25 June 2010

Pandainya Najib 1Malaysia - Tol P.Pinang naik, tol Singapura turun......

Ibarat kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan, begitulah nasib rakyat Malaysia khususnya di Pulau Pinang selepas Najib dengan bijaknya menawarkan pengurangan tol 30% bagi jambatan kedua yang menghubungkan Johor dan Singapura sedangkan untuk Pulau Pinang caj tol dinaikkan 34%.

Saya bukan nak kata orang yang gunakan jambatan kedua Johor-Singapura sebagai Kera, tapi itu hanyalah pepatah orang-orang Melayu sebagai mengambarkan ketidakadilan yang berlaku.

Saya setuju dengan pandangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (DAP) yang mengalu-alukan pengurangan tol dijambatan kedua Johor-Singapura itu kerana sebagai rakyat kita mahu semua tol dikurangkan dan dihapuskan terus. Kalau kerajaan nak hapuskan terus Tol berkenaan pun bagus.

Saya yakin, ramai rakyat yang tidak puas hati dengan layanan Najib kepada Singapura yang mungkin sebagai melengkapkan perjanjian durian Malaysia-Singapura. Tiap kali ada mesyuarat khas antara Malaysia dan Singapura pasti ada durian, sebab itu saya panggil perjanjian Durian.

Kenapa Kerajaan hanya beri tawaran kepada Singapura. Kenapa tak nak turunkan Tol Jambatan Pulau Pinang dan semua tol yang ada di negara ini khususnya di Lembah Klang?

Pendapatan rakyat yang bekerja dalam negara bukan macam pelancong Singapura yang berulang alaik dari tambak Johor setiap minggu. Rakyat Malaysia begitu banyak berbelanja untuk Tol setiap hari. Mana-mana pergi kat lembah klang ini pasti ada tol.

Hapuskan tol, jagalah kebajikan rakyat bukan sibuk makan durian sahaja.- Herman Samsudeen

source - harakahdaily

Singapura adalah asset besar kepada Najib 1Malaysia. Pak Jib bakal menikmati bebagai imbuhan daripada negara jiran Johor itu. Apakah imbuhan yang bakal diterima, sama-sama tunggu dan lihat.

Pulau Pinang apa sangat,kerajaannya pula adalah dari pembangkang. Lagi pun apa faedah yang Pak Jib boleh terima daripada kerajaan PR Pulau Pinang ini?

Pak Jib sedaq, mai 3 kali PRU pun, BN tetap akan tersungkur di sini. Sebagai hadiah kepada rakyat Pulau Pinang kerana mengundi PR, terima saja kenaikkan tol jambatan Pulau Pinang nanti...

cheers.

1 comment:

Anonymous said...

Semua toll harus di hapuskan kerana di Malaysia ini ada Cukai Jalan Raya.Rama