05 April 2012

Najib bertanggungjawab 'task force' meMalaysiakan warga asing...

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah orang yang paling bertanggungjawab atas kewujudan 'task force' yang memberi taraf kerakyatan kepada warga asing, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. "

Apabila 'task force' itu memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti, tak mungkin mereka diberi kerakyatan untuk memilih mana-mana parti. Tentulah mereka dikehendaki memilih Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh Najib sahaja.
"Lebih penting lagi, tak mungkin 'task force' seperti itu boleh wujud tanpa keizinan dan persetujuan Perdana Menteri memandangkan sebahagian dari yang terlibat itu adalah pegawai-pegawai kerajaan berprofil tinggi," katanya.
 
Bagi Salahuddin, apa yang berlaku itu adalah satu pengkhianatan yang sangat keji ke atas kedaulatan negara dan undang-undangnya.

"Lebih malang lagi, bolehkah kita mendakwa bahawa Perdana Menteri bukanlah boss besar kepada 'task force' itu?

"Apabila berlaku pengkhiantan, bolehkah kita mendakwa Perdana Menteri tidak mengetuai pengkhianatan terhadap negara itu?" katanya.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga yakin projek memenangkan BN yang melibatkan 'task force' itu pasti menggasak wang rakyat dalam jumlah yang sangat besar.

"Selepas diberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti, tentulah wajib diadakan sistem pemantauan dan ugutan untuk memastikan warga asing berkenaan mengundi BN.

"Semua itu tentulah menggasak begitu banyak wang rakyat. Tak mungkin Najib dan para pemimpin Umno dan BN mahu mengeluarkan wang dari poket sendiri untuk membiayai projek memenangkan BN itu," kata Salahuddin.

Malah, katanya, pelbagai kesan dan akibat dari tindakan membanjirkan negara ini dengan warganegara asing yang diberi taraf kerakyatan itu juga akan memakan belanja yang luar biasa besar.

"Dengan taraf sebagai warganegara semata-mata kerana hendak memenangkan Umno dan BN, mereka juga akan mendapat pelbagai keistimewaan yang sememangnya dinikmati oleh rakyat negara ini. Semua itu akan memakan belanja berterusan yang sangat besar jumlahnya.

"Negara terpaksa menangung beban tambahan berterusan semata-mata kerana hendak memenangkan Umno dan BN. Itu belum lagi diambilkira kesan dan masalah sosial yang tidak dapat dielakkan akan tercetus," kata Salahuddin.


Sebab itulah beliau yakin, 'task force' tersebut akan menjadi pencetus kemarahan rakyat dan mereka akan membanjiri ibu negara dan tempat-tempat perhimpunan lain yang ditentukan di seluruh negara pada 28 April ini.

Bersih 3.0 menetapkan 28 April ini untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran duduk bantah di Dataran Merdeka dan di tempat-tempat lain yang ditentukan di seluruh negara.

"'Task force' itu pasti menjadi satu lagi penyebab utama yang mendorong seramai-ramai rakyat berhimpun dalam perhimpunan Bersih 3.0 seluruh negara 28 April ini.

"500,000 duduk dan bantah di ibu negara bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai oleh perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini," kata beliau.

Salahuddin tidak menolak kemungkinan besar PAS akan menubuhkan 'task force'nya sendiri bagi menghadapi kerja jahat 'task force' itu.-harakahdaily




Mahfuz making up 'evil fairy tales', says EC...

EC deputy chairperson Wan Ahmad Wan Omar has vehemently denied claims by PAS MP for Pokok Sena, Mahfuz Omar, that he is involved in a ‘task force' to naturalise foreigners to allow them to vote.
 
NONEIn a text message to Malaysiakini, Wan Ahmad (right) said Mahfuz, who named him at a press conference yesterday, had purposely dragged him into the MP's "fairy tale" meant to "tarnish the EC's integrity".

"This is an evil and irresponsible thing done by Mahfuz... I don't know anything about what he is accusing me of.


"He purposely dragged me, as EC deputy chairperson, into the tale which he made up to gain political mileage, because he wanted to implicate the commission," he said late yesterday.


Stressing the EC's independence, Wan Ahmad said he will seek the counsel of the commission's legal advisers before deciding on his next course of action.


Mahfuz seeks royal commission
Wan Ahmad is among eight individuals
named as being part of the said taskforce.

The others, whose names are withheld by
Malaysiakini pending their comments, are senior officials of the National Security Council (NSC) and National Registration Department (NRD).

Another person named is an aide of Prime Minister Najib Abdul Razak.


In the press conference, Mahfuz claimed that he had evidence to implicate the individuals but will only reveal it in a royal commission of inquiry.

 
There has been numerous allegations of foreigners being given citizenship in return for voting for the ruling coalition, in particular Sabah.- malaysiakini




Mahfuz reka 'cerita karut jahat', kata SPR...

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, bahawa beliau terlibat dalam 'pasukan petugas' yang didakwa memberi kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi.

NONEDalam mesej teks kepada Malaysiakini, Wan Ahmad (kanan) berkata Mahfuz, yang menamakan beliau dalam satu sidang akhbar semalam, telah sengaja mengheretnya ke dalam "cerita karut" rekaannya yang bertujuan untuk "merosakkan integriti SPR".

Wan Ahmad menyifatkannya sebagai satu perbuatan jahat dan tidak bertanggungjawab oleh Mahfuz.

 
Sebaliknya, kata Wan Ahmad, beliau tidak tahu tentang tuduhan terhadapnya itu.


"Dia sengaja mengaitkan nama saya ,timbalan pengerusi SPR, dalam cerita rekaannya itu untuk modal politik bertujuan untuk mengaitkan SPR dalam aktiviti sedemikian.

"Objektifnya untuk merosak integriti dan kredibiliti SPE sebagai badan bebas dan berkecuali di bawah Perlembagaan," kata Wan Omar.

Katanya, beliau akan mendapatkan nasihat penasihat undang-undang suruhanjaya itu sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.

Wan Ahmad adalah antara lapan individu yang dinamakan oleh Mahfuz sebagai sebahagian daripada anggota pasukan petugas yang didakwanya itu.

Yang lainnya yang didakwa oleh Mahfuz - nama mereka tidak disiarkan oleh Malaysiakini sementara menunggu komen mereka - adalah pegawai-pegawai kanan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Seorang lagi yang turut dinamakan adalah seorang pembantu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.- malaysiakini


Kini bola di kaki Wan Ahmad... jika Wan Ahmad tidak saman Mahfuz, rata2 rakyat Malaysia akan beranggapan Wan Ahmad memang terlibat dan mungkin merupakan salah seorang ketua 'task force' tersebut.

Apakah Wan Ahmad takut, bila di mahkamah nanti Mahfuz akan mendedahkan bukti-bukti yang sahih dan secara tak langsung mengheret Najib dan penyangak2nya bersama?

Saman jangan tak saman...




cheers.

1 comment:

Anonymous said...

muka tebai,tak malu...cakap pandai,
buat kerja asyik dok jilat punggung umno!!!