17 January 2012

Grassroots defend Nurul from Nong Chik's flak...

forum pru13 undi siapa jadi penentu 131211 nurul izzahA PKR grassroots leader fended off accusations that Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar is merely taking credit for BN’s efforts to help her constituents and not doing her job.

"Actually, Federal Territories and Urban Wellbeing Minister Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin is the one who should be worried because many had said that he did not perform his duties for the whole of the Federal Territories, which include 11 parliamentary constituencies plus Putrajaya and Labuan," said Lembah Pantai PKR division deputy chief Mohd Amin Mian.

Raja Nong Chik (left) had reportedly said on Sunday that, “PKR only knows to criticise, but they had done nothing constructive in the past four years.

"Only when we (BN) succeeded in something, do they try to hitch a ride.

“For example, when we obtained funding from Prime Minister Najib Abdul Razak to paint houses in Taman Sri Sentosa and Terminal Sejahtera, they said it was due to pressure from PKR.

“When did they pressure us? No such thing. They did not do anything in the past two years,” Sinar Harian quoted the Lembah Pantai Umno division chief as saying.

‘We can see what you did’

In his rebuttal against Raja Nong Chik, Mohd Amin claimed that the senator focussed mostly on one constituency and ignored the rest.

Mohd Amin also made several claims that implicated Raja Nong Chik, including:

1. The minister had allegedly used Kuala Lumpur City Hall (DBKL) funds for his own political interests;

2. He asked whether the contract for painting the People’s Housing Project (PPR) flats were openly tendered or given to cronies;

3. That Kampung Baru residents were disappointed with the Kampung Baru Development Corporation Bill.

In addition, Mohd Amin said if there are any problems with drainage, rubbish, roads, or mosquitoes, it means Raja Nong Chik is not doing his job because all these are DBKL’s responsibilities.

“Therefore I would like to remind Raja Nong Chik again, remember that Federal Territory residents can see everything that he does,” he said.


Akar umbi pertahan Izzah dari serangan Nong Chik

Akar umbi PKR hari ini mempertahankan anggota parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar daripada dakwaan tidak melaksanakan tanggungjawab dan hanya menumpang usaha BN membantu penduduk kawasan itu.

Sambil menyangkal dakwaan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, naib ketua cabang PKR Lembah Pantai Mohd Amin Mian berkata, menteri Wilayah Persekutuan dan kesejahteraan bandar bercakap tidak kena tempat.

"Sebenarnya beliaulah yang patut lebih risau, kerana ramai yang mengatakan beliau tidak menunaikan tanggungjawab kepada seluruh Wilayah Persekutuan, yang merangkumi 11 kawasan parlimen serta Putrajaya dan Labuan," kata Mohd Amin.

Raja Nong Chik kelmarin dilaporkan berkata PKR hanya tahu mengkritik, tetapi hampir empat tahun tiada perkara yang membina dibuat, kecuali menumpang BN.

Sebagai contoh, kata Raja Nong Chik, pihaknya mendapatkan peruntukan daripada perdana menteri untuk mengecat rumah di Taman Sri Sentosa dan Terminal Sejahtera tetapi PKR mendakwa ia dibuat atas desakan mereka.

NONE

Dalam serangan balas kepada Raja Nong Chik (kiri), Mohd Amin juga mendakwa pada Ramadan lalu, senator itu menumpukan hampir 85 peratus di satu kawasan parlimen sahaja dan mengabaikan selebihnya.

Mohd Amin juga membangkitkan beberapa dakwaan yang dikaitkan dengan Raja Nong Chik:

1. Menteri itu didakwa menggunakan dana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk kepentingan politik sendiri.

2. Membangkitkan sama ada tender kerja-kerja mengecat bangunan Projek Perumahan Rakyat (PPR) diberi secara terbuka atau kepada kroni.

3. Menyatakan kekecewaan penduduk Kampung Baru terhadap Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru.

Selain itu, Mohd Amin berkata, sekiranya terdapat masalah melibatkan longkang, sampah, jalan atau nyamuk, ia bermakna Raja Nong Chik yang tidak bekerja kerana semua itu tugas bawah DBKL.

"Maka sekali lagi saya ingin ingatkan Raja Nong Chik, beringat-ingatlah. Penduduk Wilayah Persekutuan melihat setiap perkara yang anda lakukan," katanya.

source:malaysiakini

cheers.

No comments: