22 June 2013

Men 'n' Women in Black dah sampai...




Walau berdepan kesulitan dan amaran keras pihak berkuasa, Pakatan Rakyat meneruskan acara kemuncak perhimpunan 'Black 505' di Padang Merbok, Kuala Lumpur hari ini.

Kumpulan perserta berkenaan dijadualkan berhimpun di tujuh lokasi utama yang ditetapkan dan akan berarak dari lokasi masing-masing ke padang itu - sebagai tanda bantahan mereka terhadap dakwaan berlakunya penipuan dalam pilihan raya umum lalu.
 
  
 NONETujuh lokasi tersebut adalah di Jalan Pekeliling, ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, kawasan sekitar Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Sultan, Brickfields, Universiti Malaya dan Masjid Negara.

Wakil parti politik dan NGO akan mengetuai peserta perhimpunan yang bakal memenuhi padang tersebut petang ini.

Penganjur berkali-kali menegaskan bahawa perhimpunan hari ini akan berlangsung dengan aman, walau polismendakwa peserta akan menimbulkan provokasi terhadap pihak berkuasa dan mencetuskan huru-hara.


Kumpulan peserta ini membawa tiga tuntutan utama - menuntut kepimpinan SPR meletak jawatan, mengadakan pilihan raya semula bagi 30 kawasan, dan menghentikan persempadanan semula sehingga kepimpinan SPR baru dilantik.

Cuaca di Kuala Lumpur hari ini cerah, namun sedikit berjerebu.-malaysiakini


video


 

Suasana di Padang Merbok mulai meriah...

Suasana di Padang Merbok di sini mulai meriah pagi ini menjelang himpunan aman Black 505 jam 2.00 petang nanti.

Tinjauan Harakahdaily sekitar jam 10.00 pagi ini mendapati kenderaan bergerak lancar di Jalan Parlimen bersebelahan tempat himpunan itu.

Jalan-jalan lain sekitar tempat himpunan itu seperti Jalan Sultan Salahhudin, Jalan Kuching dan Jalan Kinabalu juga tidak berlaku sebarang kesesakan.

Anggota polis trafik sibuk meletakkan kon di sepanjang jalan berkenaan bagi menghalang kenderaan diletakkan di situ dalam usaha untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.
 
Pihak penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga kelihatan ramai di kawasan berkenaan.

Orang ramai yang sebahagian besar memakai baju-T hitam termasuk yang berlogokan parti-parti dalam Pakatan Rakyat juga sudah berada di sekitar Padang Merbok.

Seperti suasana yang lazim dilihat di kawasan himpunan aman diadakan, para peniaga tidak melepaskan peluang untuk mencari rezeki dengan menjual makanan, minuman, baju T dan lain-lain.


Para peserta himpunan Black 505 juga sudah ramai berhimpun di hadapan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.-harakahdaily

Terdapat tujuh lokasi ditetapkan seperti Brickfields, Sogo, Ibu Pejabat PAS, Masjid Negara, Pekeliling, Jalan Sultan dan Universiti Malaya.


Kehadiran polis dilaporkan masih lagi kecil hampir di kesemua kawasan.

Dataran Merdeka ditutup untuk penggunaan orang ramai.

Di hadapan Ibu Pejabat PAS, kelihatan orang ramai berkumpul disamping peniaga-peniaga membuka gerai menjual t-shit menyokong perhimpunan Black 505.

Sementara di Masjid Negara  turut kelihatan peniaga-peniaga menjual air dan t-shirt. Orang ramai yang hadir kebanyakkannya berbaju hitam.

The Blackout 505 Rally is gathering steam now in Kuala Lumpur. Crowds are begining to arrive at the seven designated spots for their march to Padang Merbok at noon. Afif Abd.Halim, The Malaysian Insid

Di Sogo sekumpulan besar orang ramai berbaju hitam mula membanjiri kawasan.

Walaupun perhimpunan Black 505 bertujuan untuk membantah keputusan Pilihan Raya 2013, kelihatan orang ramai yang hadir turut memakai t-shirt seperti menuntut harga kereta diturunkan dan hentikan perkauman memberi isyarat perhimpunan turut membawa mesej kemarahan secara kolektif.

Setakat ini, Padang Merbok masih lagi dibuka untuk kegunaan orang ramai.

Keadaan jerebu setakat pagi ini masih lagi tidak berada dalam keadaan tidak merbahaya dan orang ramai masih belum lagi dilihat memakai topeng jerebu. - 22 Jun, 2013.-malaysian insider
 

 
'Black 505' finally comes to KL as crowd gathers

After a series of ‘Black 505' rallies nationwide to protest electoral fraud, Pakatan Rakyat is bringing its 15th to Kuala Lumpur today, one and a half months after the controversial May 5 general election.

NONEPakatan's primary demand remains the same: the en bloc resignation of the current heads and commissioners of the Election Commission (EC) to be replaced with a new EC leadership, chosen in a bi-partisan manner.

Pakatan as expected faced problems obtaining permission from the KL City Council to use their desired venue Padang Merbok, and police threatened stiff action as well.

KL police chief Mohmad Salleh even alleged of a Pakatan plot to ask participants to provoke the police to demonstrate police violence "to the world".

azlanUndeterred, the organisers are pressing on. There are seven gathering points before heading to Padang Merbok: Pekeliling, PAS headquarters at Jalan Raja Laut, Sogo Shopping Centre, Hotel Lok Ann on Jalan Sultan, the National Mosque, Brickfields and Universiti Malaya.

PKR de facto leader Anwar Ibrahim is expected to skip the gathering points and go direct.

PKR says some 300,000 people are expected to turn up, and start marching from the points at 2pm to Padang Merbok where the rally proper begins at 3pm.

Even concerns over the haze - which is at a moderate air pollutant index (API) reading of between 77- 79 for Kuala Lumpur today - is not expected to dampen the enthusiasm.-malaysiakini


Black 505 rally is finally underway


padang merbuk dah tak muat menampung kebanjiran rakyat

 
jalan pudu







Aunty Bersih to padang merbuk.





THE PEOPLE's "PETITION" signed by everyone gathered demanding the RESIGNATION of the EC Chairman, Deputy Chairman and his team as they march from Jalan Sultan to Padang Merbok











cheers.

No comments: