06 January 2012

Polis benarkan perhimpunan 901...


Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menjelaskan apa yang berlaku hari ini menunjukkan kejayaan awal Pakatan (PR) Rakyat dan seluruh rakyat terhadap tuntutan selama ini. Jelasnya pada satu sidang media di Ibu Pejabat PKR petang ini, iai adalah satu usaha terbaik PR yang telah menuntut sistem yang adil dalam negara ini.

"PKR, DAP dan PAS khususnya Pakatan Rakyat hari ini menjelaskan apa yang berlaku hari ini adalah satu kejayaan awal untuk kita.

"Rakyat mahukan satu perubahan berlaku dalam sistem yang menjadi amalan Umno selama ini dan keputusan yang diberikan oleh pihak polis adalah gambaran positif Pakatan Rakyat" jelasnya.

Dalam pada itu beliau memberitahu pertemuan beliau dengan beberapa pimpinan PKR hari ini di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur dengan Ketua Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh telah mendatangkan hasil yang baik.

"Kita telah mengemukakan beberapa usul yang mana ia diadakan secara aman di kawasan tempat letak kereta di hadapan Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

"Dalam usaha memastikan segalanya teratur, pihak penganjur (PKR) telah menyediakan 500 orang marshal pada hari tersebut yang lengkap beruniform dan dilatih untuk mengawal perhimpunan demi menjamin kelicinan perjalanan perhimpunan," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Gombak.


Azmin juga menyatakan perhimpunan itu akan bermula seawal jam 7 pagi dan orang ramai boleh meletakkan kenderaan mereka di tempat-tempat letak kereta di kawasan lapang berhampiran Bangunan Matrade.

"Oleh kerana ini perhimpunan aman yang dibantu oleh pihak polis, tidak akan ada sebarang sekatan jalan raya yang akan menghuru-harakan keadaan dan tujuan menyekat orang ramai dari hadir, malah polis bersetuju menjaga traffik bagi mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas," tambahnya lagi.



Jelasnya lagi, PKR mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia yang istiqamah memperjuangkan hak mereka berhimpun secara aman bertepatan dengan Artikel 10 Perlembagaan selama ini.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang ditemui sebelum sidang media tersebut memberitahu seluruh ahli PAS boleh hadir pada hari tersebut dalam memberi sokongan menentang terhadap sistem keadilan yang pincang selama ini.

"Himpunan telah diberi kebenaran, maka ahli-ahli PAS boleh hadir kerana ia bukannya merupakan kesalahan, tidak perlu ada kenyataan dari PAS kerana ia telah dibenarkan.

"PAS sentiasa menyokong terhadap kempen tersebut prinsip kita selari dengan apa jua dasar yang telah dipersetujui bersama," katanya.


Ketua Pemuda DAP, Loke Siew Fook menyatakan DAP menyokong himpun kempen 901 dan juga akan turut serta bersama pada hari tersebut. - harakahdaily


Police okay 901 rally outside Duta court

Police have agreed to allow Pakatan Rakyat to proceed with its '901 Free Anwar' rally at the Duta court complex car park on Monday. The accord was reached by both sides in an hour-long meeting at the Kuala Lumpur police headquarters today.

NONEPKR deputy president Azmin Ali (left, in photo), who led the party delegates at the meeting with the police, chose to keep the announcement until another press conference.

However PKR Youth chief Shamsul Iskandar Mohd Akin (second from right), who was also present at the meeting, broke the news through his Twitter account.

Shamsul confirmed the news with Malaysiakini before leaving police headquarters.

KL police chief Mohmad Salleh also confirmed the decision.

"The organiser must ensure that the assembly is carried out peacefully and will not disturb public order," Mohmad told reporters.

A smiling Azmin thanked the police for allowing the rally to be held and described it as a "positive result".

Police have also allowed Malay rights group Perkasa to gather as well on Monday, but within the compound of the Federal Territory mosque.

The mosque is located 300 metres from the Jalan Duta court complex, where Pakatan aims to gather 100,000 supporters to show solidarity with Opposition Leader Anwar Ibrahim, who will know his second sodomy trial verdict that day.

source:malaysiakini

cheers.

No comments: