06 April 2011

Janggut Anwar tak ada pada 21 Feb 2011, tapi tiba2 ada pada 22 Feb 2011...

Lihat gambar di bawah baik-baik. Gambar ini diambil dari video seks lelaki mirip Anwar yang tersebar di internet sejak kelmarin. Video ini adalah video yang sama ditayangkan di Hotel Carcosa sebelum ini.

Video di bawah ini dikatakan dirakam pada 21 Febuari 2011. Kalau dilihat, dalam video ini, mula-mula Anwar berjanggut pada sela masa 00:04, namun pada babak terakhir sela masa 01:16, lelaki mirip Anwar ini sudah tiada janggut.

Mungkin lelaki mirip Anwar Ibrahim baru sahaja bercukur di bilik air, maka tidak hairanlah pada mulanya jelas dilihat dia berjanggut, kemudian janggutnya tiada.

Maka secara logiknya, pada 21 Febuari 2011 lelaki mirip Anwar mencukur janggutnya, maka tentulah pada 22 Febuari 2011 dia sudah tiada janggut.





Lihat gambar di bawah ini pula, iaitu pada 22 Febuari 2011 Anwar Ibrahim muncul di mahkamah kerana menghadiri perbicaraan kes liwatnya. Kalau kita lihat, jelas sekali beliau mempunyai janggut yang lebat.



Kesimpulannya, jika Anwar adalah lelaki di dalam video seks, sepatutnya dia tidak memiliki janggut lagi kerana dia sudah mencukurnya pada malam 21 Febuari 2011.

Jika anda mahu membuktikan bahawa Anwar adalah lelaki di dalam video tersebut......

1. anda harus membuktikan bahawa Anwar menggunakan ubat atau teknik tertentu agar janggutnya tumbuh lebat dalam masa beberapa jam. atau

2.anda harus buktikan bahawa pada 22 Febuari 2011, Anwar sebenarnya memakai janggut palsu di mahkamah.

Buktikan perkara ini untuk menuduh Anwar Ibrahim di dalam video seks......


source: milosuam.blogspot.com

’tis not about Anwar sex video, ’tis about something more sickening'

'Ada bayang ketiga, bukti video itu lakonan- Johari Abdul'


cheers.

7 comments:

Asaz said...

video ini benar atau rekayasa?

Anonymous said...

terpulang pada anda utk tentukan.

Anonymous said...

.....analisa anda memang tepat dan betul. Terima kasih

Anonymous said...

sama je dlm gambar tu, cuba gambar color tu dihitam putihkan

Anonymous said...

Are we having politicians or porn makers as our leaders. Don't they know porn reduces the mind, degrades the self and deflates the spirit?

Anonymous said...

Kalau seorang nak buat maksiat. tidak ada dalam bilik orang ketiga.
Video ini ada lelaki yang nak atur gambar video tersebut.Pelik ya. siapa yang sorang tu...?

Anonymous said...

kan Eskay dah mengaku dia supply pelacur tu kat anwar..