24 June 2011

Pengakuan dengan tujuan untuk memerangkap Anwar...

Hari ini, trio Datuk T Eskay,RTC dan Shuaib dituduh mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34.

Tuduhan yang dibaca berbunyi “Bahawa kamu dengan niat bersama, tayang tempat terbuka video lucah, hubungan seks seorang lelaki dan perempuan antara 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari pada 21 Mac lalu.”

Ketiga-tiga trio Dato' T ini begitu mudah mengaku salah di atas tuduhan tersebut.

Dengan pengakuan bersalah itu maka mahkamah telah menjatuhkan hukuman iaitu.... Eskay didenda RM3,000, Shuaib RM1,500 dan Rahim sebanyak RM1,000 atas kesalahan tersebut.

Mengapakah mereka tidak mengaku tak bersalah dan biarkan kes ini dibicarakan di mahkamah?

Trio Datuk T ini tahu Anwar bukan pelaku dalam video tersebut. Video ini adalah fitnah semata-mata. Eskay sendiri mengaku dia kata 'saya tidak pernah menuduh Anwar berzina selepas bersumpah di Masjid bahawa Anwar adalah pelaku dalam video tersebut.'

Lagi pun,sekiranya kes ini berjalan, setelah trio Datuk T mengaku tak bersalah,
mereka terpaksa bersedia dengan rapi dan belum tentu bila kes ini akan berakhir. Sebaliknya,dengan pengakuan bersalah trio Datuk T sedikit sebanyak memperolehi 'moral victory'.

Pada 27 May 2001 lalu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar enggan mengulas lanjut mengenai skop siasatan pelaku dalam video seks tersebut termasuk identiti pelakunya itu. Katanya,"Memang kita siasat (pelaku) sebab kita sudah kenal pasti dia."


Kalau itu Anwar orangnya,cerita ini sudah lama terpampang di muka depan media massa. Faham sajalah polis ini selalu menyokong UMNO.

Tentang jam Omega pun dulu dikatakan kononnya jam Omega Anwar pemberian hadiah dari Raja Arab Saudi tetapi akhirnya polis mengesahkan jam Omega Eskay itu "Made in Taiwan"

Dalam sesi soal perbualan bersama Yahoo News, seorang pengunjung dengan nama samaran “Dr MiM” bertanya, “DSAI, apakah rasional mengelak daripada menunjukkan jam Omega kepada media dan publik? Secara logik, langkah mudah ini akan mengatasi isu moral anda.”

Anwar menjawab, “apa isunya? Pertama, Eskay mendakwa bahawa ia diberikan oleh seorang putera Saudi. Kemudian, ia dibeli di Taiwan pada 2004 (ketika saya di penjara). Apa perlunya saya membuat penjelasan?”


Dakwa,jangan tak dakwa

Polis terpaksa mendakwa trio Datuk T, atas desakan orang ramai. Mungkin UMNO minta Datuk T mengaku bahawa merekalah terlibat dalam perbuatan menayang video lucah tersebut. Dalam pada itu, peguambela2 Datuk T akan beri hujjah rasional kenapa trio Datuk T berhajat sangat nak tunjuk video seks pada umum.

Peguam, Rahim Thamby Chik, Muhammad Shafee Abdullah berkata, pakar video Amerika yang dirujuk polis Malaysia, telah membandingkan imej lelaki dalam video itu dengan sekeping gambar Anwar dan mengesahkan yang kedua-dua adalah seiras.

Persoalannya, polis memberi gambar siapa? Gambar Anwar atau gambar pelaku sebenar? You will never know the truth!

Mungkin polis beri gambar pelaku, kerana Timbalan Ketua Polis Negara pernah berkata,
"Memang kita siasat (pelaku) sebab kita sudah kenal pasti dia."

Perbicaraan hari ini bukanlah pasal Anwar tapi pasal trio Datuk T menayangkan video porno di khalayak ramai. Tapi, apa yang kita lihat seolah2 hakim,pendakwaraya,peguambela dan 3 tertuduh itu sama berpakat untuk menjatuhkan maruah Anwar.

Polis tak berani menyatakan siapa pelakon utama video itu sebenarnya, sebaliknya polis telah 'outsource' tugas tersebut kepada peguambela Mohammud Shafiee untuk berbuat demikian.

Dengan pengakuan itu trio Datuk T mengambil peluang di mahkamah itu untuk memburuk2kan lagi hal imej dan moral Anwar Ibrahim dan dengan itu,UMNO boleh terus menyambung propaganda mereka kepada orang2 kampong yang semata2 bergantung maklumat daripada TV3 dan Utusan Meloya.


Orang Melayu kampung ini pula, bila terbaca kisah ini datangnya daripada mahkamah mungkin diterimanya bulat mengatakan bahawa Anwarlah pelakunya, walhal itu hanya merupakan hujjah2 peguambela trio Datuk T saja yang belum tentu sama ada ianya benar atau tidak.

Nampaknya usaha UMNO dan 3 ekoq pandikuttynya itu berjaya buat masa ini....

wasalam

'Peanut' fines levied on Datuk T, no criminal intimidation or blackmail charges


Video Lucah: "Lu Langsi, Lu Mati...!!!"

Rahim: Kami berjaya dedahkan 'maksiat'

Siapakah sebenarnya Datuk Shazryl Eskay Abdullah?

US experts confirmed Anwar as man in video, court told


Peguam: Pakar Amerik 99.99% pasti Anwar


cheers.

No comments: