27 January 2015

Jadi betoilah kos urus jenazah itu mencecah RM4,735..

Itu salah faham...

Isu kos pengebumian jenazah seorang lelaki meninggal dunia di Sungai Bakap, petang semalam yang mencecah RM4,735 dan menarik perhatian masyarakat seluruh negara selepas resit pembayaran dikeluarkan masjid jadi viral di media sosial dianggap sebagai salah faham.

Setiausaha masjid berkenaan, Ishak Abu Hassan berkata, ia sebenarnya bayaran untuk dua perkara iaitu menguruskan pengebumian jenazah dan upah bagi pelajar pondok berhampiran untuk membaca al-Quran.

"Sebenarnya kos menguruskan jenzah hanya sekitar RM1,200 namun atas permintaan keluarga, kos itu meningkat.

"Selepas berbincang dengan semua pihak termasuk keluarga arwah isu ini dianggap selesai," katanya.

Ishak berkata, dia dimaklumkan mengenai resit berkenaan yang viral di media sosial sejak semalam namun tidak mengendahkannya kerana sudah dibawa ke pengetahuan keluarga arwah. 

"Selepas solat Isyak semalam saya sudah maklum mengenai perkara ini," katanya.- myStar

Council lays to rest RM4K Muslim burial shocker...

The copy of a receipt for a Muslim burial ceremony in Sungai Bakap, Penang, costing a whopping RM4,375 had tongues wagging after making the rounds on the internet.

But the Penang executive council for Islamic Affairs denied that only well-heeled Muslims can afford burial ceremonies in the state, explaining that the services offered varied from mosque to mosque.

Council chief Abdul Malik Kassim said he has studied the copy of the receipt.

Listed on the receipt were 21 services including telephone calls to invite guests to attend the funeral prayers which cost RM0.50 sen each, light refreshments, transportation and fees for prayers recited at the burial site, which cost RM1,900.

According to Abdul Malik, basic burial ceremonies for Muslims cost only about RM700.

"Muslim burial is the common responsibility of the community. Within 24 hours, a deceased Muslim must be buried.

"All mosques will carry out burial for free for their members, and for others too, including foreigners, should the need arise," he told Malaysiakini.


Abdul Malik said this is a non-profit undertaking and the family of the deceased normally gives a donation to the imam who conducts the burial rites.

"But this is voluntary and the amount is not fixed," he stressed.

As for the services listed on the aforementioned receipt, Malik said these were optional and commended the mosque for the breakdown in charges.

"In a way, this mosque has done well. The burial cost is open for all to see as there are many options for people to choose from.

"Not all mosques offer the same services. Different mosques have different styles and different services offered," he added.

Abdul Malik clarified that most families only choose basic burial needs like a wooden coffin (RM230), bath and white kaftan (shroud) for the body (RM165), cleaning services (RM50) and digging of the grave (RM140 for adults and RM70 for children).

He said many mosques have set-up a fund called "Tabung Khairat Kematian".

He explained that the money is contributed by members, who then take turns to use the fund for burial ceremonies.

"Moreover, burial land for Muslims are free, so claims of it being expensive or that only rich Muslims can get a decent burial is not true," he added. - mk

Jangan mati kalu takdak duit ...

Tergamam kami melihat butiran harga yang dikenakan pihak pengurusan sebuah masjid bagi urusan pengebumian masyarakat Islam.

Gambar kertas yang memaparkan kos terkini bagi pengurusan jenazah itu, kini tersebar di laman sosial dan menjadi tanda tanya.


Rata-rata tidak menyangka kos bagi pengurusan pengebumian mencecah lebih daripada RM4,000!


Masing-masing menyifatkan harga tersebut terlalu tinggi lebih-lebih lagi jika dikenakan pada keluarga yang kurang berkemampuan.


Kami sendiri tidak pasti sama ada kos pengurusan jenazah tersebut sememangnya diselaraskan atau berbeza mengikut masjid.


Tapi kalau disemak semula harga, antara yang mahal adalah upah membaca al-Quran di tanah perkuburan dan di rumah. Sebenarnya, ini bukan kos yang perlu dikeluarkan kerana paling afdal jika anak si mati sahaja yang mengaji untuk disedekahkan kepada arwah bukannya orang lain.


Pun begitu tidak dapat dinafikan, urusan pengebumian bukanlah mudah kerana ia melibatkan soal agama, kemahiran, pengalaman, penat lelah pihak khariah yang terlibat mengendalikan jenazah dan bermacam-macam lagi.


Apa pun, sebagai penyelesaian ada pengguna sosial memberi nasihat agar menyertai khairat kematian yang terdapat di masjid dan surau berhampiran kita bagi memudah dan mengurangkan kos pengurusan jenazah bila kita atau ahli keluarga dijemput Ilahi kelak.-MYNEWSHUB



Undi ketiga bersifat perkauman? Hadi tidak berapa faham...

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menunjukkan pemahaman ceteknya mengenai kerajaan tempatan, apabila beliau berkata yang pilihan raya tempatan boleh menyebabkan berulangnya 13 Mei. 

Beliau telah menjadi paranoid tentang demokrasi dan amalannya. 

"Kita tidak seharusnya mencadangkan sesuatu yang boleh mencetuskan ketidakstabilan, meluaskan jurang antara luar bandar dan bandar, dan yang paling menakutkan sekali, ketegangan ini boleh membawa kepada tercetusnya rasa tidak puas hati yang boleh menyebabkan berulangnya peristiwa 13 Mei yang perlu dianggap sebagai titik hitam dalam sejarah negara ini. 

"Kita tidak boleh mempertimbangkan kemenangan politik dan penguasaan ekonomi satu pihak sahaja, dalam sebuah masyarakat majmuk," katanya baru-baru ini. 

Nampaknya Hadi telah salah tafsir peristiwa-peristiwa sejarah. 

13 Mei tidak berlaku kerana undi ketiga; ia disebabkan kegagalan kerajaan Perikatan yang melanggar kedudukan ekonomi bandar-luar bandar. Dasar ekonominya selepas merdeka pro-bandar, dan masalah kemiskinan luar bandar sebenar telah tidak ditangani. 

Ekonomi luar bandar dipenuhi dengan petani-petani yang tidak mempunyai tanah. Hasil mereka telah menguntungkan kelas tuan tanah dan orang tengah. Itu adalah punca masalahnya.  

Rida (kini Mara) yang telah ditubuhkan dalam zaman kolonial menumpukan kepada isu-isu remeh seperti latihan vokasional, yang tidak akan membantu meningkatkan taraf ekonomi golongan miskin luar bandar.

Di negara-negara di mana bandar-bandar dan pekan-pekan diuruskan oleh wakil-wakil yang diundi dengan ketua eksekutif mereka sendiri yang telah diundi, mereka telah berkembang menjadi sebuah tempat yang selesa. Perancangan pertumbuhan akan dijalankan berdasarkan keperluan penduduk.

Wakil-wakil rakyat berada lebih dekat dengan rakyat daripada mereka yang diundi ke Dewan Undangan Negeri atau Parlimen. Mereka perlu mendengar pendapat penduduk sebelum melaksanakan apa-apa agenda pembangunan. Dan setiap bandar dan pekan akan bersaing antara satu sama lain untuk menyediakan kemudahan terbaik kepada rakyatnya. 

Pada masa ini, bandar-bandar dan pekan-pekan di Malaysia ditadbir oleh penjawat-penjawat awam yang akan menerima arahan daripada kerajaan persekutuan. Oleh itu, perancangan dan pembangunan menjadi huru-hara. Kuala Lumpur dan Petaling Jaya pernah menjadi sebuah tempat yang indah dahulunya, tetapi lihat mereka sekarang – semuanya dalam keadaan kucar-kacir. 

Australia merupakan contoh terbaik dalam pentadbiran kerajaan tempatan. Menurut presiden Persatuan Kerajaan Tempatan Australia, Datuk Bandar Troy Pickard, "kerajaan tempatan adalah bahagian kerajaan yang paling dekat dengan masyarakat. Kami adalah sebuah aspek penting dalam masyarakat-masyarakat tempatan."

Mereka menangani isu-isu perumahan dan kesihatan. Mereka mempunyai peranan dan tanggungjawab sendiri dalam isu perumahan dan tempat tinggal. Dalam erti kata lain, kerajaan-kerajaan tempatan ini menjaga kebajikan penduduk. 

Bagaimanapun, ini tidak berlaku di Malaysia. Kebajikan penduduk telah diketepikan. Masalah kutipan sampah dan jalan berlubang adalah satu isu harian yang dihadapi oleh rakyat. Bandar-bandar juga telah menjadi penuh dengan papan-papan iklan komersial dan menjadi hutan papan iklan. 

Pentadbir-pentadbir tidak faham usaha mengekalkan kecantikan dan keselesaan di bandar-bandar. 

Hadi perlu membuka matanya terhadap semua keburukan yang dicipta oleh pentadbir-pentadbir yang tidak dilantik. 

Hentikan dakwaan bahawa isu ini adalah sebuah isu perkauman. - Ahmad Mustapha Hassan,theantdaily


Sorry Hadi, I Beg To Differ...

Is it true that local government election would lead to instability or May 13? I seriously doubt such a strange proposition, no matter who made that statement.

After all, local government elections were held before Barisan Nasional unjustifiably abolished them.

In fact, those elections predated May 13. Thus, relying on such an unfortunate event to flatly reject such elections is indeed mind boggling, to say the least.

Globally, local election is a universal phenomenon especially in developed countries as well as Muslim countries.

In fact, in the US, where federalism is widely practised, almost all public officers’ are elected. Thus, we see the district attorney and the states’ judges in America have been electorally appointed until now.

In the Muslim world, local government elections are not new. Former Iranian and Turkish prime ministers Mahmoud Ahmadinejad and Recep Tayyip Erdogan were once elected as mayors of Tehran and Istanbul respectively.

Indonesia’s Joko Widodo was a mayor who was elected before he assumed his presidency.

The Indonesian parliament received fierce criticism when it voted for the abolishment of direct elections for the mayor and governor in 2014.

The law was backed by the coalition behind the then presidential candidate, Probowo Subianto.

It is interesting to note that the proponents of such laws never cited the issue of instability as their justification to scrap the process.

On the other hand, hefty costs and corruption were the main reasons for such a move.

Accountability and transparency

Islamists should not be unduly worried about the term “election”, and as it is not a dirty word. On the contrary, local government elections imply accountability and transparency in the public office.

Those two criteria are the hallmarks of good governance. Local election is an efficient mechanism to promote those ideals.

PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang is duly concerned that local government election would cause instability. In his view, Chinese councillors would take over in certain big cities if elections were held.

Local election, in his view, could lead to instability and ultimately a bloody tragedy such as May 13. And if such a tragedy takes place in future, the real culprit would be local government election.

With due respect, the PAS president’s view is unfortunately misplaced. It presupposes that all big cities in this country are dominated by a single ethnic group, namely the Chinese.

He presumes that the Malays would not be duly represented in Chinese-dominated urban areas.

Using his logic, the Chinese would be equally unproportionately represented in Malay belt states in the event local government election is revived.

As long as Malaysians elect any Malaysian in any local government election, we should not be unduly worry. Let such unwarranted fear be reserved to Perkasa, Isma or Utusan.

If Chinese were not worried to elect PAS candidates in the last general election, why would Malays be worried if they are represented by Chinese, Indian or Malay councillors? - NPR


Story kat SINI dan SINI  

Story kat SINI dan SINI  


cheers.

No comments: