21 June 2010

Dr Mohd Asri Zainul Abidin nak masuk UMNO?

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin disebut- sebut akan menyertai Umno bersama 100 ulama muda lain Jumaat ini.

Mengulas mengenai perkara berkenaan, Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abd. Rauf Yusof ketika dihubungi mStar Online di sini hari ini berkata: "Ya, tunggulah Jumaat ini."

Sebelum itu, beliau berkata, barisan ulama berkenaan akan menyertai parti menerusi Cawangan Dataran Merdeka, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Sementara itu bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin menjelaskan bahawa beliau belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.

"Saya mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini," tulis beliau dalam blognya.

source:umno online

Kalau depa nak masuk UMNO, biaqpilah. Apakah UMNO akan berubah atau mereformasikan diri dengan hadirnya 100 ulama ini?

Tengok sajalah apa ulama-ulama UMNO buat bila menghadapi masalah judi bola,pembuangan anak secara leluasa dan banyak lagi isu-isu remaja masa kini, ulama-ulama UMNO ini hanya diam membisu dan tak berani nak bersuara.....

cheers.

1 comment:

Anonymous said...

Join UMNO? I doubt that Asri can change the party. Anwar did that decades ago and see what happened,
UMNO still the same dulu kini dan selama2nya but Anwar a changed man.