06 December 2012

Ketua Pembangkang Selangor balun RM19.9 juta hasil jualan 80 ekar tanah PKNS...

Pengerusi KEADILAN Selangor, Mohamed Azmin Ali mendedahkan, Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman mendapat RM19.9 juta hasil daripada penjualan 80 ekar tanah kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Katanya, urusniaga itu berlaku semasa Selangor di bawah pemerintahan Umno BN.

Menurut Azmin, tanah tersebut pada mulanya dibeli oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Serdang itu dengan harga RM1 sekaki persegi melalui dua syarikat – Nikmat Inai dan Supreme Precious Sdn Bhd.

“Satim memiliki kepentingan sebanyak 30 peratus dalam Nikmat Inai dan beliau juga mempunyai saham dalam Supreme Precious Sdn Bhd,” kata Timbalan Presiden KEADILAN itu ketika membacakan dokumen berkaitan di hadapan 4,000 penduduk pada Ceramah Merdeka Rakyat di Gombak malam semalam.

Azmin yang merupakan bekas Ahli Lembaga Pengarah PKNS meletak jawatan tersebut pada 23 Jun 2010 kerana mahu memberi laluan kepada tokoh lain dalam memberi sumbangan kepada anak syarikat kerajaan negeri itu.

Sambung Ahli Parlimen Gombak itu pada ceramah tersebut, beliau berkata, rakyat perlu pastikan Umno BN tumbang pada Pilihan Raya Umum kali ini bagi memastikan kezaliman dihapuskan.

“Kami tekad jika diberi mandat sebagai kerajaan, tidak akan ambil tanah walau seincipun kerana tanah adalah milik rakyat, bukan hak pemimpin.

“Bukti ini anda boleh lihat di Selangor di mana kita bukan sahaja tidak mengambil tanah, malah masalah tanah rakyat yang diabai Umno BN sekian lama kita selesaikan sebaik diberi mandat mentadbir negeri,” kata Azmin lagi. - keadilandaily.

Sapu Tanah 1Malaysia - UMNO Subang 'pass' kat UMNO Kelana Jaya pula...

UMNO Subang: Tanah diserah pada UMNO Kelana Jaya...

Bekas ketua Umno Subang Datuk Mokhtar Dahlan menyerahkan isu tanah milik Umno yang kini didakwa menjadi tapak kondominium untuk dijelaskan pemangku ketua Umno Kelana Jaya Datuk Yahya Bujang.

Mokhtar berkata demikian memandangkan tanah berkenaan diserahkan kepada Umno Kelana Jaya selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya 2004.

Beliau sebelum itu mengakui bahawa Umno Subang sebelum itu menerima tanah bagi tujuan mendirikan bangunan Umno bahagian.

"Kita (Umno Subang) mohon (tanah dan) dapat dan selepas persempadan baru wujud bahagian Subang Baru dan Subang Lama," katanya.

Bahagian Subang baru kemudian dikenali sebagai Umno Subang dan bahagian Subang Lama dikenali sebagai Umno Kelana Jaya, katanya.

Menurutnya lagi, pada itu Umno Malaysia mengarahkan agar aset Umno bahagian yang dipecah-pecahkan selepas persempadanan semula, dibahagikan sama rata dengan bahagian baru.

Namun beliau pada masa itu memutuskan untuk menyerahkan tanah tersebut untuk ditadbir Umno Subang Lama.

"Saya serahkan (tanah) kepada pentadbir Subang yang lama.

 "Yang menguruskan transaksi (tanah Umno) Subang adalah di bawah Datuk Yahya Bujang.

"Urusniaga itu (berlaku) di bawah beliau," katanya ketika diminta mengulas mengenai tapak tanah yang dikunjungi DAP semalam.

Tambahnya lagi, beliau sendiri sudah memaklumkan dakwaan terbaru DAP berhubung dakwaan berhubung tanah berkenaan kepada Yahya.

Beliau menjangkakan, Yahya akan menjelaskan perkara itu sekembalinya dari luar negara pada minggu depan.

DAP semalam mengunjungi kawasan kondominium Suria Damansara, yang didakwa diperolehi Umno Subang pada tahun 2004 dengan harga pada RM1 sekaki persegi dan kini bernilai RM200 sekaki persegi.

MP DAP Tony Pua yang turut mengunjungi kawasan tersebut mendakwa tanah berkenaan kini menjadi tapak projek Suria Damansara – kondominium 200 unit yang setiap satunya dianggarkan berharga RM450,000, dakwanya lagi.

Kunjungan ke tapak berkenaan dibuat susulan pendedahan ADUN Sekinchan Ng Suee Lim pada bulan lalu bahawa BN membeli 24 keping tanah di Selangor pada harga hanya RM1 sekaki persegi sekitar tahun 2004 ke 2008.

Ketua penerangan Umno Selangor Abdul Shukor Idrus yang mengulas pendedahan itu berkata tanah berkenaan tidak diberi kepada individu, sebaliknya digunakan untuk kepentingan rakyat.-malaysiakini


Timbalan Ketua DAPSY Selangor, Tiew Way Keng bercakap 
dengan pemberita di luar Ibu Pejabat SPRM Selangor.
 Laporan skandal Sapu Tanah 1Malaysia oleh UMNO Selangor diserah kepada SPRM...

DAP hari ini mengemukakan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung skandal “sapu tanah” oleh Barisan Nasional (BN) Selangor di 24 bidang tanah negeri berkenaan. 

Pemuda Sosialis DAP Selangor (DAPSY) turut menyerahkan dokumen berkenaan kesemua 24 bidang tanah di Ibu Pejabat SPRM Selangor di sini yang menunjukkan 15 daripadanya dimiliki Umno Selangor, lima MCA, tiga MIC, dan satu oleh Gerakan.

“Ini merupakan bahagian ketiga pendedahan kami berhubung skandal tanah di Selangor, selepas dibangkitkan Adun Sekinchan, Ng Suee Lim.

“Kami mengharapkan SPRM akan dapat menjalankan siasatan terperinci berhubung perkara ini sama ada berlakunya penyalahgunaan kuasa atau tidak,” kata Timbalan Ketua DAPSY Selangor Tiew Way Keng kepada pemberita.

Jelas Tiew, daripada dokumen yang diserahkan DAPSY hari ini, terdapat satu lot tanah di mukim Klang, yang menamakan pemiliknya berkongsi antara Umno Kota Raja dan juga Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Daripada carian kami, terdapat satu lot tanah di mukim Klang yang berstatus bangunan perniagaan dengan tiga daripada tujuh bahagiannya dimiliki MBSA, dan baki empat bahagian lagi dimiliki oleh Umno Kota Raja.

“Ini nampak tidak berapa normal ... dan kami turut mengalu-alukan Umno Kota Raja untuk memberikan penjelasan,” kata Tiew lagi.

Beliau menggesa Umno untuk menjelaskan dengan lengkap isu berkaitan 24 bidang tanah berkenaan sekiranya mereka benar-benar telus dan memiliki nilai akauntabiliti.

Selasa lalu, DAP Selangor mendedahkan Umno negeri berkenaan menjual dua ekar tanah di Kelana Jaya untuk mengaut keuntungan dan bukannya membangunkan pusat komuniti.

Tanah berkenaan adalah antara 24 bidang didakwa Pakatan Rayat (PR) Selangor dijual kepada parti komponen BN sewaktu negeri tersebut di bawah pemerintahan mereka.

Menurut Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua, lot tanah di Kelana Jaya itu dijual kepada Umno Selangor pada kadar RM1 sekaki persegi atau sejumlah RM87,000, di bawah harga pasaran iaitu bernilai RM17.5 juta.

Ketika sidang media semasa lawatan ke tanah berkenaan, beliau berkata kepada pemberita, BN mempertahankan tindakan mereka dengan mengatakan tanah itu digunakan untuk tujuan kemasyarakatan dengan membina dewan serbaguna dan taman asuhan kanak-kanak untuk masyarakat setempat.

“Namun, apa yang berlaku, tanah yang dibeli Umno Selangor itu dijual kepada pemaju untuk didirikan kondominium kos sederhana,” katanya.

Pua turut menambah, nilai pembangunan 200 unit kondominium berkenaan dianggarkan melebihi RM900 juta, dengan setiap unit bernilai sehingga RM450,000.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu menuntut keuntungan daripada penjualan tersebut diserahkan kepada kerajaan negeri atau diserahkan kepada rakyat Selangor.

Kelab Penyokong Kerajaan PR Selangor bulan lalu mendedahkan berlakunya “projek sapu tanah” oleh parti komponen BN di Selangor yang melibatkan 24 keping tanah yang bernilai RM300 juta.

Kegiatan itu didakwa berlaku di tujuh daripada sembilan daerah negeri tersebut yang dijual pada harga RM1 sekaki persegi semasa pemerintahan BN antara tahun 2000 hingga 2008.

Daripada jumlah itu, 15 daripadanya dimiliki Umno Bahagian atau Cawangan, dengan enam daripadanya dimiliki Ketua Bahagian Umno Sungai Besar, yang pada masa itu diketuai oleh bekas Menteri Besar Dr Khir Toyo.

Turut dikaitkan dengan skandal tersebut adalah bekas Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu, bersama S. Subramaniam dan Almarhum Tan Sri SOK Ubaidullah, yang merupakan pengasas MIC, yang didakwa dinamakan sebagai pemegang amanah untuk tanah berkeluasan 2,832 di Kuala Selangor.-malaysian insider


Land handed to Kelana Jaya UMNO, says Subang UMNO...

Subang Umno has now passed the buck over to Kelana Jaya Umno acting chief Yahya Bujang over the issue of a condominium now sitting on piece of land obtained cheaply from the previous BN Selangor government for “community purposes”.

NONEAlthough admitting that Subang Umno received the land for the purpose of erecting the division party’s headquarters, former Subang Umno division chief Mokhtar Dahlan (right) said the land had, however, been handed over to Kelana Jaya Umno following a re-delineation exercise in 2004.

"Subang Umno applied for the land and obtained it, and after the re-delineation was done, there exists two divisions, namely Subang Baru and Subang Lama”.

Subang Baru, he said, remained as the Subang Umno division while Subang Lama division is now known as Kelana Jaya.

According to Mokhtar further, Umno had directed that all assets of the division be divided following the re-delineation, and so it was divided equally with the new division.

However, he had decided that the land in contention be given to then Subang Lama Umno division.

“I handed the land to Subang Lama division as the land transaction was done under Yahya,” said Mokhtar when asked on the issue following a recent visit by a DAP delegation to the land.

Yahya has been informed

Mokhtar said he had personally Yahya of the allegations made by DAP.

“I expect him (Yahya) to explain the matter after he comes back from overseas next week,” he said.


NONEOn Tuesday, it was reported that the a DAP delegation, led by its national publicity secretary Tony Pua (left, in photo), visited the land alleged to have been purchased by Umno in 2004 at RM1 per square foot (psf)

They found that the land had been developed into the 200-unit Suria Damansara condominium, which they claimed is now worth RM200psf.

The project was launched in 2006 and is now fully occupied and Pua, who is also Petaling Jaya Utara MP, had claimed that the condominium is now priced at RM450,000 a unit.

It was reported last month that Sekinchan assemblyperson Ng Suee Lim (centre, in photo) had revealed that between 2000 and 2008, BN component parties had acquired 24 plots of land in Selangor at a mere price of RM1psf.


Ng, who was also present during the visit to the condominium, had initially estimated the total value of those lands at RM20 million but later revised it to RM300 million after factoring in the appreciation following the developments conducted on them.

However, Selangor Umno information chief Abdul Shukor Idrus had replied that the cheap lands were used solely for the community’s interests such as or the building of community and multi-purpose halls.-malaysiakini

Pua to Chua: Let’s visit ‘Umno land’

 

 

 cheers.

No comments: