11 April 2011

Jam Omega siapa ya....

Polis mahu mendapatkan kerjasama pengedar jam bagi mengenal pasti pemilik jam tangan Omega yang diserahkan oleh “Datuk T”, yang mendedahkan satu rakaman video seks dikaitkan dengan pemimpin kanan Pakatan Rakyat, bulan lalu.

Tiga “Datuk T” iaitu Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Agung Perkasa Datuk Shuaib Lazim yang disoal siasat polis dilaporkan telah menyerahkan jam tangan Omega, didakwa milik Datuk Seri Anwar Ibrahim, kepada polis.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR telah tampil membuat penafian beliau adalah individu dalam video tersebut dan membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Mereka menyerahkan pita video dan seutas jam tangan jenama Omega sebagai bahan bukti selepas disoal siasat selama lima jam tiga minggu lalu.

source:malaysiakini

Police tracing Omega watch’s owner


Aku tak tahu macam mana depa nak kaitkan jam omega ini dengan Anwar.

Kiranya jam itu kepunyaan Anwar,masih tak boleh bukti bahawa Anwar sebagai hero video tersebut. Mungkin jam tersebut diberi sebagai hadiah kepada Eskay atau dicuri..

Pokoknya dengan jam omega ini,pihak polis nak bukti apa?

Katakanlah jam omega Najib tercicir atau dicuri di Sarawak,tapi diketemui di Mongolia. Adakah dengan itu membuktikan bahawa Najib pernah melawat Mongolia....

cheers.

No comments: