04 January 2012

TG.Nik Aziz minta beri hak rakyat berhimpun...

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, meminta kerajaan memberi hak kepada rakyat untuk berhimpun termasuk pada 9 Januari ini sempena kempen pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, perhimpuan itu langsung tidak bersalahan dengan demokrasi, apa lagi kerana peluang berhimpun itu sendiri diajar oleh Islam.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis penyerahan kunci kediaman penjaga gol bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, tengah hari tadi.

Katanya, Islam tidak menghalang demonstrasi atau berhimpun kerana ianya ada pada agama suci itu sendiri.

“Hari-hari kita berhimpun sebanyak lima kali sehari iaitu di masjid atau sekali setiap minggu, iaitu solat Jumaat,” ujarnya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Menyentuh tentang masalah yang dihadapi oleh Anwar kini, beliau yakin ketua Pembangkang itu hanya dikhianati.

Tambahnya, lagipun mahkamah belum lagi memutuskan Anwar bersalah.

“Kalau mahkamah putuskan dia bersalah, memang tak munasabah semuanya tu.

“Yalah, di dunia ni kita boleh cipta macam-macam perkara, tetapi akhirat nanti terimalah pembalasannya,” ujarnya lagi.


Beliau juga mendakwa, punca utama Umno dan BN bermusuh dengan bekas timbalan perdana menteri itu kerana Anwar kini melawan mereka.

source:harakahdaily

cheers.

No comments: