07 January 2011

Najib,"Rape took place in 2007 why bring up now?".....

Prime Minister Najib Abdul Razak has raised doubts on the rape allegation against Information, Communications and Culture Minister Rais Yatim, asking why it was only raised now despite the incident reportedly having taken place in 2007. He also noted that Rais has issued a denial that he raped an Indonesian maid four years ago. "He has made a statement. He stands by his statement. He is willing to be investigated. So let the process take its course," Najib told a press conference in Putrajaya today.

The press conference was called to announce the setting up of a royal commission of inquiry into whether the late DAP aide Teoh Beng Hock's human rights were violated when he was grilled by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC). "We cannot prejudge and pronounce something against someone before a proper investigation is done. In any case, what happened was in 2007. The question is, why (bring it up) now?"

'Wild allegations'

The alleged rape was reported by an Indonesian social welfare group, Migrant Care, in an internal report the same year and the report has since made its way into blog postings. Rais, 68, who is Jelebu MP, described the accusation against him as "heaps of libellous statements and awful, ugly and wicked lies". "I state readily that any report by anyone so far related to this matter should be investigated under the country's laws," he said on Wednesday.

Rais said he and his family members were prepared to extend their full cooperation in such an investigation, and that he would accept and comply with any outcome of the probe. While the authorities conducted the probe, he added, those indulging in "dirty politics" via the Internet or other media should cease all speculation.



Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mempertikaikan mengapa dakwaan rogol ke atas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim, baru dibangkitkan sekarang. Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan rogol melibatkan menteri penerangan itu dan seorang pembantu rumah warga Indonesia.

"Apa pun, (kes yang didakwa itu) berlaku pada tahun 2007. Soalnya mengapa baru sekarang (dibangkitkan)?" soalnya. "Dia dah buat kenyataan, dia pertahankan kenyataan dia, jadi biarlah proses itu berjalan.

Tak boleh hakimi

"Kita tak boleh hakimi dan kata sesuatu terhadap seseorang sebelum siasatan yang sepatutnya dijalankan. Rabu lalu, Rais menafikan dakwaan beliau terlibat dalam kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.

"Saya menafikan sebarang dakwaan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik," kata Rais dalam satu kenyataan.

Katanya, tuduhan liar yang ditujukan terhadap dirinya, susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat." "Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara," katanya.

Menurut Rais, beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siastan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi.

source:malaysiakini

Sabit tu Rais Yatim sampai nak jilat tangan Pak Lah, kerana Pak Lah tahu apa Rais Yatim buat pada 2007 dengan bibiknya!!

Kalaulah yang terlibat itu adalah anggota pembangkang,apakah Najib akan beri jawapan yang sama? Dah tentu tidak,dia akan terus suruh PDRM siasat dan ambil tindakan segera.

Gitulah undang2 di negara kita satu set undang2 untuk gomen dan satu set undang2 lain untuk rakyat jelata.

A crime is a crime, dear Najib....

cheers.

No comments: