05 November 2013

1,225 orang pengundi PAS hilang,ke mana bang aji...




Seperti diduga, calon PAS Mohd Azam Abd Samat menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim dengan majoriti 1,084 undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

Mohd Azam, 37, mendapat 12,069 undi dan Ahmad Sohaimi, 52, mendapat 12,069 undi, umum Pegawai Pengurus PRK Abdul Rashid Othman di SMK Agama Yan, Kedah malam ini.

PAS berjaya mengekalkan kerusi Sungai Limau yang dimenangi Tan Sri Azizan Razak sejak tahun 1995. Tetapi BN patut dipuji kerana berjaya mengurangkan majoriti yang dimenangi PAS enam bulan lalu.

Pada 5 Mei lalu, Azizan mendapat 13,294 undi manakala calon BN, Mohd Fadzillah memungut 1,520 undi. Abdullah (Bebas) mendapat 100 undi dan Sobri (Bebas) mendapat 84 undi. Azizan menang dengan majoriti 2,774 undi.

Kejayaan BN mengurangkan majoriti PAS sebanyak 1,690 undi merupakan satu kejayaan yang besar. Apatah lagi sudah lima penggal bekas Menteri Besar Kedah itu bertapak di DUN tersebut.

Yang menjadi tanda tanya kepada kita, ke mana 1,225 orang pengundi PAS yang mengundi Azizan pada Mei lalu? Azizan pada 5 Mei mendapat 13,294 undi manakala Mohd Azam pada 4 November mendapat 12,069 undi. Kenapa mereka seramai 1,225 orang PAS ini tidak keluar mengundi? Adakah mereka tidak suka kepada calon PAS seperti yang didakwa Exco Puteri Umno, Asfalinda Anuar?

Atau adakah mereka ini pengundi luar yang menyokong Azizan selama ini yang tak dapat dikesan oleh Umno Bahagian Jerai seperti yang didakwa oleh bekas calon Bebas, Sobri Ahmad?

BN walaupun kalah harus berbangga kerana dapat meningkatkan 465 undi.Pada Mei lalu, calon BN yang juga sepupu Azizan mendapat 10,520 undi tapi kali ini Dr Sohaimi mendapat 10,985 undi. Adakah 465 orang ini pengundi PAS yang mahu berhijrah kepada BN?

Kejayaan BN meningkatkan undi dalam masa enam bulan amat menakjubkan apatah lagi Umno baru habis bertarung di mana Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berjaya menumbangkan Ketua Bahagian jerai, Datuk Suhaimi Abdullah pada 19 Oktober lalu. Ternyata pertandingan bahagian tidak memberi kesan kepada PRK ini. Sebaliknya BN dapat menambah undi.

Sebelum ini PAS yakin menang dengan majoriti yang kecil, 500 undi kerana menurut mereka, bukannya PAS menentang BN tetapi menentang jentera kerajaan pusat. Walaupun pelbagai projek ditabur oleh BN yang tidak sehebat PRK Kuala Besut sampai mencecah RM500 juta, tetapi nampaknya pengundi Sungai Limau mahu kekalkan Pas dan bukannya berhijrah kepada BN.


 

Menurut pemerhati politik, kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pemilihan Umno sedikit sebanyak menjejaskan peluang BN untuk menang. Menurut mereka, Dr Mahathir sepatutnya mengkritik selepas selesainya PRK Sungai Limau dan bukannya sewaktu BN berkempen. Imej BN sedikit sebanyak tercalar.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir ibarat sudah jatuh ditimpa tangga pula. Beliau kalah bertanding Naib Presiden Umno dua minggu lalu dan kini kalah dalam PRK pula kerana pengundi Sungai Limau nampak Mukhriz ibarat jeneral yang patah kaki.


Walaupun BN kalah, pengundi Sungai Limau bertuah kerana Mukhriz sudah berikrar akan menjadikan DUN Sungai Limau sebagai DUN angkatnya. Oleh itu Mukhriz kena tunaikan janjinya untuk meneruskan pembangunan di DUN Sungai Limau.

Malah ucapan Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang menyinggung keluarga Azizan yang mengaitkan penarikan subsidi gula sedikit dengan penyakit kencing manis sehingga kaki Azizan dipotong sedikit sebanyak menyebabkan BN kalah walaupun Muhyiddin sudah minta maaf.

Sebaliknya PAS yang buat poster palsu walaupun mengaku salah tetapi tidak pula minta maaf tetap menang dalam PRK ini. Ini menunjukkan bahawa pengundi tidak dapat menerima pemimpin yang mulut celupar.

Apatah lagi dua hari menjelang hari pembuangan undi, replika kaki yang ditemui di markas BN mempengaruhi pengundi bahawa BN yang buat replika itu walaupun Muhyiddin anggap ia adalah perbuatan yang bodoh.

Strategi PAS mengena walaupun kita tidak tahu siapa yang buat replika kaki itu. Sebaliknya amanat Azizan yang disebar tidak mempengaruhi pengundi kerana PAS menang di lapan pusat daerah mengundi (Matang Buloh, Bukit Choras, Bukit Besar, Sungai Dedap, Batu 16, Simpang Tiga Luar, Ulu Sedaka dan Gelam Tiga) manakala BN hanya menang di lima pusat daerah mengundi sahaja (Padang Lumat, Sungai Limau, Sungai Kering, Sungai Daun dan Simpang Tiga).

Biarpun PRK Sungai Limau mengekalkan PAS tetapi kejayaan BN menambah undi dan mengurangkan majoriti PAS merupakan satu kejayaan yang besar buat BN. Kalau momentum yang ditunjukkan dalam kempen PRK ini dikekalkan oleh jentera BN, tidak syak para pengundi Sungai Limau akan berhijrah kepada BN pada PRU ke 14 nanti.-fmt



Sungai Limau - PAS menang lagi,apa lagi Melayu mau?

Seorang ahli umno disini begitu marah apabila BN sekali lagi kalah buat kali ke 6 berturut-turut di Sungai Limau, beliau berkata, "saya begitu kecewa dengan orang-orang melayu di sini, apa lagi melayu mau?

Kerajaan dah buat macam-macam yang terbaik seperti gula dah naik, minyak dah naik, kenapa tetap juga depa undi PAS?"

Sebelum itu seorang lagi  wanita UMNO berkata, "saya tak taulah apa yang terjadi di sini, melayu di sini tak tau apa depa nak, susah betui nak hijrah'', demikian ulasan dari ahli-ahli UMNO yang kecewa dengan kekalahan tipis BN pada PR, PAS berjaya mengekalkan kerusi itu dengan majoriti 1083 - Ajensi Berita Fakap


PAS candidate Mohd Azam Abd Samat, 37, celebrates his victory in the Sungai Limau by-election in Yan, Kedah on Nov 4, 2013. ORIENTAL DAILY

PAS - We fought two governments and won...

Thousands turned up in Dulang Kechil tonight to welcome their new hero Mohd Azam Samat, who just won the Sg Limau seat, retaining it for PAS for the sixth time.

The muddy fields at the PAS Youth operations centre was filled to the brim, with the crowd standing at the road side to hear Azam's maiden speech tonight.

Azam, 37, takes over from the late Azizan Abdul Razak, the former Kedah Menteri Besar, who died on Sept 26. He will be sworn in as the new Sg Limau assemblyman at the Kedah legislative assembly on Nov 18.

pas youth protest against egypt coup mohamad mat sabuIn his speech, PAS deputy president Mohamed Sabu (right) said the party had to fight two governments - state and federal - led by BN at this by-election, in a campaign which started on Oct 23.

"They brought everyone and everything down here. Ducks and cows as well," said Mohammed, popularly known as Mat Sabu, drawing laughter from the crowd.

In his speech, Azam said the people of Sg Limau has given a clear message to the government that PAS must continue its struggles here.

"We won because of our faith in Allah. This is also why also all our friends came and helped us," he said, thanking the party's ally - DAP and PKR for helping out in the 12 day campaign.

"The message is clear that PAS must continue with its message of Islam. We will pray and continue this struggle for the coming 14th general elections," he added, referring to the election that is expected to be called by 2018.

 


The newly elected Sungai Limau assemblyman Mohd Azam Abd Samat, 37, (C) with several Pakatan Rakyat leaders, celebrating the victory. ‎SUNPIX by BERNARD CHEAH

Meaningful gift

PAS vice-president Mahfuz Omar described the victory as a meaningful gift from Allah as today is Maal Hijrah, the Muslim new year.

"I was very worried because it was a challenge to me as PAS commissioner for Kedah, to lead this by-election especially when we are fighting two governments," he said.

"The BN said this is a moral loss for us because we had a lower majority - 1804 instead of 2774 on May 5 elections.

"Let me tell you if 1,000 outstation people can come back and vote, we will get almost same majority as the last election," he added.

Mahfuz said BN treated voters to all kinds of bribes, from chickens to spectacles, cooking oil, mango plants and "expired" milk.

"Still they can't penetrate Sg Limau which is a PAS stronghold".- malaysiakini


Suku sakat Umno hanya menilai masyarakat Melayu Sg Limau dgn sekampit beras 5kg .. UMNO ingat semua rakyat marhean boleh dibeli dengan nilai serendah sekampit beras. ..

Apa yang korang rasa bila tengok gambar ni? ” Melayu ramai yang miskin tapi masih tak sedar di pijak UMNO/BN,tapi depa bagi ambik,pangkah tetap bulan...


Photo: Nik Nazmi akan berucap di forum #GST esok bersama Hishamuddin Rais Zairil Khir Johari Najwan Halimi Raja Ahmad Shahrir. Jemput dtg beramai2

cheers.

No comments: