27 April 2012

Sah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR memang tatang teloq UMNO...

NONEPKR hari ini mendedahkan butiran keahlian Umno dua pemimpin paling penting dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melibatkan Pengerusi Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa, Abdul Aziz menjadi anggota cawangan Sri Ampang Baru (bahagian Ampang) manakala Wan Ahmad pula di cawangan Kubang Bunggor (Pasir Mas) di Kelantan.


Nombor keahlian keanggotaan turut disertakan dalam kenyataannya yang dikeluarkan hari ini.


"Seorang yang diamanahkan menduduki jawatan sebagai anggota SPR hendaklah diyakini bebas, tidak berpihak dan ‘non-partisan'.


"Ternyata pengerusi dan timbalan pengerusi SPR gagal dalam ujian asas ini apakala terbukti mereka berdua sah menjadi ahli Umno...," kata Saifuddin.


Saifuddin semalam dilaporkan
mencabar kedua-dua orang kuat SPR itu supaya menafikan menganggotai parti Umno atau beliau akan mendedahkan butiran keanggotaan mereka hari ini.

Katanya, anggota panel SPR tidak sepatutnya condong kepada mana-mana parti politik agar dilihat berkecuali dan bertindak dengan tidak memihak.


Saifuddin yang juga anggota parlimen Machang juga menegaskan bahawa kepercayaan awam syarat tonggak dalam kriteria pelantikan seseorang anggota dalam SPR.


"Kita berpendapat jalan terbaik untuk kedua-dua mereka membantu mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kewibawaan institusi SPR lebih-lebih lagi pada ketika Malaysia akan menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang ialah segera meletak jawatan," kata Saifuddin.

 
Pengakuan Aziz, Wan Ahmad
 

Sementara itu, Sinar Harian hari ini memetik Abdul Aziz sebagai berkata beliau tidak pernah mendaftar atau memohon untuk menjadi ahli Umno, walaupun tidak menolak kemungkinan namanya tersenarai dalam parti tersebut.

NONE"Saya tak ingat langsung bila dan di mana saya pernah menjadi ahli Umno, boleh jadi ada mana-mana pihak memasukkan nama saya selepas tamat universiti, awal 70-an," katanya.

Manakala Wan Ahmad pula terus terang mengaku pernah menjadi ahli Umno tetapi tidak pernah hadir sebarang aktiviti dan mesyuarat parti serta "tidak pernah mengambil tahu".

"Kakitangan awam tidak dibenarkan aktif dalam mana-mana parti. Sekiranya mahu aktif, mereka perlu lepaskan jawatan dipegang," beliau dipetik sebagai berkata.

Kedua-dua mereka berkata sentiasa telus menjalankan amanah dan tidak pernah berat sebelah. Wan Ahmad juga menyatakan hasrat bertemu Saifuddin bagi mengetahui motif pemimpin pembangkang itu.





EC chief, deputy are 'registered Umno members'...

PKR has revealed the Umno divisions in which the Election Commission (EC) chairperson and deputy chairperson are registered as members.

In a press statement today, PKR secretary-general Saifuddin Nasution Ismail said that EC chief Abdul Aziz Yusof is registered in Umno’s Ampang division, while his deputy Wan Ahmad Wan Omar is registered in Pasir Mas.


NONEThis comes after PKR alleged yesterday that the top two EC officials are Umno members.

Saifuddin (left) made the accusation in an exclusive interview with Malay language daily Sinar Harian published yesterday, where he said the EC’s top two should have terminated their Umno memberships for the sake of being neutral in carrying out their duties.

Claiming to have “solid evidence” to back up his allegations, Saifuddin gave the duo until the end of the yesterday to deny the allegations or he would unveil proof.


The EC chief this morning responded denying any knowledge if and when he had become a Umno member.

 
Meanwhile his deputy admitted he was a Umno member, but said it took place a long time ago and he could not remember any details.

Both stressed the matter had not impacted their duties with the EC.


'Both must step down'

Saifuddin is however adamant the chairman and his deputy must resign from the EC to regain public trust, particularly with the 13th general election looming.

The PKR secretary-general today disclosed Abdul Aziz’s and Wan Ahmad’s Umno membership details as proof.

According to Saifuddin, the EC chief is registered with Ampang Baru branch in Ampang, Selangor.

The deputy chief is a member of Kubang Bunggor branch, Pasir Mas, Kelantan.

Urging them to quit their posts immediately, Saifuddin said: “Public trust is the main requirement to run the EC and its officials have to be impartial and non-partisan. Both of them have failed this test.”

Abdul Aziz took over from Abdul Rashid Abdul Rahman as the EC chief at the end of 2008 after the 12th general election in March that year, while Wan Ahmad was appointed as the deputy in 2007.




Breaking News

Police get court order, Dataran off-limits for 4 days...

The Magistrate’s Court has issued a court order barring Bersih 3.0 from the vicinity of Dataran Merdeka, Kuala Lumpur tomorrow until May 1, said Bersih.

According to the notice issued yesterday evening, the ban includes roads leading to the iconic landmark.

 
Meanwhile, early this morning the Kuala Lumpur City Hall (DBKL) began a lockdown of Dataran Merdeka where the sit-in protest is to take place.

The coalition for free and fair elections Bersih is adamant on its sit-in tomorrow to call for electoral reform, adding that recent amendments to the Election Offences Act was reason enough to justify the rally.

source:malaysiakini








azlan

cheers.

No comments: