09 June 2016

Jet ni bukan harta peribadi 'depa' mau guna ikut suka...


Jawapan rasmi ialah jet ini bukan untuk DS Najib dan DS Rosmah; ia untuk VVIP. Nama yang selalu dipetik ialah DYMM Yang Dipertuan Agong. Cuma saya nak tanya: siapa sebenarnya yang dalam senarai VVIP ni? Kenapa anak DS Rosmah pun naik bersama-sama beliau ke Istanbul? Kalau anak beliau dikira VVIP; macam mana anak tiri beliau? Macam mana anak kepada anak tiri beliau? Untuk paparan penuh gambar anak DS Rosmah menaiki jet, sila baca di sini...


Najib pun tak guna jet peribadi semasa banjir Kelantan...

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli sememangnya tidak boleh menerima hakikat bahawa isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Datin Seri Rosmah Mansor - menggunakan jet peribadi untuk perjalanan ke Istanbul atas alasan jadualnya yang ketat.

Melabel alasan itu sebagai 'dangkal' dan 'menghina rakyat', ahli parlimen Pandan itu berkata, orang ramai masih tidak boleh lupa bagaimana Najib tidak segera kembali ke Malaysia apabila Kelantan dilanda banjir buruk pada 2014.

"Beliau gunakan pesawat berbeza untuk kembali ke Malaysia dari Hawaii. Sebaliknya, jet peribadi rasmi yang sepatutnya digunakan oleh perdana menteri melencong ke arah yang bertentangan.

"Jet itu singgah di Los Angeles dan kemudiannya ke Indianapolis. Sehingga sekarang Datin Seri Rosmah Mansor tidak menjawab soalan saya sama ada jet itu singgah untuk memantau kerja-kerja naiktaraf jet peribadi yang baru dibeli ketika itu," katanya dalam satu sidang media di Kuala Kangsar hari ini.

Semalam, pegawai khas Rosmah - Datuk Rizal Mansor berkata isteri perdana menteri terpaksa menggunakan jet peribadi kerana terpaksa menempuh perjalanan hampir 13 jam ke Istanbul untuk menerima Anugerah Kebajikan Kanak-kanak 3G.

Menurutnya, Rosmah terpaksa tergesa-gesa pulang bagi menghadiri Mesyuarat Agong Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. - mk

Even Najib didn't use private jet during Kelantan floods,says Rafizi

Bik Semah ke Istanbul dengan jet peribadi...

Seperti yang dijanjikan, hari ini saya dedahkan kisah isteri Najib Razak yang berbelanja besar menyewa sebuah jet peribadi mewah hanya untuk ke Istanbul menerima satu anugerah bagi pihak PERMATA. Siapa yang bayar sewa jet peribadi mewah ini? Adalah sangat tidak sensitif untuk bermewah sedemikian rupa pada kala rakyat bergelumang dengan pelbagai potongan peruntukan. Full Story di sini...

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini membuat satu lagi dakwaan pembaziran kerajaan melibatkan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Kali ini, ia melibatkan sewaan sebuah jet peribadi ke Istanbul pada 27 Mei lalu bagi menghadiri ‘Global Good Governance Award 2016’ yang telah menganugerahkan “3G Children Welfare Award” kepada Permata, sebuah program yang dinaungi beliau sendiri.

“Oleh kerana Datin Seri Rosmah Mansor hadir sebagai mewakili Permata, maka timbul persoalan sama ada sewaan sebuah jet peribadi untuk perjalanan ke Istanbul itu menggunakan wang rakyat atau tidak,” ujar Rafizi dalam sidang media di Bilik Gerakan Pilihanraya Kecil Kuala Kangsar sebentar tadi.

Beliau turut melahirkan rasa hairan dan tertanya-tanya mengapa isteri Perdana Menteri itu tidak menggunakan pesawat komersil sahaja untuk menghadiri majlis tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor diminta untuk menjawab tiga persoalan yang timbul berkaitan penyewaan jet peribadi berkenaan:

1. Kenapa Datin Seri Rosmah Mansor tidak menggunakan pesawat komersil untuk perjalanan ke Istanbul yang sudah tentu jauh lebih murah berbanding menyewa sebuah jet peribadi ACJ319 hanya untuk beliau?

2. Siapa yang membuat tempahan jet peribadi tersebut dan siapa yang membayar kos sewaan?

3. Kenapa Datin Seri Rosmah Mansor sebagai seorang awam diberikan pelepasan menggunakan lapangan terbang di Pengkalan Udara Subang yang sepatutnya khusus untuk kegunaan ketenteraan dan bukan penerbangan awam seperti ini?

“Tatkala pelbagai peruntukan rakyat dipotong, gaya hidup menggunakan jet peribadi yang disewa khusus untuk satu perjalanan adalah melampau dan tidak sensitif,” kata beliau.

Apa yang menyedihkan katanya ialah beban pemborosan kerajaan ini terpaksa ditanggung rakyat melalui kenaikan harga barang, cukai GST, penghapusan subsidi, pemotongan mendadak bantuan pendidikan pelajar dan sebagainya.

