14 January 2012

Saat genting TG.Nik Aziz di hospital...

pakatan convention alor setar nik aziz nik mat and azmin aliKehadiran menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ke Konvensyen Pakatan Rakyat hari ini menarik perhatian ramai memandangkan tahap kesihatan mursyidul am PAS itu dikatakan tidak memuaskan sejak akhir-akhir ini.

Beliau yang kelihatan agak cergas, bingkas bangun apabila para pemimpin Pakatan yang berada di atas pentas ketika diminta untuk berdiri bagi upacara membaca ikrar.

Ahli parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ketika menjemput "keramat hidup" itu untuk berucap, turut menceritakan semula saat genting ketika Nik Abdul Aziz dibawa untuk menerima rawatan di hospital sebelum ini.

Nik Abdul Aziz, 81, telah menceritakan semula pengalaman ketika jantung beliau berhenti berdegup untuk beberapa ketika, kata Wan Abdul Rahim.

"Mungkin itulah apa yang digambarkan oleh Yuri Gagarin, manusia pertama ke angkasa lepas... Beliau kemudian ditarik turun dan jantung beliau berdenyut semula.

"Saya kata Allah turunkan dan amanahkan kepada Nik Aziz untuk lakukan sesuatu yang besar kepada rakyat.

"Beliau perlu bersama untuk bawa kita ke Putrajaya," kata Wan Abdul Rahim lagi yang mengetuai laungan takbir beberapa kali.

Nik Abdul Aziz selepas itu meluangkan masa untuk berucap dengan agak lama dan membuka cerita dengan mengimbau kembali pengalamannya ketika PAS "ditendang" Umno daripada kerjasama dalam BN.

Mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau telah serik dengan tindakan Umno setelah parti Islam itu ditendang keluar daripada BN sebelum ini. Masa Umno berasa mata dia cerah, kuku dia lebih panjang, dia tendang PAS, kemudian dia minta pula PAS masuk Umno. Kita kata, 'cis!'

"Kalu kali kedua kena sengat juga itu bodohlah... Saya urut dada, mujur kita tidak bersama Umno," katanya lagi.


Beliau turut menceritakan kejayaan pentadbiran PAS di Kelantan yang membolehkan masyarakat pelbagai agama di negeri itu hidup dengan harmoni.

Antara peristiwa yang dibangkitkannya ialah satu laporan dalam satu penerbitan kerajaan negeri itu mengenai tindakan seorang balu yang menerima bantuan daripada kerajaan Kelantan.


Balu berkenaan telah menghadiahkan semula bayaran sebanyak RM2,000 tersebut kepada satu masjid di Kelantan, kata Nik Abdul Aziz. Seorang lagi warga bukan Islam di negeri itu turut menghadiahkan sebanyak RM20,000 kepada satu lagi masjid, selepas menderma.

Individu berkenaan juga sebelum ini telah menghadiahkan sebanyak RM10,000 kepada masjid berkenaan, kata Nik Abdul Aziz lagi.

Turut berucap dalam sesi penggulungan pimpinan petang ini ialah pemimpin tertinggi Pakatan termasuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Nik Aziz recounts life and death moment

Kelantan Menteri Besar Nik Aziz Nik Mat's presence at the Pakatan Rakyat convention in Kedah today attracted eyeballs in light of talk over the PAS spiritual leader's health.

Despite the speculations, Nik Aziz appeared energetic and nimble-footed as he stood alongside Pakatan leaders on stage during an oath taking ceremony.


Kota Bharu MP Wan Abdul Rahim Wan Abdullah when inviting the "holy man" to speak recalled a tense moment when Nik Aziz (left in photo) was had been admitted into hospital previously.

He said the 81-year-old PAS veteran had related how his heart had stopped beating for a moment.

"Perhaps it was like how the first cosmonaut Yuri Gagarin had described his experience (in space)... How he was pulled down and then his heart started beating again.

"I would say Allah has passed down something big for Nik Aziz to do for the rakyat.

"He has to join us in bringing us to Putrajaya," said Wan Abdul Rahim, leading the audience to chant, "Takbir!"

NONEOnce bitten by Umno...

Taking the podium, Nik Aziz spoke at length about PAS' past experience when it had been "kicked out" by Umno from the BN coalition.


Learning from that experience, Nik Aziz said he has "had enough" of Umno.

"When Umno experienced bright days, it had kicked PAS out. Then now it wants PAS to join Umno again. We say,
cis! (bah!).

"If we are fooled a second time then shame on us... I reflect and say, thankfully we are not with Umno," he said.

Nik Aziz recounted PAS' successes in Kelantan, where people of various faiths lived in harmonious co-existence.

Even a non-Muslim, he said, had donated RM20,000 to a local mosque.

He also related how the state government had given RM2,000 in financial aid to a widow who instead decided to donate the money to another mosque.


Among the other Pakatan leaders who spoke in the convention's wrap up were PAS president Abdul Hadi Awang, DAP supremo Lim Kit Siang, and PKR de facto leader Anwar Ibrahim.

source:malaysiakini

cheers.




No comments: