04 December 2012

Keluarga bekas PM terlibat dlm pebekalan meter elektronik TNB yang baru...

PKR hari ini mendakwa keluarga bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi terlibat dalam pembekalan meter melalui program penggantian meter analog kepada elektronik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Pengerusi Biro Pelaburan PKR, Wong Chen berkata, syarikat Obata-Ambak Holdings Sdn Bhd yang dimiliki Noor Asiah Mahmood(kiri), adik kepada isteri pertama Abdullah, Allahyarhmah Tun Endon Mahmood, memiliki 15 peratus pegangan saham dalam Malaysian Intelligence Meters Sdn Bhd, salah sebuah daripada lima syarikat yang membekalkan meter elektronik tersebut kepada TNB.

Beliau turut berkata, program yang dihentikan sementara waktu atas arahan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau, dan Air (KeeTha) Datuk Seri Peter Chin Fah Kui pada Oktober lalu menunjukkan pengguna akan membayar sebanyak RM6.88 bilion kepada keuntungan TNB dalam tempoh 10 tahun.

“Kajian kami menunjukkan TNB mempunyai 8.03 juta pengguna sekarang ini dan harga purata setiap meter berharga RM250.

“Justeru itu, program ini berpotensi mencapai sehingga RM2 bilion.

“Untuk tahun kewangan 2012, hasil TNB daripada semua pengguna adalah RM34.4 bilion.

“Jika meter elektronik ini memberi peningkatan konservatif dua peratus, beban tambahan pengguna adalah sebanyak RM688 juta setahun.

“Memandangkan jangka hayat meter ini adalah 10 tahun, pengguna akhirnya akan membayar sehingga RM688 bilion kepada TNB bagi tempoh itu,” kata Wong Chen kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang turut hadir ketika sidang media itu berkata, isu itu bukan lagi isu kecil kerana pengguna dibebani peningkatan sehingga 50 peratus kos bil elektrik mereka.

“Justeru, PKR menggesa ketelusan dan kebertanggungjawaban TNB dalam perkara ini untuk mendedahkan siapa pembekal meter elektronik ini, harga yang dibayar untuk meter ini, adakah harganya berdaya saing mengikut standard tempatan dan antarabangsa, dan adakah tender dibuat secara terbuka atau runding terus?” tanya Nik Nazmi.

“Kami juga menuntut diwujudkan badan bebas yang dibiayai TNB bagi menyiasat aduan pengguna yang diberi kuasa menguji meter baru sebagai penimbangtara dan membuat dapatan bebas yang mengikat TNB dan pengguna,” kata Adun Seri Setia itu lagi.

Oktober lalu, Peter Chin berkata TNB menghentikan penggantian meter elektrik analog kepada elektronik sehingga satu prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Perkara itu diputuskan selepas aduan diterima daripada pengguna mengatakan bahawa penggantian meter analog kepada meter digital baru membawa kepada kadar bil elektrik yang tinggi, termasuk caj “retrospektif”.

“Operasi masih akan diteruskan tetapi tugas pertama kami adalah mendidik orang ramai mengenai meter baru,” kata Peter Chin.

Beliau, bagaimanapun, berkata penggantian masih akan dilakukan terhadap meter isi rumah yang rosak dan meter pengguna yang disyaki mengalami kecurian.- malaysian insider

PKR kait ahli keluarga Pak Lah dengan projek meter

Siasat aduan bil elektrik naik lepas TNB tukar meter – Nik Nazmi...

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa satu badan bebas diwujudkan untuk menyiasat aduan kenaikan bil elektrik selepas Tenaga Nasional Berhad (TNB) menggantikan meter analog pengguna kepada meter elektronik.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu, 22 aduan diterima daripada pengguna yang mendakwa bil mereka meningkat antara 20 hingga 50 peratus selepas TNB menjalankan operasi penggantian meter tersebut.

Katanya, badan itu perlu menyiasat aduan berkenaan berikutan TNB mendakwa meter baru itu memberi bacaan lebih baik dan tepat.

Beliau menyarankan agar badan itu diberi kuasa untuk memeriksa meter elektrik yang didakwa memberikan bacaan meragukan.

“Badan ini sepatutnya diberi kuasa untuk menguji meter baru sebagai pengimbangtara dan membuat dapatan bebas yang mengikat TNB dan pengguna,” katanya dipetik Malaysiakini.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Pengerusi Biro Pelaburan KEADILAN, Wong Chen, di sini hari ini.-keadilandaily

Pak Lah’s kin linked to power meter supply storm...

The family of former Prime Minister Tun Abdullah Ahmad Badawi was linked today to a company that supplies the controversial digital electricity meters to Tenaga Nasional Berhad (TNB) alleged to have hiked up energy consumption bills and gained the national utility company billions of ringgit in profit.

According to PKR’s investment bureau chief Wong Chen, Noor Asiah Mahmood, who is the younger sister to Abdullah’s (picture) first wife, the late Tun Endon Mahmood, owns a 15 per cent share in Ombata-Ambak Holdings Sdn Bhd, which is one of five companies contracted by TNB to supply the new digital meters.

Wong alleged that the programme to switch analogue power meters for digital ones had showed consumers would be contributing RM6.88 billion to TNB’s profit over the course of 10 years. The programme has been stopped temporarily on the orders of Energy, Green Technology and Water Minister Datuk Seri Peter Chin Fah Kui since October.

“Our research shows TNB has 8.03 million consumers now and the average price for each meter is RM250, therefore this programme had the potential to reach RM2 billion.

“For the financial year 2012, TNB’s revenue from all consumers is RM34.4 billion, if the electronic meter had given a conservative raise of two per cent, the additional burden on consumers would be as much as RM688 million a year.

“Seeing as the life expectancy of this meter is only 10 years, consumers would ultimately have to pay as much as RM688 billion to TNB for that duration,” Wong told a news conference at the opposition party’s headquarters here.

PKR strategy director Nik Nazmi Nik Ahmad, who was also present, said the issue was not a small matter as consumers would have to pay up to 50 per cent of the cost of their power bills.

“Therefore, PKR urges TNB to be transparent and responsible in this matter to reveal who are the electronic meter suppliers, the price paid for the meters and whether it was competitively priced at local and international standards, and whether an open tender had been called or was it a direct negotiation?” Nik Nazmi asked.

The Seri Setia state lawmaker also called for TNB to fund an independent body to investigate consumer complaints on the new meters and to act on the findings that bind the utility company to consumers.
Last October, Chin said TNB had halted the replacement of analogue electricity meters with electronic meters until a standard operating procedure could be fixed.

He had made the decision after receiving public complaints saying power consumption had spiked after switching to the new digital meters, causing them to be also billed “retrospectively”.
“This operation will go on but our main task is to educate people on the new meter,” the minister had said then.

However, Chin had said replacing the analogue devices with the new meters would continue for households where the electricity meters were damaged or suspected to have been tampered with, resulting in losses.- malaysian insider






cheers.

1 comment:

ketikketok said...

".. to love is to care, to care we must share..."
get some and feel awesome at BBC MARDI Station CH39000