12 April 2015

Mahathir - Sirul,Brim,Jambatan bengkok & Jho Low tu sapa...


video
Pendirian Tun Mahathir Dalam Kes Sirul... 

Video di atas adalah komen ikhlas dari Tun Mahathir akan isu Sirul @ altantuya.. Saya terjemahkan lebihkurang. 

Sirul pernah jadi bodyguard saya, tak bolehkah tolong dia ? Dia nak kena gantung....

Saya dituduh sebagai mahu mempolitikkan isu ini.... ini bukan isu politik.  Bila sya bercakap mengenai isu ini, saya dituduh mengikut rentak pembangkang,tapi ini mengenai nyawa seseorang 

Terpulang pada anda nak buat gambaran..

Tun berkata Mak Sirul ketika menemuinya langsung tidak bercakap. Dia hidup dalam ketakutan .... tak tahulah takut kerana apa..

Kalau dia betul2 bunuh orang, (maka) gantunglah. Tapi dia seorang anggota polis. Seorang anggota polis tidak akan bunuh orang kecuali ketika mempertahankan diri atau mengikut arahan.

Setiap pesalah yang dihukum mati mempunyai hak untuk merayu kepada Agong atau Sultan. 

Adalah menjadi tanggungjawab seorang PM untuk memberi nasihat samada untuk meneruskan hukuman mati itu. - din turtle

mahathir_jho-low_1mdb_600_1
Mahathir on 1MDB and who is Jho Low...

Tun menyentuh isu 1MDB dalam beberapa segmen dan saya gabungkan 3 segmen itu dalam video di bawah. Umum sudah tahu masalah yang dikaitkan dengan 1MDB jadi Tun tidak perlu mengulangi senarai itu. 

Tun komen tentang kesan yang dibawa oleh 1MDB jika tidak diselesaikan segera, kenapa Najib harus GO NOW, keperluan diwujudkan satu Suruhanjaya Bebas ( Independent Commission ) dan sekali lagi mempersoalkan siapa Jho Low.

Amat sukar untuk selamatkan 1MDB ketika ini, kita tidak dapat elak dari kerugian beberapa billion ringgit. 

Tapi yang saya takut sekali, apabila parti lawan menang .... mereka tidak ada simpati. Mereka akan mencungkil ( 1MDB ), mereka yang bertanggungjawab akan didakwa di mahkamah dan mungkin akan didapati bersalah.

Jika BN kalah, negara ini akan menyaksikan ramai yang terpaksa membayar harga yang tinggi. ( menanggung akibat yang besar )

Saya fikir ... kalau dia takda, BN menang..... that's why it has to be now, because we will still have about two years to work to recover. But if he doesn't go now, and he has this PAC and others making the investigation for two years, three years .. sampai pilihanraya pun dia masih there ( di situ ) and we lose, i think there will be a lot of trouble for everyone.

Those who cover up, they will have to pay a price.

Woooooo ..... apa yang anda dapat rumuskan dari ayat di atas mengenai masalah 1MDB, pada pemikiran Tun ? Apa dan Kenapa perlu di cover up ? 

PAC will ask question .... because opposition is there ... but WHEN ? Last night also dia ditanya bila ? ( program soal jawab TV3 bersama Najib ). After the election ? Two years more to show the result ? 

Because in my case, it took five years for the court to decide that i was not guilty of saman malu .... so this thing can drag on and on ....

( Kita perlukan ) Totally independent Comission..

We need to have really neutral people to do a thorough investigation as to where the money went. Who was handling the money ? 

( Kita perlukan mereka yang benar2 bebas untuk lakukan siasatan yang menyeluruh ... untuk siasat ke mana perginya semua wang itu. Siapa yang uruskan kewangan itu ? )

video

WHO IS THIS JHO LOW ?

Suddenly become so very important ? Apa dia punya  ..... Dalam kerajaan pun dia takde jawatan, Dia bukan civil servant .. tiba-tiba he has such power. ...... and people tell me ( tapi saya tidak dapat buktikannya )  that he conducts as if  he is the government.

( Jho Low jual nama PM.) Tak berani ? I ring up the PM ! - That's what they say la.... betul tak betul itu saya tak tahu la.. tapi itulah cerita.

Sekali lagi Tun Mahathir sebut nama Jho Low. Siapa Jho Low ni ? Bila dah kontroversi mulalah semua orang pun ngaku tak kenal ! Tapi nama nya sering muncul dikaitkan dengan 1MDB, dikaitkan dengan keluarga Rosmah, dengan kehidupan mewah, dengan juta-juta, billion-billion ... dari awal penubuhan 1MDB lagi nama Jho Low sudah naik.

Saya fikirlah .... ada baiknya kita jemput Jho Low pula dalam program Soal Jawab TV3 ! - din turtle

video

Mahathir - BR1M

Tun Mahathir komen mengenai BR1M. Di peringkat awal Tun ada merujuk kepada jawapan Najib semasa progran Soal Jawab dimana Tun berkata - Bila kita tanya pasal 1MDB, dia jawab kata perkara ini telah dirujuk kepada Auditor General dan PAC ..... that's not an answer. 

video

Mahathir - Jambatan Bengkok

Di atas pula komen Tun mengenai Jambatan Bengkok yang sengaja ditimbulkan oleh Najib semasa program yang sama. ( apakehal yang Najib mahu sebut tentang perkara itu ? Nak alih isu kot? ) 

Bridge ini .... kalau tak buat, saya mati kah ? 

Tun ada sebut yang Najib pernah berkata, walaupun Singapura bersetuju atau tidak, kami nak buat ! 

Tapi bila dia jadi PM, dia tak buat..

Dibahagian akhir , Saya tanyalah pasal apa tak buat ? Dia kata ada perjanjian berkenaan causeway itu... kita tak boleh sentuh causeway itu melainkan dua2 pihak bersetuju.  

Show me the agreement... Takdak .... there is no such agreement. Kita buat sebelah kita, dia nak buat apa sebelah dia, dia buatlah..din turtle

Menurut keratan akhbar, MENTERI Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Ismail Sabri Yaacob dilapor mengaitkan sumpah yang dibuat oleh Najib sebagai sama tahap dengan keimanan (kepercayaan) kepada Allah.. Begitu mudah menteri ini membuat kesimpulan sekiranya orang ramai tidak percaya kepada sumpah yang dibuat oleh Najib, bermakna orang itu tidak percaya kepada Allah. Dalam bahasa ringkasnya, tidak percaya Najib, bermakna tidak percaya Allah.



cheers.

No comments: