14 June 2011

Tiada sapa tentang pemilihan Khariah Masjid,kecuali UMNO dan Perkasam....

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mahu orang Melayu Pulau Pinang bangun dan menentang pelaksanaan pemilihan anggota jawatankuasa masjid melalui pilihan raya kerana ia membawa kepada pepecahan umat Islam.

Ketua Penerangannya, Ruslan Kasim berkata dengan pelaksanaan kaedah baru itu, masjid selaku tempat suci dan penyatuan umat Islam akan tercemar apabila berlaku perebutan kuasa, berpuak-puak dan saling membenci dalam usaha memenangi pilihan raya itu.

"Tindakan kerajaan Pulau Pinang adalah tindakan untuk mundur kebelakang dan hanya semata-mata didorong oleh nafsu dan kepentingan politik yang telah mengatasi segala kepentingan dan lain-lain pertimbangan yang lebih rasional," katanya dalam satu kenyataan hari ini.- Bernama

Tiada boikot pemilihan Masjid seluruh Pulau Pinang kata YB Ustaz Salleh Man. Menurut beliau selepas tarikh akhir pencalonan ditutup pada 7 Jun 2011 sebanyak 193 masjid daripada 200 masjid telah menghantar senarai pencalonan masing-masing.

Hanya 7 masjid gagal berbuat demikian disebabkan faktor-faktor tertentu dan pihak (PTA) pegawai pentadbiran agama Islam Pulau Pinang akan menyelesaikan perkara tersebut nanti. Kejayaan ini membuktikan bahawa 97% kariah masjid menyokong penuh Pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid Seluruh Pulau Pinang sesi 2012-2013.

Pemilihan ini akan mengikut Seksyen 104 (1) (b) Enakmen Negeri Pulau Pinang 2004 dan kaedah 4 (1) Kaedah-kaedah Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid Negeri Pulau Pinang. Tatacara pemilihan merupakan penambahbaikan tatacara peraturan yang sedia ada sebelum ini kata YB Ustaz Salleh Man (Timbalan MAIPP).

Kita tidak mahu kesilapan berulang lagi seperti ini pentauliahan pegawai masjid seluruh negeri Pulau Pinang yang telah diadakan di Dewan Millenium dahulu.Kesemua jawatankuasa kariah masjid disambung semula pelantikan mereka sehingga 2011 .

Renung kembali perbezaaan, dimana amalan dahulu Maipp melantik atau kelompok tertentu tanpa melalui proses pemilihan oleh anak - anak kariah secara telus dan terbuka.

Sekarang diperkenalkan kaedah baru,dimana memberikan hak kepada anak-anak kariah untuk mencadangkan pentadbir masjid atau jawatankuasa masjid masing-masing kepada Maipp untuk diperkenankan kepada Yang Dipertuan Agong.

Seramai 15 Ajk Masjid akan dipilih dari kalangan anak – anak kariah.

Keputusan muktamad pelantikan jawatankuasa kariah tetap di bawah kuasa Yang Dipertuan Agong.

cheers.

No comments: