11 November 2013

Kak Jat kecut teloq kot, sampai tarik balik saman RM100 juta...

Datuk Seri Shahrizat Jalil menarik balik saman RM100 jutanya terhadap dua pemimpin PKR Rafizi Ramli dan Zuraida Kamaruddin.

Langkah mengejutkan itu dibuat tanpa apa-apa syarat.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hakim Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan saman itu ditarik balik selepas bertemu peguam kedua-dua pihak di kamar.

Shahrizat tidak hadir. Rafizi dan Zuraida berada di mahkamah.
 


Dulu semasa memfailkan saman RM100 juta terhadap Pengarah Strategi PKR YB Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR YB Zuraida Kamaruddin, bukan main sembang garang lagi kencang Shahrizat Jalil .. cakap dia akan heret mereka berdua sampai mendapatkan keadilan .. no retreat nor surrender .. lebih kurang begitulah bunyi hebatnya Sharizat Jalil.

Akhirnya setelah separuh perjalan kes ini di dengar dan selesai PRU 13 dan Pemilihan Pucuk Pimpinan UMNO dengan dirinya masih memegang jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia .. alih-alih dia tarik balik saman. Nampak sangat isu saman nak di jadikan modal politik murahan beliau.

Nampak sangat yang YB Rafizi dan YB Zuraida berada di pihak yang benar dan sedikit pun tidak gentar.


Kes saman RM100 juta Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar) terhadap Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dibatalkan setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk menarik kembali saman yang dikemukakan.

Dalam saman yang difailkan pada 19 Januari tahun lalu oleh Ketua Wanita Umno itu, beliau mendakwa Zuraida dan Rafizi membuat kenyataan fitnah berhubung dakwaan terhadap projek National Feedlot Corporation (NFC).

Penarikan saman itu dibuat di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera.

Rafizi ketika ditemui di lobi mahkamah mengalu-alukan keputusan Shahrizat untuk menarik balik saman terhadap dirinya tanpa sebarang syarat.

Katanya, keputusan Shahrizat menunjukkan segala pendedahan mengenai NFC yang dibuat oleh mereka mempunyai asas selain bertepatan dengan laporan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


 
"Saya akan terus menyiasat dan mencari pihak yang bertanggungjawab dalam NFC kerana masih banyak perkara yang belum diselesaikan.

"Keputusan Shahrizat untuk menarik saman itu menguatkan lagi semangat saya untuk terus memantau isu NFC agar mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

"Sebagai seorang menteri Kabinet pada ketika itu, Shahrizat tahu bahawa dana yang sepatutnya khusus kepada projek berimpak tinggi negara digunakan bagi tujuan lain termasuk membeli kondominium tetapi tidak dilaporkan kepada Kabinet," katanya.

Zuraida yang turut ditemui media berkata, sepatutnya Shahrizat menarik balik kes itu lebih awal sebelum lebih banyak pendedahan dilakukan ke atas dirinya.

Katanya, penarikan saman itu disebabkan kemenangan Shahrizat sebagai Ketua Wanita Umno selain menjadi penasihat kepada Perdana Menteri dalam hal ehwal Wanita.

"Kami akan memastikan ada usaha pemulihan dilakukan ke atas projek ini kerana wang yang digunakan perlu dikembalikan untuk mengusahakan projek ini, tetapi kerajaan masih gagal berbuat demikian.

"Biarpun ada rundingan dengan syarikat Jepun tetapi mereka tidak bodoh untuk mengambil syarikat yang penuh dengan hutang untuk diambil alih.

"Rakyat masih menunggu faedah terhadap projek ini setelah tujuh tahun penangguhan. Selaku ahli Parlimen, kami akan meneruskan usaha itu,” katanya.

Ahli Parlimen Ampang itu berkata, penarikan saman oleh Shahrizat memberi ruang lebih luas kepada dirinya dan Rafizi untuk membongkar salah laku dalam isu NFC.

Rafizi kemudian berkata, beliau menarik balik samannya kepada Shahrizat berikutan Ketua Wanita Umno itu menggelarnya 'jambu' dan 'tanggang' kerana berpendapat ia tidak berbaloi untuk mengambil tindakan mahkamah.-f/bk


Rafizi vows to pursue NFC scandal...


Disebabkan nak UNDI supaya BN tak kalah maka habis pendatang asing bagi MyKad.Tuhan nak tunjuk BAHAYA BN dok bagi MyKad ni sampai nyawa rakyat dibuat main2. Jadi.. pembunuh Indon ni boleh lah mengundi? Nampak tak permainan PEMIMPIN RASUAH BN?


Apa punya jenis soalan yang disediakan kepada para pelajar sekolah kita ... jenis soalan yang langsung tidak membina minda dan menambah baik ilmu dan jati diri.Soalan peperiksaan yang sekadar kerjanya mengampu bodek melangit tanpa waktu dan rasa malu...

cheers.

No comments: