14 June 2013

Ribut balun menara antena atas bangunan UMNO Pulau Pinang sampai tumbang...





Ribut melanda Pulau Pinang lewat petang ini dan menumbangkan menara antena di atas bumbung bangunan Umno negeri di Jalan Macalister.

Struktur tersebut yang terletak di atas bumbung bangunan 23 tingkat itu, jatuh di atas jalan raya.


Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, pihak polis telah dimaklumkan mengenai kejadian itu untuk segera mengambil langkah keselamatan.

Dalam kenyataan audio kepada media, Lim berkata setakat yang diketahui, hanya seorang yang cedera serius dan telah dihantar ke hospital.


Menurutnya, kira-kira tujuh buah kereta rosak dan beliau berharap tidak ada lagi mangsa terlibat.Lim menggesa Umno negeri supaya segera membuka bangunan itu supaya tindakan segera yang boleh diambil untuk mengelakkan lebih bahagian bumbung jatuh.

NONESementara itu, Bernama melaporkan angin kencang dan hujan lebat yang mengakibatkan tiang antena itu runtuh, telah mencederakan tujuh penguna jalan raya, dua daripadanya parah.
  
Menurut jurucakap Balai Bomba Lebuh Pantai, tujuh kenderaan termasuk sebuah lori muatan tong gas rosak dalam kejadian lewat petang ini.
  
Katanya pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.55 petang dan sebuah jentera bersama tujuh anggota dihantar ke tempat kejadian.


Sementara itu, ketika dihubungi, Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin berkata, beliau dimaklumkan bahawa antena di atas bangunan itu telah runtuh.

Terdapat banyak pejabat di dalam bangunan itu dan pejabat Umno terletak di tingkat enam dan tujuh.

"Ia adalah satu kemalangan, satu bencana alam," katanya.

Apabila diberitahu ada yang dipercayai cedera parah dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan, Shaik Hussein mendoakan mangsa terbabit cepat sembuh.

"Kami akan menilai situasi dan melihat apa yang perlu dilakukan," katanya.


NONESementara itu, Bernama  melaporkan Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata dalam kejadian itu mengakibatkan tujuh kenderaan termasuk sebuah lori pikap rosak teruk akibat dihempap pemancar telekomunikasi sepanjang kira-kira 20 meter itu dan pemandu lori berkenaan cedera parah. 
   
"Di daerah Timur Laut terdapat lapan tempat yang terlibat di mana ada yang pokok tumbang dan yang serius sekali di Jalan Macalister di mana antena (pemancar telekomunikasi) atas bangunan Menara Umno telah jatuh dan mengakibatkan seorang (pemandu lori pikap) cedera parah.
   
"Bagi daerah Seberang Perai Tengah ada dua tempat yang terlibat dan daerah Seberang Perai Utara ada 10 kawasan terlibat manakala di daerah Barat Daya melibatkan satu kawasan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian malam ini.

Abdul Rahim berkata kejadian itu juga mengakibatkan paip bawah tanah di jalan berkenaan pecah.
   
Beliau berkata agensi kerajaan akan memberi bantuan segera bagi memulihkan keadaan dan beliau menyeru orang ramai agar memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.
   
"Masyarakat jangan marah kepada keadaan lalulintas yang sesak dan saya akan pastikan jalan laluan berjalan dengan lancar dalam masa yang singkat," katanya.


NONESementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai Ismail Mohd Zain berkata: "Apabila sampai, kita dapati pemancar telekomunikasi di atas bangunan ini jatuh dan menghempap beberapa kenderaan.

Yang cedera parah adalah daripada lori pikap yang membawa tong gas, yang lain-lain cuma cedera ringan.
   
"Buat masa ini keadaan kembali stabil cuma kita nak kosongkan kawasan ini dan nak tinjau bangunan. Setakat ini, pada zahirnya bangunan ini selamat kerana yang jatuh itu adalah alat komunikasi yang dipasang bukan struktur bangunan," katanya.
   
Saksi kejadian, Imam Masjid Pakistan Hafiz Mohamad Akhlaq, 32, berkata ketika kejadian beliau berada di dalam masjid sebelum mendengar bunyi kuat seperti gempa bumi.
   
"Nasib baik saya berada di dalam masjid kerana selalunya saya akan duduk di luar kawasan masjid sementara menunggu waktu Maghrib. Selepas mendengar bunyi kuat itu saya dapati antena telekomunikasi menghempap sebuah kereta," katanya.
   
Seorang lagi saksi yang turut berada di dalam masjid itu, Mohd Yasin Hamid, 59, berkata beliau bersyukur kerana pemancar telekomunikasi itu tidak menghempap masjid kerana masjid itu terletak di hadapan Bangunan Umno.
   
"Memang satu keajaiban kerana pemancar itu tidak jatuh menghempap masjid ebaliknya jatuh ke jalan raya," katanya.-malaysiakini





Gale knocks down Penang Umno HQ antenna...

The Penang Umno headquarters was damaged by strong winds, breaking the antenna from the 23-storey building.

NONEAccording to Bernama, seven pedestrians were injured. Two of whom suffered serious injuries. Seven vehicles were also damaged.

The Lebuh Pantai fire station said that the incident happened at 6.55pm.


The rubble had caused massive damage to Jalan Macalister, located in the heart of Georgetown.
Kitchen gas cylinders which appeared to have fell off a truck were seen strewn across the road. 

In a press release, Penang Chief Minister Lim Guan Eng urged Penang Umno officials to swiftly provide rescue workers access to the roof to prevent more debris from falling off the roof.

"About seven cars have been damaged and we hope there are no more casualties," he said.


NONEWhen contacted, Penang State Umno Youth chief Shaik Hussein Mydin said he received word that the lighting rod of the building has collapsed.

"It's an accident, a natural disaster. We hope no one is hurt, " he said.

Shaik also offered his sympathy for those injured.

The building houses many offices. Umno occupies the sixth and seventh floor.


Yesterday, the meteorological department had warned fishermen to stay away from the sea as they had predicted strong winds and choppy seas.

Penang police chief Abdul Rahim Hanafi said there were many areas of the island that has been badly affected by the storm.

"In the Timur Laut district, eight areas were affected whereby trees fell but the most serious incident involved the antenna at the Umno building in Jalan Macalister toppling over.

"Two areas in Seberang Perai Tengah were affected, 10 areas in Seberang Perai Utara and one area in the Barat Daya district," he told reporters, according to Bernama.


CM: Let's help clean it up

NONESpeaking to reporters at the scene of the incident later, Lim said the state is looking into ways to handle the situation after security and cleaning works have been done in the area.

"Everyone now is in a state of shock. We are assessing the damage and how to get this road, which is heavily used by vehicles, back to normal again so as to not disrupt the traffic," he said.


"Safety measures are all in force and we are doing our best to clear the damages. We will help out not only here but in all areas in Penang and we are now awaiting further reports," he added.

"For fallen trees in other areas, the local councils, district office and other departments have been roped in to clear them off the roads," he stressed.

Accompanying Lim was Deputy Chief Minister I Rashid Hasnon.-malaysiakini








A vehicle is crushed by a fallen structure off the Penang Umno building on Jalan Macalister, Penang, after a freak storm June 13, 2013. — Picture by K.E. Ooi











 Antena Menara Umno Pulau Pinang runtuh





A lorry is badly damaged by a fallen structure off the Penang Umno building on Jalan Macalister, Penang, after a freak storm June 13, 2013. — Picture by K.E. Ooi









Motorist help move away a fallen tree at Jalan Datuk Kramat after a structure fell off the Penang Umno building on Jalan Macalister, Penang, after a freak storm June 13, 2013. — Picture by K.E. Ooi











cheers.

No comments: