25 November 2013

Anwar - Khalid,setia mendengar tapi lambat bertindak...


Anwar Ibrahim sekali lagi mengkritik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim apabila mendakwa Menteri Besar Selangor itu lambat melaksanakan arahan yang diberikan.

Ketua Umum PKR itu berkata, Abdul Khalid seorang pendengar yang baik tetapi tidak mengamalkan apa yang disarankannya.

"Dia adalah seorang sahabat yang paling setia mendengar berbanding pemimpin PKR yang lain. Tan Sri Khalid seorang yang paling patuh mendengar cuma paling lambat laksanakannya kadang-kadang.

 "Saya tegur seorang pemimpin dengan perkara yang baik. Saya tegur supaya dia dapat baiki skru longgar sebelum ini," katanya dalam ucapan penutup Kongres Nasional Khas PKR 2013 di Shah Alam hari ini.

Semasa kongres itu, semua perwakilan sebulat suara bersetuju dengan pindaan baru perlembagaan parti yang akan dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada minggu hadapan.

Meskipun sindiran itu ditujukan secara terus kepada Abdul Khalid yang duduk berhampiran dengan Anwar, ahli parlimen Permatang Pauh itu tetap memuji pentadbirannya di Selangor yang dilihat dapat mengurangkan pembaziran berbanding kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) sebelumnya.

Anwar berkata rekod pentadbiran Abdul Khalid lebih baik berbanding menteri besar di negeri lain dan menteri besar sebelumnya di Selangor.

“Bila kita tegur, kita lupa bahawa di bawah pemerintahan Selangor dari segi kepimpinan, kewangan, agihan dan pembaziran jauh lebih terkawal yang bukan sedikit. Saudara boleh teliti akaun pengurusan ekonomi zaman Umno-BN dan zaman Pakatan Rakyat, perbezaannya terlalu jauh.

“Saya yakin dia tak curi wang, tak ambil balak, tak ambil tanah dan tak khianati amanah. Itu paling besar,” katanya yang mendapat tepukan gemuruh perwakilan yang hadir.

Dalam kongres yang dihadiri seramai 885 perwakilan itu turut sebulat suara menolak cadangan Angkatan Muda Keadilan bagi membenarkan pemimpin mereka di peringkat kebangsaan, negeri dan cabang terdiri daripada mereka yang berusia melebihi 35 tahun.

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata usul itu wajar ditolak bagi memastikan parti itu tidak menjunjung konsep politik Umno yang disifatkannya mahu menongkat langit selama-lamanya.


Menjawab cadangan yang diusulkan oleh pembahas bahawa parti itu perlu lebih trampil dalam pelbagai segi, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail (gambar) berkata parti itu melalui pindaan perlembagaannya yang baru telah menetapkan pemimpin tertentu bagi mengepalai beberapa sektor kepimpinan dalam PKR.

“Majlis Pimpinan Parti (MPP) memberi setiap satu pemimpin kanan untuk mengepalai satu bidang dan pencapaian mereka akan disemak secara berkala dalam mesyuarat biro politik dan MPP.

“Saya bertanggungjawab soal organisasi dan MPP. Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh bertanggungjawab soal latihan, Azmin soal pilihan raya.

“Ahli Parlimen Selayang soal kewangan dan Timbalan Speaker Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad bertanggungjawab dalam aset kepimpinan baru parti,” katanya mengulas cadangan pembahas kongres yang terlibat hari ini. – TMI
Khalid "most loyal" friend but also slowest to react...

Once again Selangor Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim has been publicly criticised by Datuk Seri Anwar Ibrahim over his tardiness in taking action and implementing measures for the benefit of the people.

"Pakatan Rakyat's achievements are not measured in terms of whether there is a surplus or deficit in the budget but how we prioritise the needs of the public," Anwar said.


"Khalid is one of the most loyal and attentive friend and colleague compared to other PKR leaders. However, there are times when he is among the slowest leaders to take action," he said.

"I admonish a leader for a reason, I point out mistakes and errors so that he will tighten the loose screws," Anwar said during the closing ceremony of the special PKR national congress in Shah Alam.

"Khalid is very attentive to other people's ideas and opinions, especially from his fellow PKR colleagues. Unfortunately, he does not put what has been said into practice," Anwar, who is the party's supreme leader, admonished Khalid who looked on unperturbed.

Last month at a forum in Petaling Jaya, Anwar had criticised Khalid over the latter's failure to use Selangor’s surplus funds to help the needy, resulting in some party members labelling him as "stingy".

Prior to the opposition leader’s closing remarks, the 800-strong crowd comprising PKR delegates and observers unanimously approved several amendments to the party's constitution.

The amendments to PKR's constitution will be sent to the Registrar of Societies (RoS) next week to be rubber-stamped.


Anwar had the attention of the 800-strong crowd at the Dewan Raja Muda Musa in Section 7, Shah Alam as he described the challenges facing PKR, DAP and PAS.



Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengkritik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan mendakwa Menteri Besar Selangor itu lambat melaksanakan arahan. - Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 24 November, 2013.

 "We are facing a mighty political opponent who has billions of ringgit in their treasury. They will spend millions of ringgit to ensure that they remain in power," Anwar said.

He said Pakatan Rakyat had to intensify their efforts to woo support from the rural voters, who remember Barisan Nasional whenever they receive gifts and handouts.


"We are talking about a very strong political party who has money to burn and a mighty election machinery ready to steamroll any opposition," he said.

"But one of our advantages is that we have a lot of young, talented politicians who can reach out to the masses," he said.

Anwar said Barisan Nasional had spent millions trying to defeat the party's two young politicians, his daughter and Lembah Pantai MP Nurul Izzah and Pandan MP Rafizi Ramli, but failed.

"We must not give up, yes, the road ahead of us is long, hard and winding but we can surpass these obstacles and reach the summit," he said.

One of the weaknesses which Anwar noted in the new generation of young politicians was a lack of humility. He said the young politicians were talented, savvy and sometimes overconfident.

"But this is a weakness which can be rectified as the older leaders can guide the next generation and set them on the right path," he said.-TMI





Hadiah untuk rakyat Selangor kerana menjadi orang yang cerdik dan pandai memilih pemimpin yang hebat...




 

cheers.

No comments: