11 June 2010

MB Khalid Ibrahim - RMK10 sisih Selangor.........

Walaupun menjadi pemangkin kepada pembangunan Malaysia, tetapi Lembah Klang - dan Selangor yang menjadi sebahagian daripadanya - tidak langsung disebut dalam Rancangan Malaysia ke-10 yang dibentangkan hari ini, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya menyebut rangsangan ekonomi ditumpukan kepada 'Greater Kuala Lumpur' yang merupakan sebahagian kecil Lembah Klang.

"Selangor yang merupakan sebahagian daripada bandar gabungan Lembah Klang adalah kawasan tengah industri dan perdagangan di negara ini.

"Selangor mempunyai penduduk berjumlah lima juta serta menyumbang kutipan cukai paling tinggi, jadi ia sepatutnya layak dimasukkan dalam pelan pembangunan kerajaan," kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan.

Katanya, semakin Malaysia dan negara lain di dunia beralih kepada ekonomi berasaskan pengetahuan atau K-Ekonomi, maka tidak wajar jika pentadbiran Najib mengabaikan Selangor yang menempatkan paling banyak bilangan universiti dan pusat pengajian tinggi.

"Adakah pentadbiran Najib sengaja mengabaikan fakta bahawa Selangor merekodkan jumlah projek industri paling banyak pada 2009 dan 2008, selain menjadi negeri paling banyak mencipta peluang pekerjaan serta mencatatkan jumlah pelaburan tertinggi di Semenanjung?

"Jika Perdana Menteri melihat kepada sektor yang disasarkan pembangunannya - iaitu sektor pendidikan, pelancongan, kesihatan - kesemua sektor ini adalah berpusat di Lembah Klang.

"Begitu juga dengan sektor industri , incubation serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (SMIs) yang semuanya tertumpu di Lembah Klang," tambahnya.

Menurut menteri besar Selangor, ini adalah contoh klasik "kuman di seberang nampak, gajah depan mata tak nampak'.

"Pentadbiran Najib hilang fokus terhadap matlamat RMK-10. Adakah keputusan mengabaikan Selangor dalam fokus pembangunan ini disebabkan politik?

"Jika ya, keputusan ini telah membelakangkan kepentingan rakyat.

"Kami menegaskan dalam memperkatakan usaha mentransformasi ekonomi Malaysia, dua perkara penting perlu diberi perhatian;

1. Penilaian semula saiz sektor awam
2. Meliberalisasi saluran komunikasi

"Saya tidak pasti pentadbiran Najib cukup berani untuk memberi tumpuan kepada isu-isu ini," tambahnya.

source:malaysiakini

1Malaysia kepala otak dia!!!!!!

cheers.

4 comments:

Anonymous said...

mb khalid bagi water n pasir free.habis duit kdeb.semua bagi free tapi no development.tell him to get lost.

Anonymous said...

but its ok for Khir Toyo to make trip to Disneyland with family with the rakyat money!!!!

Anonymous said...

and its ok for Razak Baginda and Rosmah to form a RM2 company known as Perimekar Sdn Bhd 2 weeks before the submarine deal sealed whereby they got Euro 114 million which in turn will be paid by Malaysian tax payer money which include your goodself.

Anonymous said...

and its ok for VK Lingam to go free though the commission found him guilty in the "correct,correct,
correct scandal!!!!