10 January 2008

Seikhlas mana ucapan 'Selamat Datang' si Rafidah kepada Anwar ......

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk SeriRafidah Aziz bersedia berdepan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim jika penasihat Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) itu mahu mencabarnya di kerusi Parlimen Kuala Kangsar. Menurutnya, beliau ada mendengar ura- ura Anwar mahu mencabarnya pada pilihan raya umum nanti dan tidak gentar menghadapinya.‘‘Saya dengar Anwar Ibrahim hendak bertanding mencabar saya, jadi, selamat datanglah,” kata Ketua Pergerakan Wanita Umno itu.-Berita Harian,8 Jan.08

Anwar Ibrahim telah membayangkan hasrat beliau untuk bertanding di Kawasan Parlimen Kuala Kangsar dalam pilihan raya ke-12 akan datang. Tegasnya, beliau ingin menjadi calon Kawasan Parlimen di sini adalah untuk melakukan perubahan yang menguntungkan semua rakyat di bandar Diraja itu khasnya dan kemajuan pembangunan negeri Perak serta negara amnya. Katanya lagi,"Biar ada perubahan di Kuala Kangsar. Kuala Kangsar sudah 50 tahun beri umno/Barisan Nasional pegang."

Parlimen Kuala Kangsar mempunyai 2 kawasan DUN iaitu Bukit Candan dan Manong.Pada tahun 1999, Rafidah menewaskan Asmuni Ali dari Pas dengan majoriti 2,774 undi, setelah memperolehi 12,074 undi berbanding 9,300 undi bagi Asmuni.

Pada tahun 2004 Rafidah, ditentang oleh calon Pas, Mohammad Nizar Jamaluddin,dan keputusannya adalah seperti berikut;

P067 - KUALA KANGSAR - undian-61.58% ; undi rosak - 305

1. RAFIDAH AZIZ (BN) - 11305 menang dgn. majoriti - 5557
2. MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN (PAS) - 5748

N06734 - BUKIT CHANDAN- undian-71.04% ; undi rosak- 227

1. MUSTAFFA KAMIL BIN AYUB (PKR) - 3213
2. AHMAD BIN JAAFAR (BN) - 6826 menang dgn. majoriti 3613

N06735 - MANONG - undian 51.6% ; undi rosak-133

1. ASMUNI BIN AWI (PAS) - 2340
2. RAMLY BIN ZAHARI (BN) - 4693 menang dgn. majoriti 2353

Bilangan yang keluar mengundi;

a. Kuala Kangsar - 17,358

b. Bukit Candan - 10,266
c. Manong - 7166
Jumlah - 17,432

Sekarang Rafidah tahu bahawa Anwar tidak boleh bertanding sehingga edahnya berakhir pada pertengahan bulan April 2008. Pat Lah dijangka mengadakan pilihanraya sebelum bulan April ini semata-mata supaya tidak memberi peluang kepada Anwar bertanding.

Baru-baru ini Anwar telah mendakwa, Pat Lah telah memberitahu NGO tersebut bahawa beliau (Anwar) merupakan satu ancaman dan pengkhianat kepada bangsa Melayu. Menurutnya lagi,Pat Lah berbuat demikian untuk mewujudkan suasana takut menjelang pilihanraya umum akan datang. Katanya lagi,Pat Lah telah memaklumkan kepada NGO tersebut bahawa kerajaan sedang mengumpul bukti-bukti ancaman Anwar kepada keselamatan negara.

Dalam situasi begini sudah nyata peluang Anwar untuk bertanding adalah sangat tipis.Maka tak hairanlah Rafidah begitu berani menyahut cabaran Anwar. Apa guna kita melawan dengan musuh yang tangannya telah diikat? Dalam keadaan begini Rafidah cuba tunjuk taringnya.

Jika ditakdirkan Pat Lah memilih untuk mengadakan pilihanraya selepas bulan April, dengan demikian Anwar layak untuk bertanding,maka sanggupkah Rafidah menerima cabaran Anwar. Jika benar Anwar berhajat untuk menentang Rafidah ini akan menjadi pertandingan 'clash of the titans'. Bagi Anwar menang kalah tidak menjadi persoalan,tapi bagi Rafidah jika Rafidah tewas ia adalah sangat memalukan memandangkan Rafidah sudah bertahun-tahun berjaya mempertahankan kerusi Kuala Kangsar itu.

Kalau bertanding di atas medan yang sama rata,aku pasti Rafidah akan tergelincir,tetapi rata-rata kita tahu bahawa BN akan lakukan berbagai taktik kotor, seperti membawa pengundi-pengundi hantu,tukar daftar pemilih di saat-saat akhir serta membawa undi pos, dan jika ini berlaku kemungkinan besar Anwar mungkin tewas.

Anwar pun tidak sabar-sabar mahu mencuba nasibnya dan melalui blognya berkata,"Jangan asyik mencabar saya bertanding. Mahkamah diperalatkan untuk menghalang saya. Jika sungguh bagai dikata, sila beri kelulusan saya bertanding!"

Sekiranya Anwar tidak bertanding Anwar masih bebas untuk berkempen di seluruh negara, tetapi jika beliau berentap dengan Rafidah sudah tentu dirinya terikat di Kuala Kangsar. Namun demikian lawan tetap lawan dan "usah bicara soal perjuangan jika takut akan risikonya".

so go for it DSAI.......

...and my best bet,it will be on 13 March 2008.

cheers.

2 comments:

Anonymous said...

As for Anwar,no matter wherever he stands as a candidate,UMNO will go all out to make sure he never wins.

Anonymous said...

Anwar tidak perlu cari tempat 50-50 untuk bertanding kalau pun dia boleh. Dia mesti cari tempat selamat. Mungkin Kelantan atau Sabah. Yang penting dia boleh jadi MP di parlimen. Dengan cara itulah sahaja dia boleh bersuara.

Jangan ikutkan sangat perangkap BN yang cuba membuat provokasi. Bayangkanlah gelagat pemimpin BN kalaulah Anwar tewas pada Rafidah. Semangat BN tentunya naik. PKR atau parti pembangkang pastinya diperlekeh habis-habisan. Kesannya tentulah tidak sihat pada politik pembangkang.

Justeru itu, Anwar kenalah jaga egonya. Bersikap realis kerana tersilap langkah masa depan politinya mungkin turut terkubur sama. KJ atau Hisapmudin tentunya tidak mahu Anwar bertapak kembali dalam politik Malaysia. Najib pastilah akan lega jika Anwar tewas dalam PR nanti. Pak Lah tentunya bertambah lena dalam tidurnya.