21 January 2015

Mansuh saja PLKN & Pasai apa Anwar tolong Najib...

Mansuh PLKN,jimat RM400 juta setiap tahun...

Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menangguhkan Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) tahun ini sebagai sebahagian daripada langkah menstabilkan ekonomi di saat kejatuhan harga minyak dunia menimbulkan satu persoalan penting – adakah kita masih memerlukan program ini?

Najib berkata, keputusan itu akan membawa penjimatan sebanyak RM400 juta kepada kerajaan.

Katanya lagi, program yang dilancarkan pada Desember 2003 ini akan dinilai semula dan ditambah baik sebelum dimulakan semula.

Idea asal PLKN adalah untuk mengerah pelajar lepasan SPM melalui sistem cabutan dan menempatkan mereka di kem selama tiga bulan untuk memupuk semangat bersatu padu.

Cadangan awal adalah agar semua remaja berusia 18 tahun mengikuti program selama dua tahun. Namun, kekangan kewangan dan sumber menyebabkan program itu mengehadkan bilangan pelatih dan tempoh masa kepada tiga bulan. Pelatih akan dibahagikan dan dihantar ke 85 kem latihan seluruh negara.

Ia dicadangkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan beliau membayangkannya sebagai serupa dengan khidmat negara di Singapura dan Korea Selatan. Pembentukan program ini dikendalikan Najib selaku menteri Pertahanan pada ketika itu.

Namun, realitinya sedikit berbeza.

Ada banyak kisah “politiking’ dan “favouritisme” yang didengar daripada pelatih terlibat. Kem latihan didakwa menyediakan kemudahan dan makanan yang teruk, dan ada kalanya berlaku kes penyakit yang merebak.

Di antara semua itu, kronisme politik berjalan dalam pemberian kontrak mengendalikan kem latihan. Personaliti berprofil tinggi mendapat faedah daripada kontrak yang berkaitan dengan program itu; daripada penyediaan uniform kepada makanan.

Turut berlaku adalah insiden seperti rogol, serangan seksual, pergaduhan dan kematian yang melibatkan pelatih. Sejumlah 23 kematian dilaporkan sejak ia bermula.

 Pakatan Rakyat lantang mengkritik program itu, menggesa agar ia dimansuhkan.

Sejurus selepas pengumuman Najib pagi tadi, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dipetik The Malaysian Insider sebagai berkata, jumlah RM400 juta yang dijimatkan daripada penangguhan itu adalah terlalu kecil, dan tidak banyak membantu negara.

Kenyataan itu sememangnya tepat kerana kerajaan masih lagi mengeluarkan wang ke atas program ini untuk membayar pengendali kem dan jurulatih, seperti yang diakui Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Dengan kata lain, ketirisan akan terus berlaku dan pihak yang diambil untuk mengendalikan kem latihan akan mendapat “gaji buta”. Apa penjimatan yang Najib maksudkan sebenarnya?

Selain itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy jamaluddin melalui laman Twitternya berkata, program ini akan diubah suai untuk mengutamakan pembinaan kemahiran bagi lepasan sekolah yang tidak ke universiti, dan pelatih akan mendapat latihan khas. 

Adakah ini bermakna skop keseluruhan PLKN sudah bertukar, termasuk syarat umur pelatih?

Jika kerajaan ingin mengadakan latihan kemahiran untuk anak muda kita, kerajaan perlu menubuhkan lebih banyak pusat vokasional, dengan pendidikan dan latihan yang secukupnya kepada mereka.

Sudah tiba masanya untuk kerajaan mengakui bahawa PLKN telah gagal. Tiada maknanya untuk mengenakan “pakaian baru” dan identiti baru kepadanya, jika asasnya masih sama.  

Program ini tidak difikirkan sepenuhnya ketika ia dilancarkan, dan adalah satu tanda tanya bagaimana kita boleh meneruskannya sehingga sekarang. Audit menyeluruh terhadap program ini pasti dapat menunjukkan sebanyak mana yang telah dibelanjakan kerajaan untuknya, dan sama ada ia berbaloi atau tidak.  

Ramai merasakan PLKN gagal mencapai tujuannya. Ia akhirnya sama seperti program Rakan Muda yang bercita-cita tinggi, namun gagal secara keseluruhannya. 

Ini adalah masa yang sesuai untuk kerajaan memansuhkan program ini. Malah, bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah merasakan ia patut dimansuhkan sekaligus. 

“Ia tidak mengikut matlamat asal. Hasilnya jika dibanding dengan kos akan membangkitkan persoalan,” katanya menerusi Twitter.

Ia bukan sekadar penjimatan RM400 juta seperti yang dinyatakan. Ada banyak kos tersembunyi, dan kebanyakannya “tiris” ke poket-poket kroni.

Najib patut juga menghentikan semua ketirisan ini,jika beliau mahu kerajaan menjimatkan lebih banyak wang.

Berhubung matlamat untuk memupuk semangat bersatu-padu di kalangan anak muda, tidak perlulah melihat terlalu jauh. Proses ini patut bermula seawal peringkat persekolahan, yang sangat kurang pada masa ini. Baiki masalah di tempat yang betul, dan kita akan lihat ia akan berjalan dengan penuh lancar.- K.Kabilan,theantdaily

Save more than RM400m if we just do away with National Service 

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2014/11/anwar-najib-300.jpg
Kenapa Anwar tolong Najib...

Pemimpin DAP Datuk Ariff Sabri menyatakan kehairanan beliau kepada tindakan Ketua Umum Parti Keadlian Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang begitu bersemangat hendak mendedahkan salahlaku bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.

“Kenapa Anwar malah menyerang Tun Daim? Seharusnya kita (Pakatan Rakyat) memusatkan usaha kita untuk menyingkirkan Najib dari Putrajaya,” tulis Ariff di www.sakmongkol.blogspot.com hari ini.

Ariff menyimpulkan Anwar tidak lagi meletakkan kepentingan dan matlamat Pakatan Rakyat (PR) untuk menawan Putrajaya, “Saya rasa Anwar sekarang mementingkan dirinya”

Ariff curiga bahawa Anwar telah berpakat dengan Najib untuk membebaskan dirinya dari hukuman penjara yang dihadapinya dengan menawarkan diri untuk menjatuhkan Tun Daim dengan memberikan data salahlaku Tun Daim kepada SPRM.


Menurut Ariff, tindakan Anwar itu tidak membantu PR langsung, malah akan mengakibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kekal berkuasa.

Ariff berpendapat, Anwar seharusnya membiarkan kalangan UMNO saling ‘membunuh’ dan bukannya mendedahkan salahlaku Tun Daim. Ariff merujuk kepada kritikan Tun Daim terhadap pentadbiran Najib yang menurut Ariff di belakangi oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir. Dr M juga turut mengkritik pentadbiran Najib kebelakangan ini.

Selain Dr M dan Tun Daim, Ariff juga menyebut nama bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin dan bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Datuk Kadir Jasin sebagai pengkritik besar terhadap pentadbiran Najib.- Mohd.Ariff Sabri bin Hj. Abdul Aziz@sakmongkol ak47

The Story of Androcles and The Lion...

I am writing this on a personal basis. As one who writes on politics long before I joined DAP and later became its candidate for Raub Pahang. And Raub Pahang is a Malay majority constituency ya.

I am puzzled by the strategy taken by the leader of PR- Anwar Ibrahim. Maybe I have not read a hidden political manual from the Shaolin temple. My political Kung Fu is not fully developed yet.

He has offered to provide evidence on the corruption that Tun Daim Zainduin did. He has stories about embezzlements, commissions, award of contracts, licences, monopolies and even sexual trysts? Now, as readers may know, I came to know a bit about Tun Daim. Most of all I know, he is not the PM who is now controlling Malaysia.

So here is why I am puzzled. Why attack Daim when the focus of our efforts ought to be centred on kicking Najib out of Putrajaya? We should be giving as much space for the UMNO people to kill off each other.

I would have thought, an enemy of our real enemy is our friend. We should allow Daim and his people (writers, bloggers, ex ministers) to whack Najib. Let us not stop Zam for example to reveal those juicy stories about Najib so that all Malaysia will know Najib for what his truly is. An overrated blue blood who has not much grey material between his ears who is actually a menace to our country. Come on Pak Zam- kasi keluaq habis.


Let us also encourage people like Kadir Jasin to write negatively about Najib.

The objective is to save Malaysia from the insouciant Najib. Look at our debt. It’s really more than the meaningless ceiling of 55% of GDP thing. I can’t remember what it is already- maybe RM560 billion. The amount of contingent liabilities alone is RM160 billion. This amount is cleverly not shown in the Malaysian Budget. Most of us don’t know. 

These are loans undertaken by specially created vehicles, such as GLC or some SPVs which are guaranteed by the government. If they go bust or default on their loans, the government steps in and pay. Where will the government get the money? From the treasury of course which is our money.

Look at what is happening to race relations. UMNO wants us to be at war with one another. UMNO wants nothing better than waging a war against the Chinese, the majority of whom have become supporters of DAP. But its own senior minister is helping out a law breaker now investigated in America. And he is a Chinese.

The narrative by UMNO about the Chinese? They will take away the special privileges of the Malays, will attack the Malay religion and will dethrone the poor and hapless Malay rulers. I say hapless because Malay rulers depend on people like Perkasa to defend them. That’s implying, the Malay rulers are not that bright to the extent that they must depend on Perkasa.


It means that The Constitution is useless. The Malay demography is useless. 

Look at the government’s acting as bystander to the vetocracy unleashed by unelected Islamists now inhabiting many of the religious departments. I don’t want to appear mean-hearted when I say, what does Najib understand about the Islamic religion to expect him to do anything about it?

So why lend a hand to Najib? Indeed TV3 as the main spin master of the PM is giving Anwar a large space to denounce Daim Zainudin. This is suspicious and it’s not because that Saifool bloke is complaining about it. 

TV3 or other communications medium owned and controlled by Media Prima will not move or do anything, unless cleared by Najib’s people. I don’t think people like Johan Jaafar, Ashraf  Abdullah or Manja Ismail got the balls to give space to Anwar.


To me it appears that Anwar’s priority is no longer PR. So what is it? Even though he has told me he doesn’t care about it- I think his priority now is his personal freedom.

So is there a deal between Najib and Anwar? Anwar lends a hand to Najib to whack Daim who is actually fronting for Dr Mahathir and by doing so, if Anwar succeeds, remove the thorn in the lion’s paw. Is Anwar playing the role of Androcles removing the thorn from Najib’s paw? The lion then becomes tame and shares game with Androcles Anwar?

Or maybe the hidden manual in the Shaolin temple contains a coded message that says- Grasshopper- isolate Najib first and then go for the kill? Haiya !!! - Mohd.Ariff Sabri bin Hj. Abdul Aziz@sakmongkol ak47

Story kat SINI dan SINI  

Kenapa Altantuya dibunuh...

mahfuz omar Sirul call me
Sirul hubungi saya - Mahfuz... 
Story kat SINI dan SINI  

Interpol buru Sirul. Story kat SINI dan SINI  



cheers.

No comments: