10 January 2015

Kenapa tugas Jabatan Imigresen diserah kepada syarikat yang ada kaitan dengan UMNO...

zahid-myeg1
Mengapa 'outsource' perkhidmatan kerajaan kepada syarikat berkaitan UMNO ...

Pihak Pembangkang akan menulis kepada Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi, bagi pihak orang ramai, untuk mendapatkan penjelasan yang munasabah tentang keputusan menyerahkan fungsi khidmat pekerja asing dan pembaharuan permit kepada sebuah syarikat swasta yang ada kaitan UMNO.

Wakil Rakyat DAP(Taiping) dan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming,mempunyai empat soalan besar yang hendak ditujukan kepada Menteri Dalam Negeri:

1. Mengapa 'outsource' perkhidmatan kerajaan kepada sebuah syarikat swasta?

2. Mengapa tiada tender terbuka apabila menganugerahkan kontrak yang menguntungkan ini?


3. Mengapa RHB Insurance mejadi agen insurans tunggal?


Mengapa rakyat perlu membayar untuk perkhidmatan MyEG yang sebelum ini diberikan secara percuma oleh Jabatan Imigresen?

"Jika Putrajaya berkeras untuk 'outsource' perkhidmatan ini,  Jabatan Imigresenlah,yang sepatutnya membayar MyEG, bukan rakyat," kata Nga. "Jika tidak, orang akan terpaksa membayar dua kali."

Rakyat membayar cukai dan berhak menikmati perkhidmatan daripada agensi-agensi dan Jabatan2 kerajaan, katanya. "Tidak ada alasan sama sekali,untuk memaksa rakyat membayar kepada sebuah syarikat swasta untuk perkhidmatan yang perlu disediakan oleh Perkhidmatan Awam."

Lebih malang lagi,tegasnya, kontrak yang amat menguntungkan ini telah dianugerahkan secara langsung tanpa tender terbuka kepada sebuah syarikat yang ada kaitan dengan UMNO.

Nga menegaskan bahawa Pengerusi Eksekutif MyEG,Noraesah Mohd merupakan bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO dari 2000-2013 dan Senator 2005-2008.

"Pengarah Eksekutif Syarikat,Raja Munir Shah adalah Ketua Bahagian Belia UMNO Tanjung pada tahun 1997 dan kemudiannya dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Pemuda Pulau Pinang sehingga 2004."

Noraesah memegang 6.6 juta saham dan Raja Munir Shah memegang 188.4 juta saham dalam MYEG sama ada secara langsung dan tidak langsung, katanya. "Jumlah saham yang dipegang di antara mereka mewakili 33% daripada saham tertunggak syarikat."

Nga menggesa Putrajaya untuk menjelaskan segera mengapa terdapat keperluan untuk 'outsource' perkhidmatan ini, yang sebelum ini disediakan secara percuma oleh Kerajaan, kepada sebuah syarikat yang ada kaitan dengan UMNO dan kini mengenakan majikan RM38 sebagai yuran portal untuk setiap pekerja.

"Bagi pekerja asing dengan pendaftaran FOMEMA,sebanyak RM20 lagi perlu dibayar kepada MyEG," kata Nga. "Dengan 2.3 juta pekerja asing yang sedia ada, bermakna ini akan membawa keuntungan sebanyak RM100 juta untuk MyEG dalam sekelip mata." - FMT

Why outsource govt service to UMNO-linked company...

The Opposition will be writing to the Home Minister Ahmad Zahid Hamidi, on behalf of the public, to seek a reasonable explanation for the decision to outsource the foreign worker permit renewal function to a private firm.

Taiping MP and DAP Perak Chairman Nga Kor Ming, who will be undertaking the task, has four big questions for the Home Minister:

Why outsource government service to a private company?

Why no open tender when awarding this lucrative contract?


Why is RHB Insurance the sole insurer?


Why do the people need to pay MyEG for services which were previously provided free of charge by the Immigration Department?

“If Putrajaya insists on outsourcing one of the functions of the Immigration Department, it should be the Immigration Department which should be paying MyEG, not the people,” said Nga. “Otherwise, the people would end up paying double.”

The people are paying taxes and deserve to enjoy the service from government agencies, he added. “There is absolutely no excuse to force the people to pay a private company for a service which should be provided by the civil service.”

Worst still, he charged, this lucrative contract has been directly awarded without an open tender to an Umno-linked company.

Nga pointed out that MyEG Executive Chairman Noraesah Mohd was a member of the Umno Supreme Council from 2000–2013 and a Senator from 2005-2008.

“The Company’s executive director Raja Munir Shah was the head of the Tanjung Umno Youth Division in 1997 and subsequently appointed Umno Youth Penang Information Chief until 2004.”

Noraesah holds 6.6 million shares and Raja Munir Shah holds 188.4 million shares in Myeg either directly and indirectly, he said. “The total number of shares held between them represents 33 per cent of the company’s outstanding shares.”

Nga urged Putrajaya to immediately explain why there was a need to outsource a service, previously provided free of charge by the Government, to an Umno-linked company which is now charging employers RM38 for the portal fees for each worker.

“For foreign workers with FOMEMA registration, an additional RM20 needs to be paid to MyEG,” said Nga. “With 2.3 million foreign workers, this would bring potentially RM100 million to MyEG overnight.” - fmt


MYEG is the undisputed e-government provider in Malaysia. There are no competitors that can go near the company.

It is the sole concessionaires as the online government transactional services for the Malaysian community through its Electronic Government (E-Government) Initiatives. Riding on the government developed GITN, MYEG had access to database to enable transaction.

Initially, it was to collaborate with two other companies licensed to provide e-Government. But they used their monopolistic access to database to "kill" one competitor.  The other company was planned to collaborated with them and naturally did a golden parachute out.

This was all done within the political-civil servant insidious collaboration of anak menakan Pak Lah, Dr Noraessah (7 million shares), former UMNO Youth Tanjung, Dato Dr Munir Shah Raja Mustapha (209 million shares) and former MAMPU Director Gneral, Tan Sri Dato Muhammad Rais bin Karim (3.2 million shares).

e-Government was the project under MAMPU. Is it not a conflict of interest for Tan Sri Muahmmad Rais to be Director and holds few million shares? How could a member of the Board of PERKIM be doing so unethical and nearing corrupt like this? Does he have no conscience? 

It's Managing Director is Singaporean Wong Thean Soon. He holds 209 million shares.-anotherbrickinwall.blogspot

Sebanyak 41 sekolah di kawasan banjir akan bermula sesi persekolahan seminggu lebih lewat, umum Kementerian Pendidikan hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 9 Januari, 2015.
Persekolahan 41 sekolah ditunda seminggu lagi...

Sebanyak 41 sekolah iaitu empat di Kelantan, 18 di Pahang dan 19 di Perak yang masih terlibat dengan banjir ditunda sesi permulaan persekolahan 2015 seminggu lagi, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof.

Berikutan penundaan itu, tarikh baharu permulaan sesi persekolahan bagi sekolah yang terlibat di negeri Kelantan ialah pada 18 Januari (Ahad) manakala di Perak dan Pahang ialah 19 Januari (Isnin).

"Penundaan ini akan melibatkan sejumlah lima hari persekolahan iaitu 11 hingga 15 Jan bagi Kelantan dan 12 hingga 16 Jan bagi Perak dan Pahang.

"Jumlah lima hari tersebut adalah merupakan jumlah hari persekolahan yang perlu diganti oleh sekolah berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata Khair, sekolah berkenaan ada yang dinaiki atau ditenggelami air, digunakan sebagai pusat pemindahan sementara atau mengalami kerosakan teruk termasuk keadaan berlumpur dan kotor serta masih tidak selamat untuk dijadikan tempat belajar bagi murid.

Daripada 41 sekolah yang ditunda sesi mula persekolahannya, 34 daripadanya dinaiki air atau berlumpur tidak selamat manakala bakinya dijadikan pusat pemindahan sementara.

Khair berkata penundaan yang diumumkan hari ini adalah selaras dengan kenyataan Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis sekolah tersebut masih memerlukan masa untuk pembersihan dan pemulihan.

Menurutnya, langkah menunda sesi persekolahan sekolah berkenaan juga dibuat setelah mengambil kira faktor kemanusiaan terhadap mangsa banjir yang masih berada di sekolah yang menjadi pusat pemindahan sementara. Baca seterusnya...

Story kat SINI dan SINI

Seorang pembeli terkejut beruk bila mendapati seekor cicak yang dah mati dalam susu manis yang dibukanya...

Ini sukarela atau sekadar posing untuk Utusan Meloya dan TV3 suku...itulah UMNO dulu,kini dan selama2nya

Dari Petaling Street jadi Bangla Street,DBKL dok tidoq kot...



cheers.

No comments: