06 January 2011

Bolehkah Pengarah Pelajaran berkempen.....

Lantikan Khusrin menjadi SS negeri Selangor oleh KSN bukan kerana Khusrin tu pandai sangat tapi Khusrin dilantik supaya dia boleh menyampaikan segala rahsia gomen Khalid Ibrahim ke Putrajaya. Dia juga ditugaskan untuk memporak perandakan gomen Selangor Darul Ridwan. Pendek kata macam seorang ejen kerajaan pusat ala Mossad, kumpulan perisik Yahudi. Maklumlah,kalau tidak rugilah Najib bayaq RM77 juta kepada APCO?

Berikut pula adalah satu lagi contoh di mana seorang penjawat awam beraraf Jusa, macam Khusrin, iaitu Pengarah Pendidikan Negeri Johor sedang berkempen untuk BN bagi PRK N.5 Tenang,Johor.



Bolehkah seorang penjawat awam kategori Jusa ini berkempen untuk sesebuah parti politik tertentu secara terbuka? Bukankah mereka harus bersifat neutral?

Nak tanya Mahyuddin apakah Pengarah Pelajaran Johor ini boleh dikenakan tindakan disiplin?

------------

Rais Yatim nafi tuduhan perkosa bibik Indonnya...

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim hari ini menafikan dakwaan beliau terlibat dalam kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.

"Saya menafikan sebarang dakwaan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, "tuduhan liar yang ditujukan terhadap dirinya, susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat."

source:malaysiakini

Mengapa Rais Yatim memerlukan hampir dua minggu untuk membuat penafian, adakah selama ini dia tak baca kisah itu...ooops media kerajaan mana ada siarkan berita ini!!

Mustahil pula pembantu2nya yang celik IT tak maklumkan kepadanya, tak kan Rais Yatim sebagai Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan tak pernah baca blog kot?

Chegu Bard sudah membuat laporan polis dan memberikan kata dua kepada pihak berkuasa.Baca di sini.

Rais Yatim juga mempersalahkan pihak pembangkang kerana membesar2kan berita itu. Walhal pemecah berita sensasi ini adalah bermula daripada Pengarang Malay Mail Datuk Rocky Bru, blog BigDogDotCom, the Unspinners, semua ini adalah blog pro-UMNO. Malah blog BigDogDotCom menyiarkan pula keseluruhan laporan dari NGO yang menjaga kebajikan pekerja Indonesia diluar Negara,Migrant Care....

Kalu dah bersalah tu,mengaku sajalah Rais Yatim, jangan dok tuduh orang lain!! Rakyat Malaysia ini bukanlah sebodoh macam penyangak2 UMNO tu.....

cheers.

2 comments:

Anonymous said...

Sapa nak mengaku kalau dia berak atas jalan?

Anonymous said...

Mahyuddin akan jawab...asalkan penjawat awam itu sokong UMNO,ok lah tapi kalau pembangkang nanti dia nak suruh KPM ambil tindakan serta merta..