19 April 2012

Selangor - tiada p/raya selagi daftar tak bersih...

Pakatan Rakyat mencadangkan Kerajaan Negeri Selangor tidak mengadakan pilihan raya serentak dengan Kerajaan Persekutuan selagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membersihkan daftar pemilih.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) berkata, kerajaan Selangor dicadang berbincang dengan SPR untuk menyelesaikan isu daftar pemilih ini.

"Sekiranya pilihan raya diadakan dalam masa terdekat kemungkinan besar negeri Pakatan tidak akan turut serta terutamanya Selangor.

"Negeri-negeri lain masih membincangkannya tapi Selangor kami mahu menunggu daftar pemilih benar-benar bersih dan SPR perlu berbincang dengan semua parti dalam Pakatan dan BN di Selangor untuk memastikan tidak ada penipuan dalam pilihan raya.

"Tapi untuk persekutuan kita tidak ada upaya dan percaya pilihan raya akan diadakan dalam masa singkat," kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen hari ini.

Anwar juga berkata, Pakatan amat kesal dengan kegagalan SPR membersihkan daftar pemilih meskipun perkara itu telah dibawa ke Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai penambahbaikan pilihan raya (PSC).

"Kita amat kesal kerana janji SPR membersihkan daftar pengundi belum ditunaikan.

35 peratus pengundi baru di Selangor

"Sehingga Disember 2011, di Selangor sahaja ada pertambahan hampir setengah juta pengundi baru.

"Sebanyak 398,300, yang pindah masuk 91,000 jumlahnya 489705.

"Ini merupakan 35 peratus undi Selangor.  Bukan isu pertambahan tapi perpindahan kawasan tanpa pengetahuan dan nama belum dikenal pasti," katanya.


Perkara tersebut turut disokong Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sambil menambah pilihan raya tidak wajar diadakan sebelum kerajaan melaksanakan kebebasan media.

"Indonesia, Filipina termasuk Myanmar sudah membuat perubahan mengikut desakan antrabangsa.

"Selagi hal-hal ini belum berlaku dengan cara yang sebaiknya adalah tidak wajar BN mengumumkan tarikh pilihan raya dengan segera semata-mata kerana dijamin boleh menang," katanya.

Seru sertai Bersih 3.0

Sementara itu, penasihat DAP, Lim Kit Siang menyeru rakyat menyertai Bersih 3.0 bagi menuntut pilihan raya yang bersih.

"Kita menyeru semua rakyat Malaysia keluar  menjayakan Bersih 3.0 untuk menunjukkan rakyat mahu pilihan raya yang bersih," katanya.-harakahdaily





Selangor most likely to delay polls...

Simultaneous polls will most likely not be held by Pakatan Rakyat-led states following the Election Commission's "failure" to address alleged discrepancies in the electoral roll, said Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 

While Kelantan, Penang and Kedah have yet to reach a decision, Anwar confirmed that the matter is being seriously considered by the PKR-led Selangor government, following heightened speculations of an impending general election.

"Particularly in Selangor, I have proposed that we do not dissolve the state assembly until actions are taken to clean up the electoral roll," he told reporters after chairing the Pakatan Rakyat Supreme Council meeting at its office in Parliament.

He noted that until December last year, Selangor has registered almost 500,000 new voters, raising concerns of possible voter "manipulation".


Selangor Mentri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim had previously indicated that the state assembly will not be dissolved before June this year, in order for successful implementation of initiatives introduced under the state 2012 Budget.

Pakatan Rakyat had repeatedly raised various concerns over integrity of the electoral role, despite insistence from the EC that actions have been taken to clean up the list.

The EC yesterday held a meeting to discuss implementation of 22 recommendations made in the Parliamentary Select Committee for Electoral Reforms final report which was passed in Parliament on April 3 without debate.

EC chairman Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof had on Monday stressed that the commission has agreed to implement eight out of 10 proposals contained in the PSC's interim report.
-theSundaily






cheers.

No comments: