
Dr Mohd Puad memberi alasan bahawa calon belum dikemukakan maka tiada kempen dilakukan oleh Pengarah Pelajaran Johor tersebut. Dr.Mohd Fuad merujuk kepada ucapan Pengarah Pelajaran Johor Tn Hj Markom yang menyeru guru-guru beri sokongan kepada parti kerajaan.Rakamannya boleh disaksi di sini. Antara ucapan-ucapan beliau adalah :
"Kalau tidak ada pilihanraya Tenang, maka saya tidak akan berjumpa tuan-tuan semua"
" Memohon bantuan gerakan jentera bantu kerajaan untuk menang pilihanraya kali ini"
Tn Hj Markom meminta guru kaunseling berbangsa Cina dan India membuat program motivasi di sekolah Jenis Kebangsaan dan selepas program tersebut, guru kaunseling tersebut dikehendaki berjumpa ibu bapa pelajar bagi mengenalpasti kecenderungan politik mereka. Apakah ini polisi kerajaan?
Tn.Hj.Markom menyatakan terdapat empat kategori ibu bapa iaitu hijau adalah penyokong pembangkang, kelabu mereka yang membantah dasar-dasar kerajaan, putih dan biru dipercayai penyokong BN. Tn Hj Markom juga mendesak kepada guru-guru kaunseling menukarkan kecenderungan poitik ibu bapa daripada kelabu kepada biru. Jika pegawai pendidikan tidak boleh berfungsi maka mereka akan ditukarkan ke tempat lain.

Mungkin Dr Mohd Puad kelabu mata kot bila mengkategorikan pengundi di DUN Tenang dikatakan polisi-polisi kerajaan.
Tindakan Tn.Hj.Markom berkempen kepada guru-guru kaunselor Cina dan di beberapa sekolah lain telah melanggar Peraturan 21 (I), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,iaitu Pegawai Awam dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang dilarang daripada mengambil bahagian dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik.
Tahun lepas Mahyuddin telah mengumumkan hanya penjawat awam dikalangan guru dari kategori DG41 hingga DG48 sahaja dibenarkan berpolitik. Tetapi Tn.Hj.Markom ini adalah penjawat awam kategori DG54 yang dilarang membuat kenyataan yang menyebelahi mana-mana parti politik atau menerbitkan risalah, atau merayu undi dan bertindak bagi merayu undi.
Nak kata Puad bangang, dia Timbalan Menteri Pelajaran. Jadi siapa yang betul? Mahyuddin,
Puad atau Markom....
cheers.
3 comments:
Timbalan Menteri Pelajaran sama taraf dengan Kusrin bangang!
silahkan berkunjung
http://arabiy.blogspot.com/
Wahai timbalan menteri pelajaran, jika PAS atau PR berkuasa, semua pegawai atasan boleh berkempen untuk kerajaan PR, apakah boleh UMNO/BN terima hakikat itu atau tidak?...nampak sangat polisi itu berpihak..tidak menggambarkan pengecualian pegawai kerajaan daripada terlibat dengan aktiviti mana-mana parti. Cuma bila melaksanakan polisi kerajaan, memanglah pegawai kerajaan tidak boleh membantah kerana itulah tugas mereka. Perlu diingat bahawa kerja parti dan kerajaan adalah DUA PERKARA YANG BERBEZA. Saya minta maaf kerana terpaksa mengajar timbalan menteri pulak..
DUNGUN MY
Post a Comment