05 June 2013

Kertas undi pegawai SPR dijual kepada BN dengan harga RM100 satu...

 
Not us but the Najib govt, EC which robbed the good name of Bangladeshis

Seorang calon BN bagi kerusi DUN didakwa "membeli" kertas undi daripada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengundi bagi pihak mereka demi memastikan kemenangan parti itu.

Dalam pendedahannya hari ini, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa salah seorang pegawai itu pada 4 Mei - sehari sebelum pilihan raya umum - telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Salinan laporan polis itu turut diberikan kepada media oleh Rafizi dalam sidang media yang berlangsung di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Laporan polis itu menceritakan bagaimana pegawai SPR dipanggil oleh calon BN berkenaan sebelum mereka menyerahkan kertas undi kepada pekerja parti BN.

Rafizi mendakwa empat pegawai SPR menuntut semula kertas undi mereka sehari selepas kertas undi itu dijual kepada calon BN dengan harga RM100 setiap satu.

Bagaimanapun, dakwa Rafizi, apabila mereka mendapat semula kertas undi tersebut, mendapati kertas undi mereka telah pun ditanda.-malaysiakini


 Calon BN Merampas Kertas Undi Pos Untuk Dipangkah Sendiri...

Dengan jumlah undi pos dan undi awal yang mencecah 500,000 di seluruh negara, ia cukup penting untuk mempengaruhi keputusan pilihanraya di seluruh negara.

Saya telah bertegas bahawa keseluruhan proses yang melibatkan pengendalian undi pos – dari senarai pemilih pengundi pos, pengedaran undi-undi pos, membuang undi pos, seliaan semasa membuang undi pos dan peti undi pos – mempunyai pelbagai kelemahan yang mengundang penipuan dan penyelewengan.

Selama ini pun, pelbagai pengakuan telah dilontarkan oleh bekas-bekas anggota tentera yang mengaku mereka memangkah kertas undi pos bagi pihak anggota tentera yang lain.

Bersama-sama ini saya tampilkan satu laporan polis yang jelas menunjukkan bahawa seorang wakil Umno dalam PRU13 telah bertindak merampas, menawarkan rasuah dan memangkah kertas undi pos petugas-petugas SPR yang kesemuanya melanggar undang-undang pilihanraya.

Laporan polis yang dibuat di Balai Polis Jerteh ini merekodkan pengakuan seorang petugas SPR (namanya dirahsiakan) yang mengaku bahawa:

1. Pada 29 April 2013, beliau bersama-sama 24 orang petugas SPR yang lain telah dipanggil masuk ke sebuah bilik mesyuarat oleh calon BN dan pintu bilik mesyuarat dikunci;

2. Beliau dan petugas SPR yang lain diarahkan menyerahkan kertas undi pos yang kosong kepada calon BN dan dibayar wang RM100 setiap seorang;

3. Keesokan harinya beliau berasa tidak senang dan telah pergi bertemu semula dengan wakil-wakil BN di bilik gerakan BN bersama-sama empat orang petugas SPR yang lain;

4. Setelah mendapat kembali kertas undi pos, mereka mendapati bahawa kertas undi pos mereka telah dipangkah;

5. Beliau juga menjadi saksi bahawa kertas undi pos sebanyak 20 lagi yang tidak dikembalikan telah dimasukkan ke dalam peti undi; dan

6. Selepas membuang kertas undi pos, jari beliau tidak dicalitkan dengan dakwat kekal seperti yang sepatutnya mengikut peraturan pilihanraya

spr_besut

Bukti-bukti ini sudah cukup menunjukkan bahawa berlaku terlalu banyak kepincangan melibatkan pengendalian undi pos dan undi awal sehingga membolehkan calon BN merampas dan membeli kertas undi, sementara dakwat kekal tidak pun digunakan seperti sepatutnya.

Saya yakin kepincangan dan penyelewengan yang sama berlaku di tempat-tempat lain yang mempunyai pengaruh yang besar ke atas keputusan undi di kawasan parlimen tertentu.

RAFIZI RAMLI  
Pengarah Strategi
   

Lebih 50,000 undi ‘hilang’ di seluruh negara, pengundi lapor polis...

 azlan_shariff_lapor_polisSeorang pengundi, Mohd Azlan Mohd Sharif membuat enam laporan polis menuntut siasatan berhubung keputusan pilihan raya umum ke-13 yang digazetkan 22 Mei lalu berbeza dengan yang diumum pegawai pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui borang 16.

Beliau mendapati sebanyak 53,045 kertas undi ‘hilang’ melibatkan semua kerusi Parlimen dan DUN seluruh negara kecuali DUN Sungai Acheh, Pulau Pinang, DUN Banggi dan DUN Labuk, Sabah.

Borang 16 ialah Borang Pengisytiharan Keputusan pilihan raya daripada 222 kawasan Parlimen dan 505 kawasan Dewan Undangan Negeri di seluruh negara.

“Ia satu kesalahan jenayah mengikut seksyen 3(1)(h) dan seksyen 6 (2) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Maka jelas polis dan SPR yang bertugas pada hari, masa dan tempat mengundi bersubahat, membenarkan dan melakukan jenayah ini,” katanya dipetik dalam laporan polisnya yang pertama.

 
Mohd Azlan, pengundi DUN Sungai Balang dan parlimen Muar, Johor membuat semua laporan itu di balai polis Klang pada 30 Mei. 

Enam laporan melibatkan kehilangan kertas undi, salah kira undi, maklumat yang sudah berubah, perbezaan kertas undi yang dikeluar di parlimen dan DUN, maklumat kerusi parlimen dan DUN berbeza sebelum dan selepas diwartakan dan kecuaian anggota polis.

 
“Saya tidak nampak, tidak tahu, tidak terdengar, tidak terbaca apa-apa berita mengatakan ada tangkapan oleh SPR atau polis terhadap mana-mana pihak yang membawa keluar atau menghilangkan kertas undi yang telah dikeluarkan,” kata Azlan. 

Katanya. kemenangan semua calon bagi setiap kerusi itu pada PRU lalu adalah tidak sah dan terbatal sehinggalah kertas undi itu disemak dan disahkan semula.

“Tujuan enam laporan dibuat agar pihak berkuasa termasuk polis menyiasatnya. Sebagai rakyat Malaysia, saya menjunjung semangat Perlembagaan dan Rukun Negara khususnya Keluhuran dan Kedaulatan Undang-undang.

 
Dalam laporan polisnya yang keenam, beliau mendesak Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil tindakan tegas terhadap pegawainya yang cuai menjalankan tugas pada PRU lalu. 

“Saya minta KPN menyiasat, menangkap dan mengambil tindakan terhadap pegawai polis yang bertugas pada masa itu disebabkan terbukti cuai, tidak amanah, tidak melaksanakan tanggungjawabnya dan membenarkan jenayah berlaku didepan matanya,” katanya lagi. - keadilandaily.

PKR pertahankan dakwaan terdapat pengundi hantu Bangladesh


'Ballot papers of EC officers sold to BN for RM100 each'...

 A BN state seat candidate has been accused of "buying" ballot papers from Election Commission (EC) officers in order to vote on behalf of them to ensure victory for BN.

In exposing this today, PKR director of strategy Rafizi Ramli said one of the officers had on May 4, just a day before the 13th general election, lodged a police report on this.

Copies of the police report were given to members of the media by Rafizi during a press conference at PKR headquarters in Petaling Jaya this afternoon.

The report details how the EC officers were called up by the BN candidate before they passed their ballot papers to BN coalition workers.

According to Rafizi, four of the EC officers demanded back their ballot papers a day after they were sold to the BN candidate for RM100 each.

"However, when they got back their ballot papers, they found that their ballots had already been been marked," Rafizi said.

The police report named BN candidate Nawi Mohamad as the culprit, but he denied the allegations when contacted.

"That is his accusation... I deny it. Mana ada (It did not happen)," he told Malaysiakini.

He confirmed that the police had contacted him about the police report. Nawi won the Hulu Besut state seat with a 1,570 majority.

'Voted under pressure'


According to Rafizi, the officer had went to the voting centre to vote after getting back her ballot paper, and she had witnessed how the other twenty ballots of EC officers were casted into the ballot box.

"She still voted. She can't change the vote, (she) can only spoil it," he said, adding that he was also clueless as to whether the officer had returned the RM100.

In the police report, the EC officer claimed that she was forced to pass her ballot paper to BN, although she knew that the act is against the law.

She also listed out the serial numbers of the two RM50 banknotes for the police to investigate.

"I am indeed upset, as my ballot was marked without my consent. This was done under pressure," read the report.

Commenting on this, Rafizi noted that this case was only the tip of the iceberg.

He said the postal and advance votes comprise more than 500,000 of the total votes, which he described, had been significant enough to determine the election outcome.

He added that PKR will be filing about 19 election petitions by June 10, two days before the official deadline.

"I also learnt that PAS will have about 20 cases, and DAP about three cases that involve parliamentary seats. We will do it separately."-malaysiakini



Once the door was locked, the Umno YB paid RM100 each for our unmarked ballot slips

PKR stands by phantom voter claims, blames EC for xenophobia






More info & application at http://internkeadilan.org/



cheers.

No comments: