"Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin melahirkan rasa kesal dengan dakwaan kononnya baginda dan Istana Negara memperkenankan dan menyokong satu perhimpunan haram di sini Sabtu lepas. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Wan Mohd Safiain Wan Hasan hari ini, Seri Paduka Baginda juga melahirkan rasa kesal dengan perhimpunan itu yang dianjurkan oleh satu kumpulan dikenali Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) yang disokong parti-parti pembangkang. Dalam kenyataan itu, Tuanku Mizan menegaskan bahawa baginda dan Istana Negara tidak pernah pada bila-bila masa jua memperkenankan atau memberikan apa-apa sokongan secara langsung atau tidak langsung kepada mana-mana pihak yang menganjurkan atau terlibat dalam perhimpunan haram itu dan apa-apa jua kegiatan lain yang berkaitan yang menyalahi undang-undang negara."- Bernama
Lazimnya Penyimpan Mohor Besar akan mengeluarkan kenyataan bagi pihak istana. Pihak istana dari awal telah bersetuju untuk menerima memoranda Bersih dan telah mengutuskan wakilnya untuk menerima memoranda tersebut pada 10 November 2007 lalu. Ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa DYMM Agong tidak menolak penerimaan memoranda Bersih itu. Aku rasa DYMM Agong tidaklah mudah diperbodohkan oleh juak-juak UMNO yang fikir mereka adalah raja segala-segalanya.
Mengapa kenyataan di atas dikeluarkan dengan tiba-tiba oleh seorang pegawai istana lain? Mungkin gomen suruh Penyimpan Mohor Besar Istana membuat kenyataan itu,tetapi beliau menolak. Jadi terpaksalah gomen mencari seekor baruanya bernama Wan Mohd Safiain Wan Hasan,yang dipacaknya dalam istana dengan gelaran Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara untuk berlakon bagi pihaknya. Selagi kenyataan itu tidak datang dari mulut Penyimpan Mohor Besar Istana selagi itu aku anggap ini sebagai BULLSHIT!!! Baca disini.
Siapakah Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara,Datuk Wan Mohd Safiain Wan Hasan ini? Dia adalah ahli totok UMNO , keahlian No: 03728983, dari Cawangan Taman Desa Minang, Gombak Setia, Gombak yang memegang KP No. 461214035359.
Perlu juga kita ingat bahawa pengaruh,kuasa dan imuniti raja,sultan dan Agong telah lama dirampas oleh Mahathir dan penyanggak UMNO yang ada. Jadi tidak hairanlah kalau kenyataan yang dikeluarkan itu lebih merupakan satu “act of damage control” oleh sebuah gomen yang tersepit antara khayalan dan kenyataan.
cheers.
1 comment:
Its too late for damage control. Minds are made up. what's interesting to know is how many.
Post a Comment