“Saya juga dimaklumkan MARA telah memotong elaun makan bagi pelajar di Institut Kemahiran MARA (IKM) dari RM250 sebulan kepada RM125 sebulan; tetapi pada masa yang sama isteri Perdana Menteri bermewah dengan sebuah jet peribadi yang disewa,” jelasnya.

Bagi Rafizi, dua pilihanraya kecil yang bakal berlangsung di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, merupakan medan untuk membandingkan parti mana yang paling peka terhadap kesusahan dan bebanan yang terpaksa dihadapi rakyat.

“Sewajarnya parti yang paling peka dengan perkara ini juga paling lantang membongkar pembaziran yang berlaku dan meletakkan pertanggungjawaban kepada penjawat awam dan keluarga mereka yang dilihat bermewah sementara rakyat terus tertekan,” tegas beliau. – Roketkini.com

Sdr Rizal Mansor, pegawai khas Datin Rosmah Mansor dah jawab segala pertanyaan R.R... pertanyaan tentang jet dan kedudukan Rosmah yang diberi layanan istimewa mengunakan Subang untuk berlepas walaupun dia hanya orang awam.. cuma beliau tak nyatakan satu fakta.. bahawa sepanjang Najib menjadi Perdana Menteri, beliau dan Rosmah tidak pernah sekalipun menggunakan pesawat komersial walaupun bagi tujuan peribadi.. 

PERMATA bukan program swasta tapi dibawah Kementerian dan mengunakan dana awam untuk digerakkan, bukankah Msia sudah ada wakil kedutaan di Turkey bagi menerima anugerah bagi pihak PERMATA..??

Kos bagi setiap penerbangan jarak jauh bukan murah, malah mencecah ratusan ribu ringgit bagi jarak penerbangan 13 jam dari KUL - Istanbul..kenapa rakyat saja diingatkan untuk berjimat cermat sedangkan pemimpin boleh membazirkan dana rakyat sedangkan ada alternatif lain disaat ekonomi negara pun agak tenat kewangannya.? - f/bk raja mohd shariman 

Why Nancy Shukri should cast her vote...

There are three compelling reasons why Minister in the Prime Minister’s Department Nancy Shukri should vote against PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang’s private member’s Bill to amend the Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act 1965 be tabled in Parliament.

“Not only will I reject it, I will not even be there when it comes up,” Nancy said in announcing that she would abstain from voting.

1. Abstention equals ‘aye’ in vote count

Bukit Bendera MP Zairil Khir Johari from the DAP is right in pointing out that her decision to abstain is as good as her supporting it.

“Her decision not to participate is akin to supporting Hadi’s Bill, because the passing of the Bill requires a simple majority of MPs present in the chambers. In other words, any MP who is against the Bill and does not show up to vote will in effect increase the chances of the Bill succeeding,” Zairil said.

2. Failure to represent her constituency and state

Sarawak Chief Minister Tan Sri Adenan Satem has voiced Parti Pesaka Bumiputra Bersatu’s (PBB) rejection of the Bill.

Nancy, who is the PBB’s Batang Sadong MP, agreed that the Bill is unsuitable for a multi-ethnic and multi-religious society, more so in her home state of Sarawak where the non-Muslims outnumbered the Muslims.

“We have to understand, hudud or not hudud, what they are trying to do is to increase the penalty in the Syariah provision of the law. We are not supporting it because what we have is sufficient and we don’t need to have an increase in penalty,” she said.

She was speaking on behalf of her constituency, her party, and the people of Sarawak. She holds that vote and she must deliver it.

3. Be a Muslim voice against hudud

The Bill is seen as paving the way for the introduction of hudud, although PAS and Umno leaders have asserted that it is not and it will not and does not affect non-Muslims.

There are Muslims who do not see the need of implementing hudud laws in Malaysia. Since Nancy is agreement with Adenan’s stand, she should step up to the plate.

Be the voice of those, Muslims and non-Muslims, who say no to hudud.

If the amendments are passed, it would mean that the current “3-5-6” limits of punishments imposable by the syariah courts, namely three years jail, a fine of not more than RM5,000 and six lashes. In its place, syariah courts would have the powers to dispense any form of punishment permitted by Islam, other than the death penalty.

“This would instantly enable most of the punishments prescribed under the two hudud enactments in Kelantan and Terengganu, such as 100 lashes for fornication, 80 lashes for sexual slander, 40 to 80 lashes for intoxication and an unspecified jail term with forfeiture of property for those deemed to be heretics and apostates,” Zairil said.

Is the push for hudud a religious ambition or a mere political tool? So far, the political thrust for it brooks no dissent or contrarian opinions from Muslim politicians. Those who dare to oppose it would be denounced as infidels or munafiks, which is nothing short of intimidation in the name of religion.

Is this pursuit of godliness to show collective piety needed to ensure a just society? What are the biggest problems affecting the country that current laws can’t address if not for the lack of political will and moral responsibility? - Eddie Hoo



Sg.Besar - Ceramah MCA dihadiri oleh ribuan hantu, jebon dan jembalang...


cheers.

No comments: