01 June 2010

1Malaysia kutuk 1Isreal........

Malaysia hari ini mengutuk serangan tentera Israel terhadap armada kapal kecil membawa bantuan kemanusiaan yang sedang dalam perjalanan ke Semenanjung Gaza di perairan antarabangsa, yang jelas merupakan "satu pencabulan serius undang-undang antarabangsa".

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia mahu Israel menghentikan segera layanan buruk dan tidak berperikemanusiaan terhadap para sukarelawan dan mendesak supaya mereka dibebaskan segera."  Beliau turut meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengadakan mesyuarat tergempar berhubung perkara itu bagi membincangkan tindakan jenayah Israel terhadap para aktivitis kemanusiaan.

Selain itu, PBB juga hendaklah menarik balik sekatan tidak berperikemanusiaan di Gaza, katanya dalam satu kenyataan di sini.

source:bernama

Bukankah lebih bermakna bagi 1Malaysia, daripada membayar RM 77 juta kepada syarikat 1Israel APCO itu, wang RM 77 juta itu disumbang kepada rakyat Palestin yang tertindas di Gaza....

cheers.

No comments: