08 November 2013

Mahathir kata wang ringgit dan hadiah, dah tak laku...


Mahathir - Wang dan hadiah gagal menangkan BN ...

Pemberian wang dan hadiah tidak akan memberi kemenangan kepada BN seperti dibuktikan dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Sungai Limau dan pilihan raya umum (PRU) lalu, ujar mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar).

Menulis di laman blognya, Che Det, Dr Mahathir menegur kaedah kempen BN yang banyak menggunakan wang dan hadiah.

"Kempen sekarang ini berbeza dari dahulu. Banyak wang diguna. Diadakan karnival di mana ada acara hiburan, jamuan dan hadiah percuma seperti T-shirt BN, PAS yang belum memerintah terpaksa jual T-shirt. Apabila jadi Kerajaan T- shirt tentu percuma.

"Ada jabatan kerajaan yang mengadakan pameran untuk mempromosi Kementerian Pertanian saya fikir. Mereka yang datang melihat pameran diberi sepuluh ekor anak ayam, dedak dan beras. Makanan disediakan untuk pelawat.

"Saya tak tahu samada pameran ini adalah sebahagian dari kempen BN. Jika ia (ya), amat jelas pelawat tidak terpengaruh dengan hadiah anak ayam. Sebenarnya pengundi tidak mengundi mengikut hadiah – samada berbentuk duit atau anak ayam," tulis Dr Mahathir.

Menurut beliau, pemberian wang dan hadiah tidak akan memberi kemenangan kepada mana-mana calon malah wang yang diberi adalah pembaziran,  sama ada wang milik kerajaan atau bukan kerajaan.

Dr Mahathir menambah, sokongan kepada parti politik diasaskan kepada perjuangannya dan tingkah laku pemimpin dan calon.

"Kalau datang dengan Mercedes atau motorsikal 1000 c.c., saguhati dan apa juga yang diberi tidak akan menawan hati. Ada pengundi yang tidak arif yang berkata ini rasuah. Ini sangkaan buruk mereka. Tetapi sangkaan ini walaupun mungkin bukan rasuah mungkin mempengaruhi tindakan mereka," ujarnya.

Dr Mahathir juga mendapati keadaan di Sungai Limau sudah berubah berbanding ketika beliau menjadi wakil rakyat apabila banyak rumah batu berbumbung genting dibina penduduk.

"Nampak sejak saya jadi wakil rakyat dahulu keadaan banyak berubah. Ramai dari orang kampung yang sudah berjaya dan ada duit, walaupun tidak kaya," tulis beliau.

Bagaimanapun beliau mengakui masih ramai penduduk yang miskin dan  amat miskin.

"Kalau mereka diberi peluang dan bantuan mungkin mereka akan berhijrah... Inilah politik semasa. Duit lebih banyak tetapi pengaruh masih belum cukup," ujarnya.-harakahdaily



Mahathir chides BN over election goodies, 
 saying it is a waste...

Scorn over his son’s defeat in Sg Limau, Dr Mahathir Mohamad today lashes out at Barisan Nasional’s tactic of offering election goodies saying it no longer works to woo voters.

“May I am wrong (and I admit I always wrong) but I think the cash and goodies offering will not bring victory. This is clear from the 13th general election,” he wrote in his latest blog posting.

“Those who do not support will not support. The cash giving is a waste whether it is government money or not,” he added.

Mahathir said voters today are more inclined to vote based on party’s struggle. He also said voters took notice of the action of the political leaders and candidates during campaign.

“If they come with Mercedes or a 1,000 cc motorcycle, whatever goodies will not capture the hearts of voters. Some unwise voters may take it as bribery. That’s their bad perception. But such perception, although it is not bribery, has an impact on their decision,” said the 88-year-old UMNO veteran.

BN had failed to defeat PAS in the Sungai Limau by-election recently despite spending millions. Led by Mahathir’s son Mukhriz Mahathir, who is also Kedah Menteri Besar along with the might of all government machineries, BN had only managed to reduce PAS majority.

PAS won the election comfortably, where its candidate Mohd Azam Abdul Samat defeated BN’s Dr Ahmad Sohaimi Lazim with a majority of 1,084 votes.-harakahdaily


Jamil Khir kata, bukan pelik harga gula dijual murah kerana sudah kebiasaan ada pasaraya yang kadangkala tawarkan harga barang murah. Memang buat kita terkentut mendengar hujah Jamil Khir. Kita semua tahu bahawa gula adalah salah satu barangan terkawal yang sudah tentunya harga tidak boleh ditetapkan sesuka hati. Dan, jika benar itu adalah promosi atau tawaran murah dari pasaraya, mengapa tidak dijual di pasaraya agar orang lain boleh membelinya? Mengapa dibawa ke Sg Limau?Selalunya kita yang akan pergi ke pasaraya untuk membeli harga murah yang ditawarkan. Tetapi pelik di Sg Limau, rakyat tidak perlu keluar membeli tetapi gula datang mencurah ke situ. Bukankah rasuah namanya? Sah BN/UMNO,SPR dan menteri ni buta perut...

PAS cabar BN adakan jualan murah di tempat lain...

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini mencabar Barisan Nasional (BN) untuk mengadakan jualan murah untuk gula dan beras di kawasan-kawasan berpenduduk miskin yang lain.

Mohamad ataupun lebih popular dengan panggilan Mat Sabu, apabila dihubungi oleh FMT hari ini ternyata berang dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom yang berkata jualan murah kedua-dua barangan asas itu dalam tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau sebagai kebetulan.

“Mana boleh kebetulan…Kalau kata kebetulan pi la buat (jualan murah) kat kawasan-kawasan lain sama,” katanya dalam perbualan telefon.

Beliau menambah, terdapat lagi kawasan yang boleh mendapat manfaat dari jualan murah anjuran BN itu, bukan hanya di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau sahaja.

“Pi buat kat kawasan-kawasan lain (juga), jangan buat kat kawasan ada PRK saja. Kat Baling sana pun ada orang susah, pi buat kat sana,” cabarnya lagi, sambil menyifatkan kenyataan Jamil ini sebagai satu penafian yang boleh ditertawakan.

Jamil, yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Jerai berkata pembangkang menggunakan isu jualan murah barangan asas itu sebagai modal untuk memburukkan BN.

Dilaporkan, harga gula seberat satu kilogram yang biasanya berharga RM2.84 di pasaran dijual dengan harga RM1 dalam jualan murah tersebut manakala sekampit beras seberat lima kilogram pula dijual dengan harga RM5, jauh lebih murah dari harga pasaran iaitu RM13.

Pakatan Rakyat (PR) menyelar perbuatan BN ini dan menyamakannya sebagai satu bentuk rasuah kepada pengundi.


Bagaimanapun, pandangan itu ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.-fmt


Jamil Khir, mengaku sajalah jualan murah kempen BN...


Mat Sabu - Discount carnival a coincidence? Then have it in other places too...

Minister in the Prime Minister’s Department Jamil Khir Baharom had said the carnival offering basic necessities at huge discounted prices during BN’s recent campaign in the Sungai Limau by-election was just a coincidence.

The ‘explanation’ had triggered a question by PAS deputy president Mohamad Sabu that likely put BN in a tight spot.


 “If it was just a coincidence, then hold the sales carnival at other constituencies too,” Mat Sabu was quoted saying by Free Malaysia Today.

Mat Sabu said there are other places other than Sungai Limau that could benefit from such carnivals.

“Don’t just do it at places with by-election. In Baling, there are also poor people, go and have it there as well,” he chided.

As such, Mat Sabu said Jamil’s explanation was nothing more than a mockery.

During the Sungai Limau campaign, BN had organised a shopping carnival in Bukit Besar that attracted huge crowd that went after the heavily discounted items offered.

According to a report, sugar was sold at RM1.00 per kg, way below market price of RM2.84 per kg. It was also reported that a pack of 5kg rice was sold at RM5, as opposed to normal prices that ranges between RM18 and RM20.

Despite that, PAS had managed to survive the by-election where its candidate Mohd Azam Abdul Samat defeated BN’s Dr Ahmad Sohaimi Lazim with a majority of 1,084 votes.-harakahdaily



 Photo: wei sapa menteri pelajaran ni tolong le... macam2 aneka menu makanan ada dimalaysia
 Bangla bisnes sakan,menteri kita dok tidoq...

cheers.

2 comments:

Anonymous said...

Kalau Mukriz beri air percuma macam Selangor, agak-agaknya berapa kali PRU dia boleh bertahan?

Anonymous said...

Habis lama 1 penggal saja!!!