23 April 2012

Ibrahim 'the Katak' Ali & geng nak 'tibai' Anwar di Permatang Pauh...

NONE Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) bertekad akan menentang ketua pembangkang itu pada pilihan raya umum ke-13.

Penerajunya, Muhammad Zahid Md Arip berkata, beliau tidak gentar, sebaliknya bersedia berhadapan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen Permatang Pauh sekiranya diberi peluang.

"Andai (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Abd Razak) menamakan saya atau arahkan saya bertanding dengan Anwar di Pematang Pauh, saya sedia turun tentang Anwar," katanya dalam ucapan di majlis pelancaran TIBAI di Kuala Lumpur semalam.

Pelancaran TIBAI disempurnakan oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali di ibunegara malam tadi.

Turut hadir ialah senator Datuk S Nalakaruppan, Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong dan bekas setiausaha sulit Anwar, Anuar Shaari.

Sebagai simbolik pelancaran, Ibrahim dan beberapa pimpinan TIBAI memegang rotan dan memukul gambar Anwar sebagai tanda 'tibai'.

Selain itu, Muhammad Zahid berkata, TIBAI nekad akan menjatuhkan Anwar "sehingga ketitisan darah yang terakhir".

"Kita akan kumpulkan sahabat-sahabat yang pernah menyokong Anwar. Walaupun kita pipit, tetapi dengan sokongan yang ada, kita mampu menggoncangkan Anwar hingga titisan darah yang terakhir," katanya disambut tepukan hadirin.

TIBAI ditubuhkan pada 18 April lalu yang bertujuan untuk menolak Ketua Umum PKR itu daripada menjadi perdana menteri dan seterusnya daripada arus politik semasa.

Menurut Muhammad Zahid, TIBAI dijangka mengadakan siri jelajah bagi memberi penerangan siapa sebenarnya Anwar yang akan memberi fokus kepada empat negeri iaitu Wilayah Persekutuan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

"Kita akan buat siri jelajah. Bila? Kita akan adakan sidang media pada waktu terdekat," katanya.
- malaysiakini



Penghinaan Terhadap Anwar Tidak Memberi Bekas...
Malam tadi telah dilancar secara rasmi sebuah Ngo yang bertujuan khusus untuk menyerang peribadi Anwar Ibrahim. Perlancaran itu dilakukan oleh presiden Perkasa(m), .. lupa nama. Ngo ini entah yang ke berapa dalam urutan Ngo di Malaysia yang seracunya dan juga disertai oleh muka-muka masam dan 'komoh' yang sama. Di Malaysia ini jangan pelik kalau seseorang individu itu menyertai lebih dari 10 buah Ngo yang berlainan jenama atau pun yang anggotanya suami isteri saja.

Malang sedikit mereka tidak pernah menukar wajah atau mengenakan topeng setiap kali menyertai Ngo. Itulah menyebabkan orang mudah mengenali mereka.
Mereka juga pakai kosmetik serupa sahaja. Penubuhan Ngo di Malaysia sudah menjadi seperti cendawan tumbuh selepas hujan mutakhir ini. Apakah ini penyakit orang Melayu yang gemar mengikut dan menurut apa yang orang lain buat.

Mereka semua adalah orang yang tidak tetap pendirian dan rosak akal. Hari ini mereka bersama kumpulan politik ini, esok pula kumnpulan lain. Hari ini mereka menentang parti ini esok menyokong setinggi langit. Hari ini memuji dan menyanjungi pemimpin dan tokoh ini, esok mereka akan keji dan hina sehina-hinanya. Inilah wajah dan keperibadian ketua-ketua Ngo itu.
Kedudukan ini menyebabkan Anwar perlu merasa bertuah kerana dirinya boleh membantu individu berkenaan yang sebelum ini juga merupakan kawan-kawannya dapat mencari makan. Mereka ini jenis tidak boleh berburu sendiri melainkan menumpang bangkai seperti dubuk. Tetapi dengan adanya Anwar mereka mendapat upah atau bekalan makanan apabila bekerja sebagai penyerang Anwar membuat fitnah dan serba serbinya.

Justeru Anwar tifdak perlu merasa sedih atas apa yang berlaku. Sebalik beliau perlu merasa gembira dan syukur kerana dirinya masih dijadikan modal dan dapat berbakti kepada banyak orang. Batang tubuh dan kisah dirinya bolerh dijadikan sumber rezeki untuk individu tertentu. 
Mereka tidak akan menyerang dan melanyak Anwar kalau tidak diupah sesenduk nasi. Mereka semua adalah serigala yang dipecut dan diberikan setongkol daging yang tidak dibasuh.- Mohd.Sayuti Omar,msomelayu.blogspot

Baca seterusnya di sini


Perkasa to launch campaign against Anwar
Malay rights group Perkasa will launch a campaign to “expose” opposition leader Anwar Ibrahim, said its president, Ibrahim Ali.

Blaming Anwar for putting the Malay political power in disarray, Ibrahim said the opposition leader’s antics were also damaging to PAS, but benefited the DAP.  


He was speaking to reporters at the launch of the ‘Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim’ (Tibai) roadshow in Kuala Lumpur last night.


Meanwhile, Ibrahim said he was willing to stand against Anwar in the Permatang Pauh parliamentary constituency in the next general election if he was given the opportunity to do so.


He said Tibai was made up of 28 member groups.- malaysiakini


Anwar lebih daripada  dicibai dan ditibai...tapi nampaknya Anwar masih steady saja. 

Mudah2an para pendokong cibai dan tibai ini turunlah ke Permatang Pauh dalam PRU ke 13 ini dan sama2 kita tengok siapa yang bakal ditibai....


Jom Bersih 3 pada 28/4/12...






 cheers.

No comments: