Kempen pilihanraya Tenang menjadi tak tenang kerana dihangatkan oleh Presiden Dr.Chua Sooi Lek yang berkata,

Diikuti pula oleh Ketua Wanita Gerakan yang berkata,
Pemimpin2 yang bercakap itu adalah kaum kerabat BN, maka pemimpin2, para ulama UMNO, pecacai UMNO Perkida dan Perkasa mendiamkan diri. Lebih2 lagi media UMNO Utusan Meloya pun tak muat berita tersebut. Tapi,bayangkan kalau Lim Guan Eng atau mana2 pemimpin DAP yang cakap macam tu, dah tentu-tentu geng songkok hitam 3 inci PERKASA riuh demo di sana-sini 7 hari 7 malam.

Aku tak mau komen panjang memadailah aku cilok komen MSO yang aku perturunkan di bawah ini dipetik daripada blog Merah Tinta,MSO. Aku rasa MSO telah memberi penjelasan yang cukup padat. Sila baca selanjutnya....
Soal kenapa 'Shopia Loren' (Islam) tidak bersalam dengan lelaki bukan muhram rasanya sudah difahami sedalam-dalamnya oleh pengundi beragama Islam di Tenang, Johor. Sepatutnya perkara itu tidak menjadi masalah. Adalah menghairankan kenapa pemimpin Islam dalam UBN tidak menjelaskan perkara itu kepada Chua Soi Lek atau Ng Yen Yen atau mana-mana pemimpin kafir yang jahil murakab mengenai Islam.
Normala Sudirman calon Pas di Tenang adalah orang Islam yang mengambil berat kepada perintah agamanya. Jadi sebagai orang Islam dia wajib patut kepada peraturan dan hukum hakamnya. Mereka yang tidak mematuhi kepada hukum hakamnya bermakna ia tidak memathui hukum yang diturunkan Allah. Munafik. Sebenarnya juga menjaga aruat diri lebih penting dari menjadi calon dalam pilihan raya. Jadi kalau Normala tidak bersalam dengan lelaki bukan disengajakan tetapi ia adalah perintah Allah dan larangan agamanya. Sepatutnya hakikat ini difahami dan tidak mudah untuk mengecerkan kejadian itu sebagai isu dan modal politik murahan.
Johor adalah negeri yang kuat agamanya! Ewah.... Semua rakyat di negeri itu diwajibkan bersekolah di sekolah agama pada peringkat pre sekolah lagi. Ini kehebatan negeri Johor. Saya tidak tahu kalau agama Islam di Johor berbeza dengan agama Islam di tempat lain termasuk di Arab Saudi, Iran, Iraq dan Kelantan. Rasanya ia sama, sebab Quran dan Hadith yang sama digunapakai sebagai panduan. Tetapi bila Muhyiddin Yassin tidak menegur Chua Soi Lek yang tidak faham ('jahil zindik') mengenai hukum hakam Islam adalah satu kesilapan dan sesuatu yang tidak patut berlaku. Tindakan Muhyiddin itu boleh dianggap sebagai membiarkan agamanya diratah oleh kafir. Kafir ertinya mereka yang tidak beriman kepada Allah.

Untuk pengetahun Soi Lek atau Yen Yen itu bukan kebetulan. Bukan bermakna kepala isteri Muhyiddin botak dan dia mahu lindungi dengan bertudung dan kepala Rosmah tidak botak maka dia tidak perlu pakai tudung dan boleh lowos begitu saja. Pemakaian tudung itu juga bukan fesyen tetapi tuntutan agama yang diyakninya. Soi Lek dan Yen Yen kena tahu ini. Malanglah kalau hidup bersama orang Islam berabad-abad tetapi masih jahil mengenai adat Melayu dan adat agama.

Kejahilan Soi Lek mengenai soal bersalam dengan bukan mahram ini sepatut diajar oleh orang Umno yang Islam. Jangan biarkan Soi Lek mempertikaikan apa yang Allah telah tetapkan. Dan jangan pula kerana isu itu boleh dijadikan modal untuk menang pilihan raya maka dibenarkan. Jangan pula kerana Pas menggunakan agama untuk memang, maka Umno yang mempertikaikan membenarkan juga kerana untuk menang. Mufti yang selalu bercakap itu juga patut buat fatwa khas untuk Soi Lek.
Saya cukup bimbang kerana inginkan kuasa dan mengekalkan kedudukan kita akan membiarkan apa saja tektik dan strategi dilakukan hatta ia bertentangan dan diharamkan Islam. Jangan! Jagalah kesucian agama Islam. Jangan sesekali membiarkan agama kita diperkotak katikkan oleh rakan bukan segama dengan kita. Benar boleh berkawan tetapi kalau kawan jelas mengkhianti kita maka ia perlu diperangi.- Mohd.Sayuti Omar(MSO)
source:msomelayu.blogspot.com
Aku rasa kalau Chua Sooi Lek dan Tan Lian Hoe boleh mendapat jawapan kenapa bini Mahyuddin pakai tudung, sedangkan Rosmah bini Najib tidak, barulah depa ni layak buat komen tentang calon PAS Normala.....
5 comments:
hope Dr Chua understands,
Question: Why our permaisuri Agong pakai tudung? As she is 1st Lady of
Malaysia. Tanya sama pengundi BN Tenang under your Labis area.
chua soi lek apa tau..atau buat buat xtau..apa yang dia tau..menutuh jer..
DR.CHUA SOI LEK ADALAH DOCTOR LAT.
DIA TAHU RASA MASAM MANIS BARANG TUU...
Setakat Sooi Lek cakap aku boleh tahan lagi,pasai dia tak tau adat tapi bila pemimpin2 UMNO sendiri sokong Sooi Lek dalam soal salam dan pakai glove aku rasa macam nak sepak punggong2 pemimpin2 UMNO celaka ni!!!!
In my last dream God told me that Malaysians are referring matters on which I have made my position known many times and that their leader should answer them.I am busy. Please leave Me alone unless you have important issues.
Post a Comment