Mulai minggu depan, orang ramai akan dihadkan membeli minyak masak maksimum lima kilogram sahaja bagi menangani masalah kekurangan bahan itu yang semakin meruncing. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Mohd. Shafie Apdal berkata, pelaksanaan peraturan tersebut akan berdasarkan kaedah catuan gula yang pernah dilakukan semasa krisis kekurangan bahan itu. Utusan Malaysia Online,5 Jan 2008.
Catuan minyak masak oleh gomen adalah satu amalan yang bodoh.Menghadkan pembelian minyak masak kepada 5 kilogram seorang adalah satu kerja sia-sia. Apakata kalau saya bawah 10 orang adik beradik saya dan kami masing membeli seorang 5 kilogram minyak masak dari pasaraya atau kedai runcit sudah tentu pada hari itu boleh dapat 50 kilogram minyak.Tak kan tuanpunya pasaraya atau kedai runcit hendak check kami adik beradik atau tidak.
Menterinya, Shapie Apdal bagi beberapa sebab kenapa berlaku kekurangan;
i.Pengguna industri yang beli minyak masak yang disubsidi gomen dan dibungkus dalam paket-paket kecil.
(Bukankah menjadi tanggungjawab gomen untuk mengawal supaya syarikat-syarikat pengeluaran minyak masak ini tidak hanya membekal kepada pengguna industri saja. Persoalannya pengguna industri ini rata-rata adalah kroni gomen)
ii. Masalah penyeludupan.
(Minyak diseludup keluar kerana harganya lebih mahal dan gomen bertanggungjawab untuk mengawal keadaan ini.Rakyat tak berkuasa berbuat demikian dan kalau gomen tak boleh apa-apa lebih baik letak jawatan saja))
iii. Keperluan bertambah kerana bilangan penduduk bertambah.
(Ini adalah satu alasan yang bodoh. Bukankah gomen kerap buat bancian penduduk dan daripada bancian itu gomen boleh anggarkan berapa ramai penduduk bertambah setiap tahun dan gomen boleh merancang banyak mana penggunaannya)
Masalah kekurangan minyak,tepung dan gula berpunca daripada kilang itu sendiri yang dimonopolikan oleh beberapa kerat kroni dan kaum kerabat terpilih dan mereka ini yang menentukan harga barangan perlu ini naik dan turun.
Mereka berkuasa untuk menentukan kawalan banyak mana minyak masak ini perlu ada dalam pasaran dengan cara demikian mereka control harga tersebut secara artificial. Syarikat-syarikat pengeluaran ini juga memperolehi AP untuk mengimpot dan minyak masak ini.
Cara mengatasinya adalah menambahkan lagi syarikat pengeluaran minyak masak dan meluaskan pemberian AP kepada syarikat-syarikat lain tidak terhad kepada kroni dan kaum kerabat gomen saja. Atau hapuskan saja permit AP ini dan benarkan lebih banyak syarikat mengimpotnya,sudah tentu masalah kekurangan minyak masak boleh diatasi. Apa yang nyata sekarang ialah gomen sudah menjadi hamba kepada syarikat-syarikat ini dan menari ikut rentak mereka.
Sudah dua hari dok mencari minyak masak tapi tak dapat-dapat. Setelah meronda sana sini,akhir dapat sebtol yang 1 kg punya dari sebuah kedai runcit dengan harga RM5.50. Harga asalnya baru RM3.70. Memang tepat BN membawa maksud Barang Naik.....
To Shafie Apdal,what say you......
cheers.
3 comments:
ali,
Your panic-buying attitude should be blame for all the fuss about not getting your cooking oil.
U kena sabar friend!
What may happen is that they may increase an increase for some 'fortified' oil and retain the price of normal oil. Then there will be very little or none at all normal cooking oil. We will find only this 'fortified' type, like they do to our breads.
Hey, one day even condoms will be missing from the counters and they will blame it on Chua Soil Lek.
The issue of cooking oil shortage bukan perkara baru..... tak kan gomen tak tau. Kita dah sabar lama dah... and tak perlu nasihat Najib untuk bertindak.
Cikgu,
Kalu condom kena catu U can expect 3 folds increase in pop. & the gomen will introduce food ration pula.
cheers.
Post a Comment