15 November 2013

UPSR - 'Oops My English'...

Guru penutur jati, Timothy Hughes dari British Council Malaysia berjaya membantu guru menjadikan aktiviti P&P dalam bilik darjah lebih kreatif, seronok dan menarik ketika sesi pelaksanaan program peningkatan penguasaan bahasa Inggeris di SK Tanjung Bijat, Sarawak.

UPSR : BI - di SRK keputusan merosot,walaupun dengan bantuan RM270 juta projek mentoring, di SRJK keputusan meningkat walaupun tanpa manfaat projek tersebut...

Perbelanjaan kerajaan sebanyak RM270 juta dalam program mentor antarabangsa untuk tempoh tiga tahun tidak berbaloi kerana tidak menghasilkan keputusan membanggakan sebaliknya keputusan dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini semakin merosot.

Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari berkata, semakan lanjut mendapati penurunan ketara dalam keputusan mata pelajaran Bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah kebangsaan dengan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) merosot 0.06 mata.

“Bilangan calon yang mendapat A bagi Bahasa Inggeris menurun 0.2 peratus, manakala jumlah gred B dan C turun 2.9 peratus.

“Malah, hanya 74.4 peratus daripada calon sekolah kebangsaan berjaya mencapai sekurang-kurangnya C tahun ini, berbanding 77.3 peratus tahun lalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zairil yang juga Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP turut mengecam kenyataan Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud yang meremehkan penurunan itu dengan mendakwa ia bukan isu besar.

“Saya sangat tidak bersetuju dengan Ketua Pengarah Pendidikan. Penurunan pencapaian Bahasa Inggeris bukan sahaja isu besar, tetapi mengejutkan memandangkan kerajaan banyak melabur dalam beberapa tahun kebelakangan ini di sekolah rendah.

“Sebagai sebahagian daripada program Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), RM270 juta dibelanjakan untuk pengambilan 360 mentor bahasa Inggeris antarabangsa melalui tiga firma perunding, iaitu British Council, Brighton Education Group dan SMR HR Group,” ujarnya.



Katanya, dengan kos yang begitu tinggi, seharusnya memberikan peningkatan dalam keputusan mata pelajaran Bahasa Inggeris tahun ini.

“Program mentor menelan belanja RM270 juta berlangsung daripada 2010 hingga 2013 dan sepatutnya melatih 7,500 guru bahasa Inggeris sekolah rendah di serata negara.

“Dengan kos yang sangat tinggi, kita mengharapkan setidak-tidaknya sedikit peningkatan tapi malangnya sebaliknya berlaku dalam keputusan UPSR terkini yang sekaligus memberi satu tamparan hebat kepada usaha kementerian.

Katanya lagi, ia sangat ironi apabila prestasi keseluruhan dalam kertas Bahasa Inggeris sekolah jenis kebangsaan pula menyaksikan peningkatan biarpun tidak diperuntukkan dengan program mentor antarabangsa.

“Prestasi keseluruhan sekolah jenis kebangsaan menyaksikan peningkatan 0.12 mata, dengan bilangan pelajar mencapai A meningkat 4.2 peratus dan mereka yang mendapat B dan C meningkat 2.1 peratus.

“Dalam erti kata lain, sekolah jenis kebangsaan yang tidak mendapat manfaat daripada program mentor antarabangsa bahasa Inggeris berjaya meningkatkan penguasaan dalam bahasa itu, manakala keputusan sekolah kebangsaan merosot walaupun kerajaan membelanjakan sebanyak RM270 juta,” katanya.-Roketkini.com



RM270mil spent, but 'Oh My English' prevails...

The UPSR examination results have revealed a decline in pupils' performance in the English language and this raises questions on the RM270 million paid to consultants to raise its standard in schools.


Zairil Khir Johari (2)Bukit Bendera MP Zairil Khir Johari (left) said English results should have improved by the end of the three-year "exorbitant" mentoring programme.

However, only 74.4 percent managed to score a minimum of C in English, a three percent drop compared with last year's results.

The number of UPSR candidates scoring B and C also slid by the same percentate while those scoring A was more or less stagnant, with only a slight dip of 0.2 percent.

"The latest UPSR results constitute a slap in the face of the Ministry of Education," Zairil said.

Ironically, the DAP MP said, it is vernacular schools (or national-type schools) that saw improvements in the English test results.

The number of pupils who scored A went up by 4.2 percent and an additional 2.1 percent scored B and C compared with 2012.

"In other words, national-type schools that did not benefit from the foreign English mentoring programme managed to improve in the language, while national school results deteriorated despite the government spending RM270 million over three years in an effort precisely aimed at improving the level of English proficiency in national primary schools," he said.

NONEIn 2010, the ministry engaged three consultancy groups - Brighton Education Group, SMR HR and the British Council - for a three-year English language mentoring programme aimed at lifting the standard of teaching and learning English in national primary schools.

The RM270 million programme is part of the Upholding Bahasa Malaysia, Improving English (MBMMBI) policy which replaced the teaching of Science and Mathematics in English (PPSMI)

This followed the finding that more than half of English language teachers in national schools failed the Cambridge English Placement Test.

Yesterday Bernama reported that the UPSR results this year were the best in four years, with improvement in the average National Grade (GPN).

It was reported that 9.15 percent of the pupils scored straight As, compared with the 8.94 percent last year.-malaysiakini


Ore kelate tak kayo alah mano, setakat mini cooper tu wei hadiah ko anok sekoloh jah..Anak dapat 5A, ayah terus hadiahkan kereta kepada anak. Kalau keputusan SPM cemerlang tak tahulah anak ini dapat apa pula. Semoga terus berjaya dimasa hadapan. Jangan lalai dengan harta dunia. So, sapa yang nak pandu kereta ni? ...


 Hari ini, akhbar The New Straits Times (NST) sudah pun menyatakan permohonan maaf di dalam mahkamah terbuka atas kesalahan menerbitkan artikel fitnah dan tidak berasas pada 21 September 2012 yang lalu di dalam akhbar dan portal berita mereka; sekaligus menamatkan kes saman fitnah yang dikemukakan ke atas mereka oleh BERSIH 2.0.,SUARAM, Centre for Independent Journalism (CIJ) dan Merdeka Centre (plaintif). NST juga telah bersetuju membayar kos guaman.

cheers.

No comments: