26 April 2015

Najib berdansa, Mama gembira.GST 6% rakyat jadi gila...


video


video
Dr.M 1

video
Dr.M 2


Pasai GST Ahmad Maslan lagi blur...

Hari demi hari perlaksanaan sistem cukai GST makin meresahkan majoriti rakyat. Ia tidak sekadar membebankan perbelanjaan harian mereka tetapi juga kerana ramai makin sakit hati dengan penjelasan atau jawapan pihak kerajaan mengenainya. Setiap kali timbul sebarang isu mengenai cukai itu, jawapan yang diberi kerajaan lebih merimas dan menyakitkan hati daripada memberi kelegaan.

Jawapan yang paling menjengkelkan ialah daripada Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan yang selalu berbangga dengan CGPA 3.85 yang pernah dicapainya semasa belajar di universiti dahulu. Kadang-kadang mendengar jawapannya, ramai bertanya betulkah CGPAnya itu?

Seringkali jawapannya mengenai GST bukan saja tidak masuk akal, malah seolah-olah cuba merendahkan tahap pemikiran rakyat yang rata-ratanya begitu kritikal dan terbuka terhadap sesuatu isu sekarang.

Sebelum perlaksanaan GST, beliau mengatakan sistem cukai baru ini akan menyebabkan penurunan harga barang kerana kadarnya hanyalah 6 peratus berbanding SST sebelum ini sebanyak 16 peratus. Ramai yang menelan dengan gembira hujah itu tetapi apabila akhirnya tiada barang yang turun sejak perlaksanaan GST, Ahmad Maslan berdalih dengan mengatakan semuanya adalah angkara peniaga pro pembangkang yang bertujuan membangkitkan kemarahan rakyat.

Soalnya, benarkah kenaikan harga barang disebabkan angkara culas peniaga pro pembangkang? Dalam masa yang sama adakah peniaga pro BN menurunkan harga barang jualan mereka?


Jika tiada yang menurunkan harga barang, adakah ini bermakna semua peniaga di negara ini pro pembangkang belaka?

Kemudian apabila Ahmad Maslan berdialog dengan mahasiswa dan ditanya bagaimana bagi golongan pelajar untuk mengatasi beban kenaikan harga barang, beliau menjawabnya, "masaklah sendiri, jangan makan di kafetaria."

Jawapan ini menimbulkan kemarahan ramai pelajar sehingga beliau menjadi ejekan di media sosial kerana ia bukanlah jawapan yang masuk akal, bahkan secara tidak langsung suatu bentuk pengakuan bahawa GST memang menyebabkan kenaikan harga.

Selain itu, adakah pelajar mempunyai banyak masa untuk memasak dan pergi ke pasar sedangkan tugasan sebagai pelajar pun sudah cukup membebankan?

Dalam masa yang sama, hakikat yang perlu disedari ialah memasak sendiri belum tentu juga dapat mengelakkan GST kenapa pembelian dapur dan gas tetap kena cukai tersebut.

Ketika menjawab sungutan seorang Ahli Parlimen Sabah mengenai pengalamannya membayar bil hospital swasta untuk anaknya sebanyak RM20 ribu dan dikenakan GST lagi sebanyak RM1200, Ahmad Maslan membidasnya dengan berkata, "kalau tak mampu jangan pergi hospital swasta."

Sekali lagi, jawapan beliau tidak menggambarkan kedudukannya mewakil sebuah kerajaan yang bertanggungjawab kepada rakyat. Ia tidak ubah seperti jawapan "kalau ayam mahal, jangan makan ayam atau kalau sayur mahal, tanamlah sendiri."

Tidak sampai sebulan sejak GST dilaksanakan pada 1 April lalu, jawapan dan penjelasan Ahmad Maslan lebih banyak merimaskan dan menyebabkan kemarahan rakyat makin membuak-buak. 

Beliau tidak memberikan jawapan yang meyakinkan hati rakyat.  Jawapannya hanya menambahkan lagi kebencian kepada kerajaan.



Persoalan bahawa rakyat terpaksa mengeluarkan wang yang lebih setiap hari berbanding biasa dan di mana janji adanya barang turun harga kerana perlaksanaan GST,  langsung tidak mampu dijawabnya.

