkauman yang dipaksakan ke atas anak-anak akan menghalang anak-anak daripada mendapat perkerjaan lumayan di sektor swasta. Jangan salahkan kaum bukan Melayu pada waktu itu. Kalau anak-anak sudah diajar bermain politik perkauman semasa di UITM lagi, pasti kaum bukan Melayu yang rata-rata mengisi sektor swasta akan merasa takut untuk mengambil anak-anak berkerja dengan mereka. Keupayaan Kerajaan untuk mengambil anak-anak berkerja sangat terhad. Begitu juga, apabila kita berhenti bermain politik perkauman pasti universiti kaum lain saperti UNITAR akan membuka pintu mereka lebih luas lagi kepada bumiputera. Akhirnya, bangsa Malaysia akan bersatu padu. Itu matalamat pembangunan negara kita. SEDARLAH ZAMAN MENGHUNUS KERIS SUDAH TAMAT. SEKARANG BANGSA MELAYU PERLU MENGGUNAKAN KETAJAMAN AKAL FIKIRAN UNTUK TERUS MENJADI ASAS KEPADA POLITIK NEGARA.- kabus putih

Baca di sini.

cheers.

1 comment:

Anonymous said...

Sudah la bro, kau ni macam2 la..

Org melayu lebih percaya bomoh daripada doktor..

Org melayu lebih percaya "Skim cepat kaya" daripada BSKL,

tak mustahil, org melayu lebih percaya PKR daripada BN..

Kenapa jd begini? sbb mentaliti org melayu, mentaliti kedai kopi..lebih terpengaruh dgn khabar angin berbanding dengan membuat penilaian fakta2 dan bukti2 sebelum membuat penilaian dan keputusan.

selagi org melayu berfikiran mcm ini, org melayu akan sebeginilah selama2nya..


Pakcik Din