18 January 2011

Markom - Sebagai penjawat awam perlu berkecuali bukan jadi barua UMNO...

Pengarah Jabatan Pelajaran Johor, Markom Giran, yang dirakam didakwa berkempen untuk BN di Tenang, telah menafikan tuduhan tersebut. Katanya, beliau hanya mahu mengenalpasti kecenderungan politik para guru untuk memastikan mereka "menyokong dasar kerajaan".Sebaliknya, kata Markom, beliau tidak berkempen tetapi berucap kepada kakitangan bawahannya.

Ketika dihubungi hari ini, beliau berkata, ia merupakan "hak kami untuk mengenalpasti (parti politik) yang guru kami sokong," tegasnya. Jika didapati menentang kerajaan, katanya, maka mereka akan dihantar mengikuti kursus supaya mereka faham bahawa sebagai kakitangan awam, mereka tida boleh menentang dasar kerajaan.

Markom menjelaskan bahawa sebagai kakitangan awam, mereka merupakan pelaksana dasar kerajaan dan kerana itu, mereka mesti mengikuti apa sahaja dasar yang dibuat oleh kerajaan yang memerintah. Katanya, mereka makan gaji dengan kerajaan dan oleh itu, mereka tidak seharusnya menentang kerajaan, tetapi mematuhi apa juga dasarnya.

source:malaysiakini

Apa tujuan seorang Pengarah Pelajaran Negeri dilantik? Adakah ianya untuk memastikan dasar2 pendidikan negara dilaksanakan atau menjadi pencacai kerajaan yang memerintah atau lebih teruk lagi jadi barua UMNO?

Seorang penjawat awam DG54 berstatus Pengarah Pelajaran Negeri seperti Hj.Markom Giran adalah dilarang terlibat dalam politik mengikut Peraturan 21 (I), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,iaitu Pegawai Awam dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang dilarang daripada mengambil bahagian dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik.

Setiap guru atau kakitangan kerajaan mempunyai hak untuk undi parti yang mereka suka tanpa segan dan silu. Guru juga tak semestinya berlutut kepada UMNO atau mana2 parti lain. Guru2 yang berminat dalam politik boleh pilih parti mana yang mereka suka kerana itu hak mereka dan Hj.Markom tak ada kuasa melarangnya. Siapa yang guru2 ini nak pilih,itu adalah hak individu masing2 dan Hj.Markom tak berhak menentukan pilihan guru2 tersebut.

Siapa yang memberi hak kepada Hj.Markom untuk mengenalpasti parti politik yang guru sokong? Adakah tercatat dalam senarai tugasnya,bahawa mengenalpasti parti politik yang guru sokong adalah satu daripada bidang tugas utama seorang Pengarah JPN Johor ini? Jika tugas Hj.Markom itu sedemikian, maka sia-sia saja kerajaan menggajikannya,kerana gajinya berpunca daripada duit rakyat.


Betul kata Hj.Markom bahawa sebagai kakitangan awam, mereka merupakan pelaksana dasar kerajaan. Tetapi tak semestinya seseorang kakitangan awam mesti kowtow kepada parti kerajaan yang memerintah. Ada kah dalam peraturan am kerajaan menyebut bahawa seorang kakitangan awam juga mesti menjadi penyokong parti kerajaan?

Betullah kakitangan kerajaan makan gaji dengan kerajaan,tapi duit yang kerajaan guna untuk bayar gaji itu datang daripada rakyat jelata,bukan daripada tabong UMNO!

Kalaulah UMNO yang bayar gaji guru2 ini maka menjadi hak Hj,Markom memastikan semua guru2 itu mesti sokong UMNO.Aku pun tak kisah. Secara kebetulan bahawa kerajaan hari ini adalah daripada parti BN(UMNO).Oleh itu sekiranya beginilah tindakan Hj.Markom maka tak hairanlah kalau orang menggelarnya 'barua UMNO'....

Sekiranya Hj.Markom mahu berpolitik,lebih baik dia letak jawatan dan bertanding di PRK Tenang,sebagai calon UMNO lawan calon PAS Normala Sudirman.....

cheers.

4 comments:

Anonymous said...

Puad,Tim.Menteri Pelajaran dan Hj.Markom yang bangang!!!

Anonymous said...

Civil servants should be loyal to the government of the day, but not to a political party. Hj.Markom has clearly overstepped the boundary of acceptable tolerated behaviour as a civil servant in his political stance.

As a civil servant Hj.Markom should be impartial. If he wants to dabble in politics, quit his civil post just like the PAS candidate.

How stupid can Hj.Markom be!!

Anonymous said...

UMNO perasan yang gaji dibayar kepada kakitangan kerajaan semuanya adalah duit UMNO,sebab tu UMNO mahu semua penjawat awam setia kepada UMNO.

Ptuihhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Markom Giran cannot meddle with the rights of the teachers as voter-citizens as to which party they support. Teachers as voters will decide which political party to vote.