25 June 2013

Mengapa pertikai Anwar dan ahli2 Parlimen PR mengangkat sumpah dan makan semeja dengan YB2 BN...


Salah kah menghormati DYMM Agong yang merasmikan Sidang Parlimen buat pertama kalinya untuk tahun 2013? Lagipun jika tak mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, bagaimana mereka nak membawa masalah rakyat dan isu isu salahlaku BN di Parlimen? Bagaimana nak bagi kau orang peruntukan dan bantuan bila diperlukan?

Kehadiran Anwar dan lain-lain Ahli Parlimen PR mengangkat sumpah sebenarnya sudah pun dijelaskan oleh banyak pihak, termasuk Anwar sendiri. Jika tidak hadir dan enggan mengangkat sumpah, risiko yang mendatang sebenarnya lebih tinggi.

Oleh kerana pembukaan penggal pertama Parlimen ini akan dilakukan oleh Yang Dipertuan Agong, keengganan mengangkat sumpah boleh juga ditafsir sebagai tidak menghormati baginda dan derhaka kepada sistem Raja Berperlembagaan.


 
Mengenai duduk minum semeja dengan Najib dan Muhyiddin serta majlis bergambar kemudiannya, ia sememangnya satu tradisi dan sudah dirancang sedemikian rupa sebaik majlis angkat sumpah berakhir dan dari segi protokol memanglah tempat duduk Anwar sebagai Ketua Pembangkang bersama dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Begitu juga dengan majlis bergambar, memanglah juga tempat Ketua Pembangkang bersama Perdana Menteri mengapit kedudukan Speaker. Tidak ada salahnya Anwar duduk semeja dan gelak ketawa sambil minum-minum di Parlimen kerana mereka bukan bermusuh secara peribadi.

Mereka hanya bermusuh dari segi dasar, hujah dan pendekatan untuk mentadbir negara. Mereka bukan seperti dua ahli gusti yang tidak boleh bertemu langsung dan jika bertemu pula asyik mahu bertumbuk dan bergasak. 



Anwar dan Najib juga bukanlah seperti dua beradik yang berebut harta pusaka yang tidak boleh bertemu serta duduk semeja langsung. Soal berbeza pendapat dengan Najib dan BN adalah soal lain dan begitu juga usaha menekan SPR dan untuk memastikan pengendalian pilihanraya oleh SPR betul-betul bebas dan adil, adalah juga soal lain.

Ia tidak harus dibakulkan sekali dengan kehadiran di majlis angkat sumpah dan kemudian duduk minum semeja dengan Najib. Politik ialah pergaduhan berhujah dan mempertahankan prinsip. Duduk minum semeja dan bergambar asal tidak rebah prinsip perjuangan dan mengalah hujah tanpa sebab, tidaklah ada salah dan cacat-celanya.

Aku bukan nak tunjuk pandai dalam politik ni tapi sebagai salah seorang penggerak Reformasi 1998 melihat perkara ini biasa saja. Kalau macam tu bagaimanakah kau orang pula yang hari hari duduk makan semeja dan berguaru senda dengan orang UMNO sekeliling kau orang? 




Please, jangan jadi hipokrit!!! Apa yang peliknya pada gambar yang dipapar dan diprovoke oleh macai2 UMNO? Apa niat macai2 UMNO dan media kerajaan berbuat demikian? Tujuannya tidak lain dan tidak bukan hanyalah itu memfitnah dan melemahkan semangat rakyat yang selama ini bangkit menentang kerajaan UMNO BN..

Apakah rakyat akan termakan dengan dakyah UMNO tersebut? Jangan la berfikiran sempit dan meletakkan diri kita semua sebaris dengan pencacai2 UMNO yang  lembab dan sememangnya tak pernah guna fakta dan otak untuk berfikir dan bersuara..

Sorry kepada sesiapa yang terasa atau tak puas hati, aku cakap bagi pihak aku.. Bagi aku, jangan sampai masuk lubang jerat ciptaan UMNO-BN yang selama ni menyamar dan berdiri disebelah kita hanya untuk mencari peluang untuk mengapi-apikan sesama kita supaya perjuangan rakyat hancur. - Orenji Ren Oren



Anwar: Royal address not an order, open to debate...

Opposition Leader Anwar Ibrahim said the royal address delivered in Parliament by the Yang di-Pertuan Agong today does not amount to "an instruction" to the Dewan Rakyat.

The address is akin to the arguments and opinions of the executive, as read out by the head of state, and is therefore open for debate in the House.

NONE"The Agong's speech is always a speech from the throne, as submitted by the prime minister for consideration. 


"It is a speech from the throne, recommended by the PM," Anwar said when met by reporters after today's opening ceremony of the first sitting of the 13th Parliament by the Agong.

He was responding to queries on his comments on the royal address which seemed to be pro-BN and advice all to accept the results of the last polls and for MPs not to engage in destructive activities that may destroy the nation.

Anwar argued that the royal address was open for "rebuttal, discourse and is the basis for debate" in the motion to discuss the royal address in the House, which traditionally follows the speech by the Agong.


"In all democratic conventions, the speech suggested by PM is for debate in the House... it is standard practice in any parliamentary democracy."

'Address must be seriously considered'

The address read out by the Agong, Anwar said, is to be "seriously considered by the House". He then related his own experience when he was in the BN government, when he chaired the government committee to recommend the royal address to the sitting Agong.

When the motion to discuss the address is tabled by the backbenchers tomorrow, Anwar said, the opposition would come out with its own arguments to points raised in the address.

"I shall start the debate, on our part."

One thing he did note, though, was the lack of mention of the haze, which Anwar said was "a flaw" in the speech, since the adverse weather condition was causing serious problems to the nation and should have been raised in the House.

NONEAsked about the origin of the royal address at a press conference afterwards, Deputy Home Minister Wan Junaidi Wan Jaafar (left), a former Dewan Rakyat deputy speaker, said the speech originated from the palace but admitted that as per constitutional precepts, the Agong fulfils his duties as ruler "on advice of the prime minister".

"The speech came from the palace, but the prime minister's advice can take many forms," Wan Junaidi said.

He refused to entertain presumptions that the speech came from the PM's Office, but reiterated that the premier gives his advice to the Agong in many ways.

Wan Junaidi stressed that the Agong is his own person, with his own feelings and thoughts, and he would have his own input in the conduct of his duties, such as delivering the royal address to Parliament, in addition to the "advice" from the head of the executive.-malaysiakini


Anwar: Titah Agong hanya pandangan untuk dibahas




cheers.

2 comments:

Anonymous said...

yang suka pertikai tu yang tak faham politik

qaseh bonda said...

Entahnya. Bab pertikai serah pada yang cetek ilmu.

Dalam rumahtangga pun kena bijak bermain politik demi memupuk kasih sejati.

Silap langkah, kalau dah terdidik mak dah macam rosmah, bapa dah macam najib jadilah anak-anak otak umno yang tak pernah maju.

Maju umno, dia ingat hanya bersandarkan ringgit.

Saat tua, bila sebuah keluarga duduk semeja berbicara dengan kerjaya masing-masing, jadilah mereka orangnya berilmu dan beramal bakal memelihara khazanah bangsa dan negara.

Bak kata UAI,cukupkah umno dengan jadi JKKK..