
Ribuan orang menyertai demontrasi Pakatan Rakyat di ibu negara selepas solat Jumaat bagi membantah serangan berdarah tentera Israel terhadap flotila bantuan kemanusiaan pro-Palestin Isnin lalu.
Kumpulan itu membanjiri Masjid Kampung Baru untuk menunaikan solat Jumaat sebelum berarak beramai-ramai ke kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Ampang, sejauh hampir 5 kilometer.

Dipimpin Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka bergerak lancar apabila tidak dihalang polis, seperti kebiasaan dalam demontrasi besar Pakatan Rakyat sebelum ini. Memorandum bantahan mereka berjaya disampaikan kepada wakil kedutaan Amerika Syarikat kira-kira jam 3.30 petang tadi tanpa sebarang insiden yan tidak diingini.
Sementara itu,kira-kira 200 orang hadir dalam perhimpunan anti-Israel anjuran Pemuda BN di Masjid Negara selepas solat Jumaat hari ini.


Turut hadir wakil-wakil NGO, antaranya daripada Pertubuhan Peribumi Perkasa Negara (PERKASA), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA) dan Gabungan Belia 4B Malaysia.
Aku nak tahu mana pi Samy Velu & MIC, Dr.Koh Soo Khoon & Gerkan dan Dr.Chua Sooi Lek & MCA? Kenapa mereka ikut demo sekali .........?
cheers.
1 comment:
Post a Comment