26 June 2013

ADUN UMNO/BN Kuala Besut meninggal dunia...

azlanSeorang anggota Exco kerajaan negeri Terengganu Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia hari ini, tujuh hari selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Laporan Bernama menyebut, A Rahman, 55, meninggal dunia pada jan 10.18 pagi ini akibat kanser paru-paru di hospital berkenaan di Kuala Terengganu.

Laporan itu memetik kenyataan Pengarah Kesihatan Terengganu Datuk Dr Anwa Sulaiman yang mengesahkan perkara itu.

"Pagi ini keadaannya semakin kritikal sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan dan disahkan meninggal pukul 10.18 pagi ini di HSNZ," katanya Anwa seperti dipetik Bernama.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kesihatan, Wanita dan Masyarakat negeri Terengganu itu meninggalkan seorang balu dan empat anak.

Jenazah dijangka  dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Teluk Bayu Kuala Besut selepas solat Zohor hari ini, lapor agensi berkenaan.

Satu pilihan raya kecil dijangka akan diadakan ekoran kematian ADUN Kuala Besut itu, yang meninggal dunia hanya beberapa minggu selepas pilihan raya umum 5 Mei.

Dalam pilihan raya tersebut, A Rahman menewaskan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.


Kawasan berkenaan terdiri daripada lebih 17,000 pengundi, yang mana 99 peratus daripadanya terdiri dari pengundi Melayu.

BN berjaya membentuk kerajaan negeri apabila berjaya meraih 17 daripada 32 kerusi yang dipertandingkan.-malaysiakini


Dalam masa 14 tahun sejak Pas menang di Kuala Besut 1999, telah berlaku penambahan pengundi di Dun ni lebih 7000. Dan daripada jumlah 7000 ni, Pas hanya mampu menarik 28% dan selebihnya 72% menjadi pengundi tegar Umno. Tugas berat menanti jentera PR pada PRK Kuala Besut dlm masa 2 bulan dari sekarang. 

Jangan tidor yer .. jangan terlalu yakin ok!... kalau nak menang jangan dok pong pang pong pang jer......gerak kerja kena jalan dari sekarang ....f/bk


Terengganu rep dies, first by-election expected...

Kuala Besut assemblyperson Dr A Rahman Mokhtar passed away today at the Critical Care Unit (CCU) of Hospital Sultanah Nur Zahirah in Kuala Terengganu.

A Rahman, from Umno, is also state Terengganu exco member for Health, Family and Community development.

He died at about 10.18am today, after having been warded at the hospital’s CCU for the past seven days.


National news agency Bernama reported today that the 55-year-old, who hails from Pulau Perhentian and who was yesterday reported to be in a stable condition, died from lung cancer. 

His body will be buried at the Teluk Bayu mosque in Kuala Besut, this afternoon.
He leaves behind a wife and four children.

azlanA Rahman was first elected in 2008 where he defeated Nik Muhammad Zawawi Salleh of PAS by 2,631 votes.

On May 5, he won against another PAS candidate - Napisah Ismail - with a majority of 2,434 votes.

With his death, less than two months after the conclusion of the 13th general election on May 5, the country is expected to face its first by-election.


His remains will be taken to Masjid Teluk Bayu in Kuala Besut for prayers, and where he will later be laid to rest.

The constituency has a total of 17,679 votes for the May 5 general election.

Kuala Besut is seen as an Umno stronghold, but in 1999, Nik Muhammad Zawawi had managed to win the constituency for PAS when it took over as the state government.

The BN-led state government, under Menteri Besar Ahmad Said, is in a precarious position as the state has 32 state seats, of which 17 was won by BN and 15 by PAS.

Hence, with A Rahman's passing, BN is left with a simple majority of one seat following the vacancy.

If Pakatan wins, it would lead to a hung state legislative assembly.

Elections would have to be called within 60 days after the Terengganu speaker has informed the Election Commission over the vacancy.

According to Bernama, EC will hold a special meeting to set the by-election date for the seat after receiving an official acknowledgement on its vacancy.

EC deputy chairperson Wan Ahmad Wan Omar said at the moment EC had not received any official letter from the state assembly speaker and was expecting to receive it shortly.

"After that, the EC will issue an official statement when the special meeting will be held," he told the news agency today.-malaysiakini



Inna Lillahi Wainna Hi Roji'un...Al Fatihah





No comments: