18 April 2012

Ingat Zahid, apa kamu kata kepada Sultan Kelantan...

“Tiba-tiba meletup berita, ada ahli Parlimen Pakatan Rakyat hina Yang di-Pertuan Agong ketika hari pertabalan baginda di Istana Negara,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
 

Katanya, berita itu menjadi sensasi apabila media memainkannya dan ditambah pula oleh perasa tambahan  daripada pemimpin Umno dan NGO yang sewaktu dengannya.

“Jika benar berita ini, sila bertindak segera ke atas pelaku tersebut. Negara kita ada undang-undang. Isu ini tidak boleh diselesaikan melalui media,” tegasnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily sebagai mengulas Datuk Seri Zahid Hamidi, Naib Presiden Umno yang mendesak supaya menubuhkan suruhanjaya untuk menyiasat insiden di Istana Negara itu.

Dalam isu menghina Raja, katanya Zahid jangan berlakon untuk hendak memburu siapa yang menghina Raja.

“Bukankah Zahid Hamidi orang yang pernah keluar kenyataan yang biadab kepada bekas Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra mengatakan baginda tidak layak menduduki takhta Sultan?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, kalau Zahid lupa, beliau boleh merujuk Berita Harian bertarikh 11 Februari 1993.

“Siapa Zahid? Adakah beliau Ahli Majlis yang terlibat menentu seorang Raja?

“Adakah Zahid keturunan Raja sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan demikian rupa?” tanya Idris lagi.


Beliau berkata, Tan Sri Rahim Tambi Chik juga pernah menyatakan supaya amalan panggilan patik yang digunakan sewaktu berkomunikasi dengan sultan dihentikan, memadai dengan  menyatakan "saya Tuanku" sebagaimana laporan Berita Harian pada  3 Februari 1993.

“Isu ini sengaja dibangkitkan melalui media sebagai usaha untuk menunjukkan Pakatan Rakyat benci kepada institusi Raja manakala Umno pula dilihat pembela institusi Raja,” ujarnya.


Walaupun hakikatnya, kata Idris satu dunia tahu bahawa pemimpin Umno dan media Umno memperalatkan Islam, Raja dan Melayu untuk modal politik ketika parti itu tersepit.
Faktanya, tambah beliau selama ini ketiga-tiga perkara itu Umnolah yang khianat.

Menurutnya lagi, mereka akan berlakon sebagai hero dan pembela kepada tiga institusi itu ketika nyawa Umno berada di hujung halkum.- harakahdaily





Azmin, Tian Chua deny ridiculing Malay rulers...

PKR deputy president Azmin Ali and veep Tian Chua have denied that they ridiculed the Malay rulers during the installation of Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah as Agong on April 11.

Azmin, who is Gombak MP, was quoted by
Berita Harian as questioning the presence of Dr Rahman Kadir, a medical officer, in the installation hall.


NONE"I do not know what allegations were made, but this shows that the Umno and BN propagandists are not able to answer the issues faced by the people," Azmin was quoted as saying.

Chua, who is the Batu MP, questioned the need for a royal commission of inquiry (RCI), which some NGOs have urged to be set up to investigate the allegations against him and Azmin.


He said he would also consider legal action against Utusan Malaysia for reporting the allegation from Rahman's blog without verifying the facts.

Utusan Malaysia reported today that Azmin had avoided answering questions it had asked.

It also said the National Silat Exponents Association support the formation of a RCI to look into the matter.

Meanwhile, Selangor Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim said he is willing to meet the Agong to explain the situation.

"This is just a small issue raised for political gain. It should not have been raised while the people are rejoicing over Tuanku Abdul Halim's installation," he said.

"I got to know His Majesty before I became Selangor menteri besar. He is humble, approachable and is always concerned about the people. I am willing to meet him to explain the situation," said Khalid.- malaysiakini



Dakwa hina Raja, Dr. Mariah akan saman


video



cheers.

1 comment:

Anonymous said...

Dunia politik bagaikan berkasta dan bertali arus mengikut pola pemerintahan yang bercorak kepada stail atau era pentadbiran pm sejak dulu dizaman Mahathir lagi. Apakah kita lupa siapa yang menyanggah kuasa raja-raja sebelum ini. Lalu ianya dikatakan untuk meminimakan konsep perundangan dalam perlembagaan diraja. Lantaran manusia yang tak sedar diri itu meresapkan rasa tidak hurmat kaum kepada sistem beraja negara ini. Sehingga kini masih berbahang dan tidak terhurai simpulannya, kini timbul pula jaguh Si Zahid yang seolah-olah nak mewariskan omongan Mahathir pada era ini. Alhamdulillah, raja-raja melayu tetap unggul selama-lamanya!