16 April 2015

Guru Besar gila seks...

Mengapa guru besar berkelakuan sumbang belum dipecat...

Reputasi bidang perguruan di negara ini memang kelihatan seperti diancam bahaya, jika mengambil kira beberapa insiden baru-baru ini.

Hanya pada bulan lalu, kita mendengar cerita tentang seorang guru besar yang merotan murid berusia 7 tahun ketika perhimpunan. Kini, satu lagi kes yang lebih teruk berlaku di Taiping, Perak.

Kali ini, ia melibatkan seorang guru besar berusia 53 tahun yang mencabul beberapa murid berusia 12 tahun.

The Star Online baru-baru ini memetik kenyataan polis Perak yang berkata, suspek kini sedang disiasat berhubung beberapa laporan.

Menurut laporan polis oleh salah seorang mangsa, suspek pada Januari lalu mengumpan murid lelaki itu untuk ke biliknya, kononnya untuk membantu membawa beberapa beg.

Sebaik sahaja masuk ke bilik, mangsa dipaksa menanggalkan seluar, yang diturutinya kerana takut akan guru besar itu. Suspek kemudian menyentuh zakar mangsa dan mancabulnya.

Insiden serupa berlaku pada bulan Mac. Mangsa diberi RM10 setiap kali, untuk menjaminnya tidak membocorkan kejadian itu.

Perkara itu hanya didedahkan selepas seorang murid, juga menjadi mangsa, menceritakannya kepada bapa mangsa pertama. Laporan polis dibuat selepas itu.

Malah, beberapa ibubapa murid sekolah tersebut turut membuat laporan yang sama.

Guru besar yang berperangai jelek itu masih berkhidmat di sekolah, walaupun ibubapa mendesak agar beliau digantung atau dibuang.

Jabatan Pendidikan Negeri berkata, mereka memerlukan keputusan mahkamah sebelum apa-apa tindakan dikenakan ke atas suspek.

Ini memang mengarut. Amat mengarut.

Bayangkan trauma yang dialami murid sekolah itu yang menjadi mangsa suspek. Mereka terpaksa melaluinya dan melihat wajah guru besar itu setiap hari.

Adakah mereka mampu untuk memberi tumpuan kepada pelajaran? Pasti tidak.

Malah, bapa kepada salah seorang mangsa berkata, beliau mengesan perubahan dalam kelakuan mangsa sejak peristiwa pahit itu.

Selain itu, adakah suspek mampu mengawal dirinya daripada terus melakukan perkara sama kepada lebih ramai murid?

Tabiat lama sukar dihentikan, bukan?

Mengapa pihak berkuasa pendidikan negeri tidak boleh, sekurang-kurangnya, memindahkan suspek ke sekolah lain?

Namun sekali lagi, pemindahan hanya mengalihkan masalah ke tempat lain.

Barangkali langkah terbaik adalah memecat suspek daripada bidang perguruan yang mulia ini, dan meletakkannya di tempat selayaknya bagi pasalah laku seks – dalam penjara.- V Shuman,antdaily


Hudud...

1. Saya terkejut mendengar bahawa UMNO Kelantan menyokong hudud PAS. Saya harap mereka faham apa yang dilakukan oleh mereka.

2. Hudud PAS bukan hudud Islam sebab ia sangat tidak adil, sedangkan Al-Quran menuntut keadilan apabila menghukum.

3. Hukum potong tangan, rejam sampai mati dan penggal leher ke atas orang Islam tetapi mengenakan hukum yang amat ringan kepada orang bukan Islam dalam masyarakat yang sama amatlah tidak adil. Justeru itu hudud PAS bukan hukum hudud Islam.

4. Yang kedua ialah niat PAS dan juga UMNO Kelantan apabila memperkenalkan hudud PAS adalah untuk kepentingan politik. Ini menjadikan hukum hudud PAS dan sokongannya oleh UMNO tidak Islam.

5. Bahawa niat PAS adalah untuk politik adalah jelas daripada “Amanat Perdana Pemangku Presiden YAB Tuan Guru Dato Haji Abdul Hadi Awang – Pilihanraya Ke-11 Formula Kemenangan pada 18 Januari 2003, 15 Zulkaedah 1423 Hijrah”.

6. Amanat ini berbunyi demikian, “yang pentingnya perlu ada kerjasama untuk menjatuh atau mengurangkan penguasaan atau hegemoni BN di Parlimen dan kali ini DAP perlu diyakinkan bahawa mudharat kerjasama ini dapat dikurangkan sebab konsep kerjasama ini berbeza dalam strategi 2 Arca berbanding BA-1999”



7. Ini disusuli dengan “Justeru kerana isu Negara Islam dan pelaksanaan Hudud dan Syariah menjadi punca perpecahan BA dahulu, maka PAS perlu membuat satu pengorbanan dan itihad-besar untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan pelaksanaan Hudud di peringkat Federal. Peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan kini di peringkat Federal.

8. Seandainya menang dalam pilihanraya akan datang, BA atau Pembangkang akan menubuhkan sebuah Kerajaan Demokratik dan Adil di peringkat Federal atau Pusat, yang mendokongi Perlembagaan Persekutuan yang sedia ada.”

9. Nawaitu orang Islam semasa membuat ibadat amat penting. Jika niat semasa solat, tawaf dan saii ialah untuk senaman, ia tidak lagi menjadi ibadat. Kerana hudud PAS mempunyai niat menang pilihanraya, maka ia tidak lagi Islam.

10. Atas dua alasan ini, undang-undang yang di lulus oleh dewan undangan negeri Kelantan tidak boleh diterima sebagai hukum hudud Islam. Sebaliknya jika dikenakan ke atas orang bukan Islam ia akan ditentang dan huru hara akan berlaku. Allah s.w.t. tidak suka orang yang mencetuskan huru hara dan melakukan kerosakan. (Surah Al-Baqarah Ayat 27, 123)

11. Di Malaysia, hukum syarak yang sedia ada terhad kepada kepincangan dalam keluarga Islam. Ia tidak menganiaya orang Islam atau orang bukan Islam. Untuk jenayah lain, undang-undang Malaysia tidak membezakan antara agama demi mencapai keadilan bagi semua. Ketegasan Islam berkenaan dengan keadilan dijunjung.

12. Dato Haji Hadi berkata saya tidak tahu syariat Islam. Oleh itu saya tidak layak bercakap berkenaan hukum hudud. Saya juga boleh kata Haji Hadi tidak tahu berkenaan pentadbiran dan tidak layak mentadbir negeri. Sebagai seorang yang terlatih dalam bidang perubatan saya boleh kenal pasti penyakit, termasuk penyakit pentadbiran dan mengubatinya. Saya tidaklah begitu jahil dalam bidang agama. Hasil semasa pentadbiran oleh saya boleh dikaji.



13. Ingatlah orang-orang yang fasih bahasa Arab dan dipimpin oleh pemimpin yang terpelajar dalam bidang agama; orang-orang inilah yang berperang dan membunuh orang yang seagama dengan mereka. Apakah mereka tidak tahu akan larangan membunuh dalam Islam. Mereka mencipta jenayah yang tidak pun ada dalam Islam dan menjatuh hukum yang ditentukan oleh mereka tanpa menitikberat soal keadilan yang dituntut oleh Islam.

14. Ada yang menjatuhkan hukum bunuh kerana tidak simpan janggut, kerana melihat pertandingan bola sepak, kerana tidak memakai hijab sepenuhnya. Terdapat kes seorang lelaki menembak mati seorang wanita kerana dituduh berzina. Cara perbicaraan dan lelaki yang melakukan zina tidak ditunjuk. Hanya perempuan itu ditembak mati. Islamkah perbuatan ini. Adilkah perbuatan ini.

15. Ada yang akan berkata jika ini menjadikan imej Islam buruk dan tidak adil, tidak mengapa kerana kita melakukan hukum Allah. Tetapi benarkah hukum yang dicipta tanpa mengambilkira keadilan Islam serta dengan niat politik adalah hukum Allah.

16. Memikir bahawa imej Islam di kalangan orang bukan Islam, bahkan orang Islam sendiri tidak penting adalah salah. Islam berkembang meluas dahulu kerana imej tamadun yang didiri oleh orang Islam begitu cemerlang sehingga memikat hati orang bukan Islam. Orang Melayu menerima Islam kerana kejayaan dan kehandalan peniaga Islam dari Negara Arab dan India.

17. Melakukan sesuatu kerana kepentingan lain yang memburukkan imej Islam adalah sesuatu yang tidak menepati ajaran Islam dan menjauhkan orang bukan Islam dari agama suci Islam. Ia adalah perbuatan anti-dakwah.

18. Ingatlah segala yang buruk datang dari kita dan segala yang baik datang dari Allah s.w.t. - chedet

Mahathir admits to UMNO's secret crimes...

Former prime minister Dr Mahathir Mohamad's admission that many will be charged in court should Pakatan Rakyat come into power is a confession and only confirms Umno's "secret crimes".

Referring to Mahathir’s statement, DAP parliamentarian Steven Sim asked today whether Umno, had implicated itself of clandestine crimes, especially with former minister Zainuddin Maidin "confirming" Mahathir's confession.

"The latest video interview by Mahathir, though not a surprise, comes as a shocking confirmation, nonetheless of Umno's secret crimes in the last three decades since Mahathir came to power in 1981," Sim said in a statement.

Mahathir in the video clip had said the new government will "dig and if they dig, people may be charged in court and may be found guilty. If BN loses, a lot of people will have to pay a big price”.

Following the interview, former information minister Zainuddin Maidin confirmed  in a recent blog post what Mahathir's meant. Zainuddin said Mahathir's warning to Prime Minister Najib Abdul Razak also served as a self-warning.

Zainuddin also said Mahathir would be arrested and detained first, followed by Najib and the rest on various charges such as abuse of power, the 1Malaysia Development Bhd (1MDB) scandal and other wrongdoings.

As such, Sim (left) pointed out that the people, now at least, knew that the "secret crimes" were concealed and that evidence of these secret crimes exist, but that only those in the government has access to these evidence.

"These secret crimes, when exposed, will result in the imprisonment of those involved, including top Umno leaders such as Mahathir and Najib," he said.

Major allegations from the time of Mahathir to Najib range from the Memali massacre and crackdown on dissidents in the 1987 Ops Lalang to financial crimes that Mahathir’s biographer Barry Wain described as “Public funds were stolen in various ways, or simply poured into a big black hole in the name of ventures that bordered on reckless, improbable or criminal”, besides the Altantuya Shaariibuu murder and the 1MDB scandal.

Therefore, the Bukit Mertajam MP believes that the police should immediately initiate investigations into the "high profile confession of government’s crimes".

Sim added: "Failing which, Malaysians must unite in the next general election to vote for a new government in Putrajaya that can promise to investigate and make all guilty ministers pay for the crimes they have committed against the people and the country." - mk


Kadar internet turun. Story kat SINI dan SINI  



cheers.

No comments: