"Gunalah kebijaksanaan supaya dapat menguruskan harta negara dengan baik.

"Ingatlah bahawa kebijaksanaan bukan semata mata soal teknikal pengurusan tetapi juga melibatkan budi pekerti dan hati perut," katanya.

Najib semalam dilaporkan berkata, pihak yang mengelak daripada membayar cukai boleh dianggap melakukan pengkhianatan kepada negara kerana kewajipan itu merupakan satu daripada semangat patriotisme.

Beliau juga berkata, tiba masanya kerajaan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan mulai 1 April 2015 kerana ia untuk kebaikan rakyat dan masa depan negara.-malaysiakini