Ketika luahan kemarahan makin bertalu-talu mengenai, Ahmad Maslan sekali lagi menunjukkan "kepandaiannya", sesuai dengan CGPA 3.85 yang dimilikinya, dengan mencabar pembangkang mengemukakan alternatif kepada GST dan tidak hanya tahu mengkritik saja.

Ini sekali lagi menampakkan ketidakcermatannya dalam melontarkan cabaran kerana PR melalui Belanjawan Pakatan Rakyat 2015 yang dibentangkan sudah pun memberi alternatif kepada GST dengan antaranya mencadangkan cukai keuntungan modal bagi ekuiti dan juga cukai warisan harta yang boleh memberi pendapatan kepada kerajaan tetapi tidak membebankan rakyat.

Apabila pemimpin-pemimpin PR meminta beliau supaya rajin-rajin membaca sebelum meneriakkan cabaran, Ahmad Maslan terus terdiam sehingga kini.

GST secara umumnya memang menambahkan lagi beban rakyat. Ia umpama "pukat harimau" yang menjadikan sesiapa saja sebagai mangsanya. Bersesuaian dengan gesaan Tun Mahathir Mohamad di Program Bicara Usahawan di Taman Melewati, Sabtu lalu yang turut mahukan GST dibatalkan terus atas alasan kerajaan sendiri pun tidak berapa faham dengannya,  sistem cukai baru itu ternyata lebih menyusahkan daripada menyenangkan rakyat.

Lebih penting lagi, melalui GST ini juga menyerlahkan Ahmad Maslan tidak layak langsung duduk di kerusinya sekarang. Beliau patut ditukar ke kementerian lain atau digugurkan terus daripada jawatannya. Beliau lebih banyak menimbulkan kekalutan, rasa marah dan rimas rakyat kepada kerajaan dengan jawapannya yang "macam pandai tapi sebenarnya langsung tak pandai".

Najib, buang sajalah Ahmad Maslan ini!! - Shahbudin Husin,the antdaily

Dr Mahathir tak faham GST, kata Ahmad Maslan...

If Dr M doesn’t get GST, what more the rakyat...

Perlis mufti Mohd Asri Zainul Abidin has taken a sarcastic dig at Deputy Finance Minister Ahmad Maslan for belittling the intelligence of former prime minister Dr Mahathir Mohamad over the Goods and Services Tax (GST).

“If even Dr M doesn’t understand GST, what more the people of Malaysia whom nearly all are not as experienced in matters of the national economy than he, to understand about GST?”

“If one whom the majority of Malaysians consider as ‘less intelligent’ (to avoid using the word ‘stupid’ because of statements regarding GST, says Dr M who is renowned for his intelligence doesn’t understand GST, is he saying that he is more intelligent compared to Dr M?” asked Asri in a caustic statement on his Facebook last night.

He was responding to Ahmad (left) who was reported on Astro Awani saying on Twitter that Mahathir was perhaps either does not understand the tax, or is ill-informed and misled by those around him, to want to have the controversial consumption tax abolished.

Yesterday morning Mahathir, in another round of attacks against the administration of Prime Minister Najib Razak, said GST should be abolished as even government officers purportedly don’t understand it.

'Should fools be ministers?'

The mufti went on to allude to the deputy minister’s legitimacy in government, using religious allegory.

Asri said in Islam, those who are safih (stupid or less intelligent) should not be handed authority to manage their own assets, adding, “So the question is, what about those in this category who are given the authority to manage the country, that affects the people?”

“Should such sufaha, (a group of people who are fools or less intelligent) be given important posts such as minister and so on?” he asked.

While Asri did not directly mention names, it appears he was referring at least to Maslan, if not perhaps the entire administration.

The implementation of a six percent GST starting April 1 has upset both the populace and politicians from both sides of the political divide.

NGOs are planning another massive protest against the tax, which they say is unfair and results in inflation that would further burden the people at a time when the economy is doing poorly and wages are low.

Criticisms of the tax are exarcebated by accusations that the government and ruling party leaders continue to be spendthrift and wasteful of federal funds.- mk


Kalau Dr M tak faham GST, bagaimana rakyat?

Ahmad Maslan tolak jemputan Pakatan untuk debat GST 

Untung lembu boleh tidoq dalam kondo...



cheers.

No comments: